Bila orang bercerita tentang menyimpan dan mengguna pakai hadiah-hadiah dari kawan-kawan walau pun kecil dan murah, saya pun terus teruja, bertekad menyimpan segala harta benda pemberian orang kepada saya sebaik mungkin.
Dan bila saya berkunjung ke rumah kawan , melihat rumahnya cantik dan tersusun kemas, terus juga saya teruja, sampai di rumah sendiri, terus cari penyapu, mengemas dan membuang barang-barang yang rasanya menyemak di mata.
... ha, itu lah saya, kalau nak tau serba sikit perangai saya lah. nasib baik orang sebelah beli gelang emas, saya pun tidak ikut teruja. Kalau tidak, berdirilah saya depan kedai habib jewel menunggu pintu kedai dibuka.
Jumaat lepas , team baju biru di sekolah (hehe... teringat kempen syarikat celcom sempena Piala Dunia) telah dijemput menghadiri 'house warming' rumah Pn Ruzita, Ketua Panitia Bahasa Inggeris di sekolah saya.
Bila saya sebut team baju biru, tu, sebenarnya tidak adalah pulak team baju merah. Saja je. Kami yang berpeluang dan ada masa berziarah ni berpakat-pakat memakai baju biru. Tema berziarah.
Jadi, entri kali ini khas untuk rakan sekolah dan tuan rumah yang manis.
feature wall di rumahnya. Masuk ke ruang tamu terus ternampak feature wall yang retro ini. cantik!
team baju biru , rusidah, ruzani dan ustazah norwati. Air yang ustazah tengah kacau tu best! tak tau apa namanya
bunga tulip penyeri meja makan
antara kuih muih
penolong dan pembantu ... (sama maksudnya, ya...?)
ustazah norwati, sarizana dan kak azmah
ustazah serba boleh, lepas bancuh membancuh, baca doa pulak
yang mengameen penuh khusyuk dari kiri, hafsah, faizah, ustazah dan zuriana
ruang makan yang luas
yang memotong buah, dari hujung , rusmina, fazanaton dan kak azmah
anak dara tuan rumah berbaju putih dan kawan sekelas
farhanah & farhanah
meja console bercermin. klasik.
Rumah Puan Ruzita ini rumah teres bahagian hujung sekali, baru sahaja di 'rennovate'. Yang pastinya, kalau ingin rumah yang kelihatan luas di mata, kena tinggikan syiling rumah dan gunakan cat dinding yang cerah seperti yang beliau lakukan. Memang berganda luasnya dari sebelum di 'rennovate'.
Rumah juga akan terasa luas di hati, jika tuan rumah juga pemurah seperti Puan Ruzita ini.
Terima kasih menjemput saya. Saya bila lagi? Tunggu saya tinggikan syiling rumah saya, nanti saya jemput ramai-ramai ya.....
~cikgunormah@klcitizen~
respect ngan cikgu yang rajin hiaskan rumah.. cikgu tu memang kreatif orangnya..
ReplyDeletejangan lupa jemput saya cikgu :D
cantek222... kemas je nampak...
ReplyDeletemata memandang pon harmoni je... (^_^)
salam kak normah, rajin kunjung mengunjung..menu kuah durian takde ke?? kat perak menu tu dah start popular
ReplyDeletejangan lupa jemput saya bila syiling rumah dah ditinggikan nanti.
ReplyDeleteSalam...
ReplyDeleteSaya dah jawab soklan cikgu about QUOTE..bolehlah buat pasni..:)
luasnya rumah dia..suka tngok rumah yang kemas & teratur.
ReplyDeleteZiarah menziarahi amalan mulia...
ReplyDeletesalam,
ReplyDeleteCikgu Normah, perangai kita lebih kurang sama hehe