Sunday, May 30, 2010

Drop Everything and Lets Solat

We need 4 hugs a day for survival.
We need 8 hugs a day for maintenance.
We need 12 hugs a day for growth.

Virginia Satir


Pelukan.



Tahun 2004, Juan Mann (nama samarannya- disebut one man) memulakan kempen 'Free Hugs" nya di Australia. Tujuannya menyebarkan rasa kebersamaan, baik hati, untuk menggembirakan orang lain. Setakat ini videonya telah diakses seramai lebih 58 juta kali.








Pelukan juga didapati mengurangkan risiko penyakit jantung.


Apa yang saya kagum dengan video ini ialah, kreativiti dan idea yang ditunjukkan oleh orang seperti Juann Mann.


Meletakkan kepentingan diri di belakang dan cuba melawan arus pemikiran manusia moden yang terlalu memikirkan tentang diri sendiri. Apa yang dirasakan oleh beliau penting bagi kemanusiaan, itulah yang diperjuangkan. Misinya menghadiahkan 10, 000 pelukan kemudiannya diikuti di negara-negara lain oleh orang yang berlainan.


Alangkah bagus, jika ada anak muda Islam yang menjalan kempen sedunia yang hampir sama. Tetapi tidaklah pelukan sedemikian .


Mungkin 'Solat Sedunia Di mana Sahaja' dengan tujuan mengajak semua orang bersolat.... 'Drop everything and Jom Solat' .. atau "Drop Everything and Lets Solat" di mana sahaja, di atas jalan raya, padang bola, court badminton atau sebagainya...


Nanti orang pandang pelik?? Memanglah... kepelikan itu yang menarik dan uniknya.. Ada yang berani?.. Saya? Setakat melontar idea bolehlah...


:)




~cikgunormah@klcitizen~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

10 comments:

  1. dulu masa sha kerja di bahagian customer service (masa mula2 grad), kami akan peluk kawan2 kalau ada yang dpt customer yang memeningkan atau menyakitkan hati kawan.

    mmg terasa hasilnya...

    * tetap berpeluk walau tak layak masuk AF*

    hehehe...

    ReplyDelete
  2. Salam cikgu,

    'Drop everything and Jom Solat' .. di mana sahaja, di atas jalan raya, padang bola, court badminton atau sebagainya...

    idea yg baik dan patut diketengahkan.......

    ***sebelum ini ada NGO yang mengedar risalah kepada pengunjung2 konsert, pernah bersolat maghrib di kawasan parking berhampiran stadium tersebut......mungkin sebahagian dari praktikal bg idea ini........

    ReplyDelete
  3. @cHeRyNa PiReS

    sha

    teringin pulak nak peluk sha..
    tak layak masuk AF takpe
    dapat tengok pun dah ok

    ReplyDelete
  4. @al-mankaraqi

    ya man..
    yang solat oleh NGO itu berskala kecil..
    kalau boleh diwarwar awal seluruh dunia pada waktu yang sama ... cth 12Rabiulawal tahun depan waktu zohor...
    seronoknya ya....

    ReplyDelete
  5. Salam..

    'Drop everything and Jom Solat' .. idea yang baik, mengajak orang solat di tempat terbuka atau di mana-mana tempat yang tidak diharamkan...rasanya mesti ramai yang mahu..

    ReplyDelete
  6. @Abd Razak

    idea yang datang tiba-tiba je ni..
    kalau elok baguslah
    terima kasih

    ReplyDelete
  7. sgt menarik kalau betul ada kempen sebegitu.Saya nak masuk jd ahli~hehee..

    Bercakap soal peluk,mmg itu satu sunnah.Tapi saya dulu tak suka,malu nak peluk even parents sendiri pun saya segan nak peluk.Tapi alhamdulillah sekarang saya main peluk je ayah dan mak saya~best!

    ReplyDelete
  8. @iqbalsyarie

    bole cadang dalam facebook tu iqbal...

    macam ada sekali dulu ngo buat drop everythin and read di klcentral...

    ada masuk paper rasanya..

    ReplyDelete
  9. salam,
    saya stuju dgn komen saudara A Razak. tahniah1

    ReplyDelete
  10. @piewahid

    harap2 adalah orang yang boleh initiate benda yang baik ni

    ReplyDelete

terima kasih kerana sudi meninggalkan teguran membina, moga Allah sentiasa merahmati kita semua.