Tuesday, May 25, 2010

menceduk idea dari blogger terkenal


Personal blogger berjaya apabila trafiknya mencurah, pageranknya tinggi, komennya banyak, ada secret admirer , design blognya meletup, semua isi hatinya tercurah dalam blog, dapat pendapatan tambahan dan ada beberapa lagi.

Itu semua tulisan rohaizad dalam Tips blogging- Tonjolkan bakat sendiri



Terpikat dengan entri tersebut kerana banyak terkena dengan diri sendiri. Berblog kekadang dok perasan diri sendiri. Kalau mengikut tanda aras blogger yang berjaya seperti yang saudara rohaizad tulis rasanya saya memanglah jauh panggang dari api.


Kalau membakar ikan tapi ikannya jauh dari api, memang patutlah tak masak-masak ikan bakar saya itu.


Apakah tips yang dikongsi oleh rohaizad?

  • menulis dengan penuh perasaan. Ini memang senang bagi orang yang perasaannya sentiasa penuh . Saya pula kekadang tiada perasaan terutama bila terlalu penat. Jadi bab menulis dengan perasaan ni perlu saya tangani semula.

  • menulis dengan teratur. oooo.... yang ini pun sedang dalam proses. Kalau dulu, main menulis sahaja, tanpa memikirkan di mana perenggannya, mula cerita atau pendahuluannya, walau pun Pn Rosnah guru Bahasa Melayu saya semasa di SM Sultan Azlan Shah, beberapa kali menekankan aspek ini, rupanya Rohaizad pun sependapat dengan cikgu BM saya dulu. Okay , yang ini saya akan cuba ikut.

  • pelbagaikan media yang diguna dalam entri. Letaklah video, gambar, quotation atau lagu yang menyentuh jiwa. Yang ini kena rajin mencari seperti Tini dan Kak Hazel. Masalah saya ialah kurang masa untuk mencari. Setakat gambar je lah, itu pun kekadang tidak sempat meng'google'.

  • sentiasa membaca semula sebelum publish. Jadikan diri kita sebagai pembaca. Ha, yang ini selalu buat. Tetapi kalau syok sendiri macamana ya?


Sebenarnya blogging ini memerlukan kemahiran. Dan kemahiran hanya datang dengan latihan yang tidak putus. Saya juga percaya berblog mesti dengan tujuan yang betul, berkongsi dengan niat yang tulus dan bukan bertujuan menunjuk. Kerana selama mana hendak bertunjuk, kalau kita bagus ada orang lain yang lebih bagus.


Terima kasih atas segala tips yang dikongsi oleh ramai blogger terkenal di luar sana, juga idea yang kreatif dari blogger-blogger lain.


Yang baik sentiasa saya cuba turuti. Tak salah rasanya.


~cikgunormah@klcitizen~








Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

18 comments:

  1. Menulis juga kena ada minat. Kalau menulis dengan terpaksa...stress jadinya. Menulis juga dengan ikhlas..Kalau tak ikhlas...orang yang baca pun rasa tak seronok.

    ReplyDelete
  2. saya sukakan entri cikgu..
    kadang2 menarik tu subjektif.. bagi kita menarik bagi org lain tidak.. begitulah sebaiknya..

    yang penting.. kita timba ilmu dari merata sudut :)

    ReplyDelete
  3. ...segalanya bergantung pada apa tujuan kita berblog...yang paing penting kita semua berkongsi.

    ReplyDelete
  4. suka dengan tips-tips ni~hehe..nak apply kan la~

    ReplyDelete
  5. Paling seronok bila berblog ni dapat tambah ramai kenalan... seolah2 rapat ibarat saudara walaupun hanya bertemu di alam maya

    ReplyDelete
  6. Salam..

    Saya pun terkadang tidak menjaga dari sudut bahasanya..

    Apa pun blog cikgu simple tapi ia mengandungi nasihat yang berguna cuma caranya jer berbeza..:)

    ReplyDelete
  7. SAlam my dear sis..
    ADa namaku tertera di situ..:):)
    Kekadang berblog utk mereleasekan apa yg terbuku di hati..dan jua mana2 ilmu yg baik dikongsi2 bersama..:):)

    ReplyDelete
  8. Salam Cikgu,
    Saya menulis untuk suka2 je disamping nk mencari kawan baru, tentang nk menambah pendapatan tu tak pernah terlintas pun difikiran ni, tu pasal banyak N3 sy hanya N3 syok sendiri je, hehehe

    ReplyDelete
  9. Ada juga yang menulis kerana duit dan kerana nama..

    ReplyDelete
  10. Menjadikan orang terkenal sbg idola untuk perkara yang baik, tak salah kan, Cikgu?

    ReplyDelete
  11. gitu rupanya...ini nama blog pun ikut dan je..hehehe....

    ReplyDelete
  12. seronoknya membaca blog kerana kita menyingkap pemikiran orang dari berbagai latar belakang dan pengalaman

    ReplyDelete
  13. Wahhh.... ada orang menyebutku di sini ya...

    Teruskan berblogging sehingga dapat "pattern" sendiri :)

    ReplyDelete
  14. Saya update blog secara suka2... hehhehe

    ReplyDelete
  15. sentiasa belajar dari orang yang sudah berjaya.

    ReplyDelete
  16. tips yang best untuk dikongsi. huhu.

    ReplyDelete

terima kasih kerana sudi meninggalkan teguran membina, moga Allah sentiasa merahmati kita semua.