Ikan bakar
Rasanya semua orang tidak akan menolak untuk makan ikan bakar. Sudah dua kali makan ikan bakar di restoran terbaru di kawasan Setiawangsa, iaitu Sekinchan Ikan Bakar. Maaflah tidak sempat mengambil gambar restoran tersebut.
Ini kira macam mini review dari saya. Walau pun tidak memberi kesan tetapi sekadar membuat entri muhasabah.
Nak tulis tentang harga dulu! Ikan kembung, ikan pari, udang , sotong .... okaylah saya kira harganya. Tetapi ikan siakap bakar sekilo harganya RM60 waktu kali pertama pergi, kali kedua pergi RM70... mahal kan. Kerang bakar sekilo harganya RM10... memang mahal lah. Walau bagai mana pun, kalau hendak hendak save budget, makan ikan pari dan ikan kembung sajalah.
Pergi kali kedua baru ini, tokey restoran menjamu ikan bakar percuma.. sekerat je. Disuruh merasa dan memberi komen tentang ikan tersebut. Katanya , pembekalnya memaklumkan ikan tersebut ikan laut dalam, susah hendak didapati dan jarang dijual di pasar.
Tokey kedai meminta saya dan suami serta sebuah meja lagi terdiri dari sepasang suami isteri untuk turut merasa dan memberi komen tentang ikan tersebut. Beliau bercadang , jika sedap isi ikan tersebut, hendak menjualnya di restorannya.
Saya terdengar perbualan meja sebelah dengan tokey ikan selepas merasa ikan tersebut.
"Saya rasa kalau sambal bakar tu lebih pedas sikit lagi sedap. Itu rasa sayalah," komen isteri meja sebelah.
Saya lihat muka si tokey dah berubah.
Moral of the story:
1. Kalau orang minta kita komen pasal ikan free tu, kita komen tentang ikan sahajalah. jangan komen tentang resepi sambal pulak. Cakaplah ikan tu kurang berlemak ke, isinya lembut ke atau sewaktu dengannya.
2. Kalau jadi tokey, janganlah cepat terasa hati dengan teguran tentang produk kita. Anggap ia sebagai cara memperbaiki mutu perkhidmatan. Kalu semua orang kata gitu, bolehlah ubah resepi.
Tapi, saya ini jenis yang tidak sukakan makanan pedas sangat.
Apa pun, bukannya senang si penerima teguran untuk menerima kritikan kan. Saya pun begitu juga. Masih dalam proses membaiki diri sendiri supaya hari ini lebih baik dari semalam.
~cikgunormah@klcitizen~
best la akak dpt makan free~
ReplyDeletesalam..
ReplyDeleteowh..sedapnye ikan bakar..lama dah tak mkn..
yg ditanye tu mungkin kidal. lain ditanya, lain dijawab :p (mcm suami lynn la..)
mahalnye
ReplyDeletetp skali skala manjakan diri bgus gak
salam cikgu,
ReplyDeletekalau dah malas cari ikan dan bakar sendiri cam saya ni......memang berasap poket lar hehehehe
Salam..
ReplyDeleteMerasa dan memberi komen tu berpada-padalah jangan sampai membuat hati orang terasa..
Salam cikgu..
ReplyDeleteIkan bakar sodap..bakar sendiri lagi sodap..lagi sodap kalau ada yang membakar dan membayar..hehe!
boleh jadi juri untuk pertandingan masakan le
ReplyDeleteha,ha.... poket terbakar yang tak tahan tu.
ReplyDeleteSalam,
ReplyDeleteLebih mahal hargannya, tentu terasa lebih sedap. (Itu psikologinya).
Apa pun, lauk yg u masak/bakar sendiri mesti lebih sedap. Tak percaya cuba tanya En. Abang tu. Ada syaratnya: 1) sendiri letak harga yg paling mahal. Dan 2): harga itu bukan dalam bentuk wang...
assalammualaikum
ReplyDeleteiqbal-- yang free tu ikannya sekerat je, yang lain kena bayar sendiri
lynn--oo orang kidal macam tu ke?
lun-- ya sekali sekala boleh lah lun
almankaraqi-- tu lah pasal
ReplyDeleterazak-- ya, setuju ngan razak
relevan--benda free memang sedap relevan
endiem-- teringin gak jadi juri ni, walau pun diri sendiri tak pandai memasak
ReplyDeleteabu muaz-- sesekali je ...
mantan-- kalau ada yang bakarkan memang best mantan
Kami baru terkena hari ni. Udang 3 ekor rm18! Lala yg dipilih suami tak masak sepenuhnya. Cukuplah sekali. Mereka perlu belajar dari tokei ikan bakar di melaka agaknya!
ReplyDeletebaru lepas makan...dh la lambat gila...dkt satu jam baru dpt makan pastu xder la sesedap yg diwarwarkan....kat bellamy lagi best lahhhh.....
ReplyDelete