Saturday, June 9, 2012

BFF




Manusia sememangnya perlu sentiasa diperingatkan.

Segalanya.

Hatta, waktu makan pun kekadang kita terlupa, terlebih lagi jika sibuk dengan segala mak nenek urusan.

Apatah lagi tentang perkara penting dalam hidup kita yang lain. Nikmat-nikmat yang lain yang tanpa sedar kita terima dan gunakan. 

Dan mempunyai sahabat adalah satu antara perkara yang perlu kita  hargai secara sedar. Bertambah lagi jika sahabat kita itu sangat dekat di hati.

BFF ~ itu kan istilah yang digunapakai sekarang?

The first thing that we should look for in a friend is that they should make us stronger human beings. They should be someone that we trust will help us when we are at our low points and that we won’t feel self-conscious with when seeking help. 
But the key here to notice is that when we are strengthened by our friends, we should keep in mind that it is not really our friend that has made us strong, rather Allah (swt) has strengthened us through our friend. ~ O God, Grant me a Friend

Bersahabat kan memang sudah menjadi fitrah manusia sebagai makhluk sosial. Secara semula jadi ia berlaku tanpa kita sedar mahu pun secara sedar.

Secara peribadi, saya kira, bagi mendapat sahabat dan teman sejati, kita perlu terlebih dahulu menjadi sahabat yang baik. Menerima segala kekurangannya dan menyimpan segala keaibannya seolah ianya adalah keaiban kita sendiri. Kemas dan rapi. Mendoakannya saban waktu dan bergembira bersama di atas segala kegembiraannya. Kesakitannya adalah kepedihan kita juga dan harapannya adalah impian kita juga.

Payah?

Jika ia beserta kasih dan keikhlasan, insyaAllah , Allah akan menyuburkan hubungan itu sentiasa. 

Percayalah.
Our friends should be people that are capable and willing to share in our tasks. They should be people we can trust to bounce ideas off of and to help us along the way. We shouldn’t try to wander through life and carry the entire burden ourselves, nor should we lay our tasks fully on other’s shoulders—the moderate path is the key

Moga Allah bersama kita semua. Amin.

~cikgunormah@klcitizen~


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

15 comments:

  1. Salam Cikgu,

    Antara kawan dan sahabat banyak bezanya. Hanya kita yang tahu mana sahabat mana kawan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul kak ani. usia mematangkan kita

      Delete
  2. ..salam cikgu..

    kawan tak ramai tak apa..
    asalkan yang tak ramai tu kawan sejati.

    ReplyDelete
  3. semuanya berlaku atas sbb kita sendiri..jika kita baik..ramai yg baik kan mendekati kita.. :)

    ReplyDelete
  4. BFF tu istilah budak2 sekarang tapi bukan mudah nak cari sahabat macam tu. Kawan bersuka ramai tetapi kawan yang sanggup berdua berapa kerat yang ada.

    ReplyDelete
  5. Er apa makdsud BFF tidak reti saya kod pendek ini.:-)

    ReplyDelete
  6. berkawan kena ikhlas kan cikgu.. baru lah term BFF tu boleh digunapakai :-)

    Tempah Hamper Ramadhan & Aidilfitri 2012/1432 di Qaseh Gifts!

    ReplyDelete
  7. mencari sahabat yg berkualiti..dri kuantiti.. :)

    ReplyDelete
  8. BFF? sepantas kilat terus saya teringat spongebob hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha... spongebob dan kawannya si patrick. Memamg bff tu

      Delete

terima kasih kerana sudi meninggalkan teguran membina, moga Allah sentiasa merahmati kita semua.