Ramai waktu itu.
Di kedai mamak seperti biasa usai solat Maghrib . Bersama satu-satunya anak kesayangan, makan malam ber'air tangan' mamak. Ah, emak yang memang mim alif lam sin.
Gitulah.
Sedang sibuk mengeluarkan duit dari beg duit yang sudah lusuh, ekor mata saya sempat menangkap kelibat dua anak gadis, berdiri berhampiran saya. Kedai mamak di kawasan rumah saya ini memang sentiasa penuh dengan anak-anak muda yang tuisyen berhampiran.
Eh ! Betulla ....
Sempat telinga saya menangkap butir kata salah seorang dari mereka. Lantas saya mengangkat kepala dan melemparkan senyuman.
Cikgu !!
Oh sudah sahlah ini bekas anak murid saya.
Dalam hati ada sedikit sesal, kerana saya hanya berpakaian jubah merah yang lebih besar dari saiz badan sendiri. Jubah hadiah biras yang baru pulang dari mengerjakan umrah baru ini. Dan saya tahu saya kelihatan agak gedoboh dan geleber dalam jubah tersebut.
Berjumpa pula dengan anak murid. Adui!
Hai !
Sambil menghulur duit pada mamak di kaunter, mulut saya sengaja diramahkan. Bekas anak murid tu, kan.
Awak dah habis belajar kan ? Tahun lepas kan?
Saya yakin betul anak gadis ini bekas pelajar saya tahun lepas, dan pastinya dia sudah menerima tawaran masuk ke IPTA atau IPTS mana-mana.
Cikgu !?
Wajah dia berubah.
Saya keliru. Oh, mungkin pelajar yang lebih awal. Dua tiga tahun lepas. Saya pasti sungguh.
Cikgu tak ingat saya ke?
Saya menggeleng. Malu sebenarnya. Kelemahan diri yang memang ketara sungguh. Sangat sukar mengingat anak-anak murid sendiri.
Cikgu kan ajar saya 5B TAHUN INI ! La, sampai hati cikgu tak ingat saya...
Adui, dui, dui .....
Berapa kali adui tu?
~cikgunormah@klcitizen~

Salam cikgu Normah...
ReplyDeletehehehe..logik tu..cikgu tak ingat anak murid sebab anak murid terlampau ramai...tapi anak murid harus ingat cikgu yang seorang kan?
Cikgu mesti igt syahmi azizi dgn saya kan? (saya mungkin x la kot). hahaha
ReplyDeleteHa ha ha.....pernah kena macam tu dulu....tapi pandai cover line semula....
ReplyDeletehahaha...adui..
ReplyDeletesedih nya..hehe..maybe kalo pki bj skolah cam kot..
ReplyDeleteAduhai kantoilah pula. Ia menunjukkan semakin berusia.:-)
ReplyDeletehehe..malulah mcmni..
ReplyDelete..salam..
ReplyDeleteer...cikgu, cikgu ingat saya lagi ke?
:-) nak buat macam mana... cikgu ramai student....
ReplyDeleteJaket untuk Buku?