Saya rasa hidup dia akan susah..
Air kopi O ais petang itu rasa sedap sungguh. Menyejukkan tekak. Walau fungsi utamanya sebagai penyegar mata tidak berkesan mana pun.
Saya sedut dalam-dalam perlahan. Takut kopi O ais itu segera habis. Sedangkan saya tahu mana ada minuman yang kekal dan tidak habis-habis. Bukan minuman sahaja yang tidak akan habis. Semua yang ada dalam dunia ini akan habis juga. Tak kekal. Sementara sahaja kan.
Tindakan saya menyedut kopi O ais itu perlahan-lahan lebih kepada memujuk diri menikmati air sejuk tersebut selama mungkin.
Sebab dia menyusahkan saya sekarang. Tak apalah. Biarlah. Susah saya pun tak lama.
Saya menyambung ayat terputus tadi.
Doakah itu?
Entah. Saya tidak berniat mendoakan keburukan untuk orang lain.
Lebih kepada luahan hati, dan pujukan buat diri sendiri. Bahawasanya kesusahan itu tak akan kekal dan insyaAllah , Allah sentiasa memudahkan serta menunjukkan jalan.
Ya, menyusahkan orang lain bukan kemahiran yang sukar dimiliki. Jika punya hati kering dan menganggap dirinya yang lebih utama dan lebih segalanya, pasti , kemahiran itu menjadi seperti tanda mohor peribadi diri.
Dan saya sentiasa percaya, membuat orang lain susah, hidup kita tidak sekali-kali akan menjadi mudah.
Rakan di sebelah sejak dari awal lagi mendengar, mengangguk perlahan.
Memang itulah kan yang perlu seorang rakan baik lakukan untuk rakannya yang lain. Mendengar dan memahami. Tidak menilai dan menjatuhkan hukuman. Memberi kata perangsang dan turut sama bersedih atau bergembira, atas susah dan jaya sahabatnya. Sukar dan bukanlah mudah mendapat sahabat seperti itu.
Memang, saat-saat seperti itu, masih terasa Allah beri nikmat, meski hati dan fikiran dalam kesusahan.
Seperti kopi O yang pahit itu bila bersendirian, menjadi manis bila si gula hadir bersama-samanya.
~cikgunormah@klcitizen~
Memang, saat-saat seperti itu, masih terasa Allah beri nikmat, meski hati dan fikiran dalam kesusahan.
Seperti kopi O yang pahit itu bila bersendirian, menjadi manis bila si gula hadir bersama-samanya.
~cikgunormah@klcitizen~
memang ramai yang menyusahkan orang untuk kesenangan diri sendiri...
ReplyDeleteharap² dijauhkan dari sifat sedemikian..
ya, harap2 kita janganlah menyusahkan, tetapi sentiasa memudahkan kerja org lain
Deletebtul juga ya..jika kopi diminum tanpa gula mmg pahit..mendalam perumpamaan itu.. :)
ReplyDeletebenda yang pahit akan jadi manis kalau tidak bersendirian ...
Deletesungguh mendalam maksudnya...
ReplyDeletehehehe... sedalam mana pun bergantung pada bekas yang diguna :)
Deletejika ada mslah mmg perlu cri sahabat yg boleh mendengar..walaupun die x dpt tolong tp kurng skit tekanan.. :)
ReplyDeleteAntara sebab saya suka seorang berbanding berkumpulan. Daripada sakit hati dengan kualiti kerja lebih baik saya buat sendiri.
ReplyDelete