Sunday, May 23, 2010

Tak nak makan nasi dah...

Bila ditegur dek perut saya yang buncit, alahai, sedihnya rasa. Macam orang mengandung, kata si penegur... lagilah sedih sangat. Kalau betul-betul mengandung macam isza tu best lah jugak, kan, isza.


Memang, selera saya kebelakangan ini luar biasa. Mungkin sebab hati senang dan riang. Dalam hati ada taman....ayat itu menepati kah?


...makan bukan soal kecil
Kata Ustaz Pahrol kepada saya.


Bilakah beliau berkata-kata dengan saya? Teringin juga kalau dapat berkata-kata dengan penulis tersohor ini. Tetapi sayangnya beliau hanya berkata-kata dengan saya melalui bukunya -" Dilema Melayu - Islam: Kurang Fikir atau Kurang Zikir?"


Perut dan farji (kemaluan) adalah punca kejahatan manusia. (alamak.... takutnya!!) Nabi Adam a.s dan Siti Hawa terpedaya dengan iblis kerana makan. Kita lihat dalam kehidupan sehari-hari pun banyak kejahatan yang berpunca daripada makan.


Sinisnya boleh saya katakan, pada peringkat awal kita selalu bertanya ."Nak makan apa?" Kemudian setelah kehidupan agak meningkat, kita bertanya,"Nak makan di mana?" Dan akhirnya setelah tinggi kuasanya ada antara kita yang bertanya , "Ya... sekarang kita nak makan siapa?"

sumber : Dilema Melayu - Islam : Kurang Fikir atau Kurang Zikir , m/s 202


Huh... tidaklah saya mahu sampai ke peringkat tinggi kuasa nya tu. Tapi yang jelasnya memang ramai juga yang punya kuasa sekarang perutnya pun boroi-boroi dek banyak makan.

* nak kena buat push up dan jangan makan nasi lah pulak...
ya lah tu. berapa lama agaknya tahan?


~cikgunormah@klcitizen~
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

11 comments:

  1. cikgu,Bagus kata2 itu. Tapi terasa la pulak, saya kantoi makan nasi harini. Nak cuba tanpa nasi seminggu pun payoh...Camna la nak bertahan sampai 2 minggu. Harap cikgu tak macam saya tau...kena kuat!!! Bak kata kawan saya, jangan fikir pasal makan...anggap lapar itu satu keseronokan bukan masalah...hmm, camno tuh...

    ReplyDelete
  2. :D,
    nak join ke cikgu?
    biasalah.. dulu pun org tegur berapa bulan walaupun x mengandung.. saya jawab moga masinlah mulut tu.. dah cukup 44 orang kot.. tu yang mengandung ni..

    cikgu dah cuba sapu asam jawa dengan kapur..? sangat mujarab..

    ReplyDelete
  3. Salam..

    Saya dah pernah tak makan nasi setahun lamanya..memang betul perut jadi leper..:):)

    ReplyDelete
  4. assalammualaikum

    fairy-- saya pun dah kantoi... makan nasi dan ikan bakar lagi.. hai, entahlah


    isza--wah ada petua ya isza... kenancuba


    razak--setahun?? sehari pun dah rasa ketar lutut

    ReplyDelete
  5. Ada orang kata, boroi tu lambang kemakmuran. Tapi kalu dah pompuan, pelik ler plak...

    ReplyDelete
  6. Salam..
    Dilema yg melanda saya juga.. tapi dh cuba tak makan nasi seminggu, turunnya tak seberapa. Sebenarnya umur dh meningkat dan kadar metabolisma pun dh kurang. Dulu makan lebih dr ni pun perut tak naik, sekarang...kena senaman!!

    ReplyDelete
  7. Normah,
    Saya ni sangat bersyukur mempunyai badan yang agak langsing. Masalah berat badan bukan masalah yang besar bagi saya.Kalau saya rasa macam selera di siang hari ni macam lebih saje. malamnya saya makan sikit saja atau skip.Nasihat saya kalau nak diet sekalipun, makan pagi dan tengahari jangan tinggal.

    Bab lemak kat perut ni ...biasalah bila dah ada anak.The best is make sure...proses pembuangan lawas dan buat sit up selalu.

    Makan awal sebelah malam atau skip makan malam actually banyak membantu saya maintain. Sejak divorce ni mmg selera saya tinggi juga sebab bahagia.

    ReplyDelete
  8. azie-- perut saya ni alhamdulillah belum lagi boroi, buncit sikit... (macam tak terima kenyataan je kan)

    ReplyDelete
  9. achik--memang betul tu... makan sikit pun mendadak naik


    yatie-- betuah betul yatie, kan. memang ada orang2 yang senang nak turun badannya, saya ni terkecuali

    ReplyDelete
  10. betul tu!lagi2 bagi kanak-kanak dan org muda serta pelajar-pelajar..lagi la kena berhati-hati dgn makanan yg diambil..sbb ia akan memberi kesan kpd tingkah laku dan peribadi kita nanti

    ReplyDelete
  11. salam,

    puasa ajelah cikgu..isnin dan khamis..hehe, saja ckp sbb saya tgh nk istiqomah buat cenggitu gak :)

    ReplyDelete

terima kasih kerana sudi meninggalkan teguran membina, moga Allah sentiasa merahmati kita semua.