Kita nak apa yang kita rasa susah hari ini biar diorang rasa sama, kalau boleh lebih teruk lagi ..
Oh!
Ya, sangat tidak adil, kita bersusah payah, diorang bersenang lenang ..
Dunia ini tempat segala keadilan berlangsungkah?
Ah, saya pasti jawapannya semua orang tahu. Jadi?
Biarkan sahaja ?
Entah.
Saya bukannya pegawai penyelesai masalah. Fikirkanlah sendiri. Bukankah orang kata, hendak mengubah dunia bukanlah mengubah dunia itu sendiri, tetapi mengubah dunia fikir dan sikap kita sendiri.
Berlapang dada, insyaAllah hati dan jiwa sendiri menjadi lapang.
Yang musykil sentiasa dalam fikir saya ialah .... Bolehkah jiika ayat itu diubah? Agak-agaknya ?
Kita nak apa yang kita rasa senang hari ini biar diorang rasa sama, kalau boleh lebih senang lagi ..
Kalau hari ini kita memandu kereta Volvo, kalau boleh kita hendak mereka berkereta Porche sama. Kalau hari ini tas tangan kita berjenama Bonia, biarlah tas tangan mereka lebih hebat lagi.
Ya, sangat tidak adil, kita bersenang lenang, diorang pula bersusah payah ..
Pelik kan.
Kita mahu segala kesusahan kita dikongsi bersama secara adil dan saksama, tetapi kesenangan dan kemewahan yang kita kecap tak perlulah sesiapa pun berkongsi rasa, kerana kesenangan ini milik kita, usaha kita sendirian berhad ! Wow!
Ini bukankah seperti simptom-simptom hati yang mendapat selesema. Haha...
Kalau hidung selesema, tak menjadi masalah sangat. Tapi kalau hati selesema susah juga, bayangkan bagaimana hendak menyapu Vicks pada hati ?
Merepek , kan.
Sebenarnya ada satu perkara yang saya kira kita tidak bisa berkongsi.
Kesakitan!
Menanggung sakit hanya individu itu sahaja yang bisa merasanya.
Walau bagai mana sayang dan kasih kita terhadap si dia, namun jika si dia dalam kesakitan, menanggung derita sakit berpanjangan, sakit itu tetap tidak boleh berpindah milik. Eksklusif hak peribadi. Custom made.
Gembira dan sedih masih lagi bisa kita tumpang dan agihkan.
Tetapi kesakitan?
Tetap milik sendiri.
Jadi bagaimana? Bagaimana apa?
Bagaimana bisa membantu insan yang dikasihi yang sedang dalam kesakitan yang amat sangat?
Ada idea?
Sambil fikir-fikirkan mari berkongsi pandangan dan menjamu mata bersama saya dan sahabat-sahabat di sekolah yang sempat menghadiri kursus Transformasi Negara di Kem Mahmood anjuran BTN Putrajaya baru-baru ini.
bagai mak haji "sesat" |
jejaka malaya |
jangan sekali kau hampiri |
kumpulan jagung |
bersiar-siar petang 10 km |
broken meal |
memasak bersyarat tanpa suara |
hasil masakan ~ sumpah! trauma tengok sardin lepas ni |
kumpulan yang tak menang |
kumpulan ini pun tak menang |
tersalah percutian, wanita berkaca mata hitam |
diikat dan ditampal mulut |
menu "ayam bakar padan muka" |
Doa tak putus buat sahabat tersayang yang sedang menanggung kesakitan bersendirian.
~cikgunormah@klcitizen~
doakn yg terbaik utk sahabat..
ReplyDeleteya, dan semoga Allah makbulkan doa2 itu
DeleteKasih sayang dan perihatin kita akan meringankan beban orang yang sakit walaupun kita tidak dapat merasa sakitnya tetapi kita tetap dapat merasa kesakitan dihatinya.
ReplyDeleteharap2 begitulaj jun
DeleteAssalam cikgu.. sakit itu indah jg
ReplyDeletewaalaikummussalam maiyah. ya, maiyah lebih mengetahui kan
DeleteDah lama miss aktiviti seperti yang cikgu tunjukkan dalam gambar cikgu tu.
ReplyDeleteWalaupun sakit ditanggung sendiri, sebagai sahabat dan teman berdoalah semoga kawan yang sakit diringankan kesakitannya.
ya kak ani, harapan saya moga Allah terima doa tersebut dan makbulkan
Deleteyg ditampal mulut tu time krusus ape cikgu?
ReplyDelete