"Saya sudah bertunang dan usia pertunangan kami telah mencecah 5 bulan. Hubungan kami boleh dikatakan suci kerana saya tidak membenarkan dirinya menyentuh saya walau pun berpegangan tangan"
Di atas itu bukan saya. Takkanlah saya bertunang sekali lagi. Usia pun dah nak ke senja, takkanlah sibuk nak bertunang-tunang pulak. Itu cerita orang lain. Dia ada masalah. Jom kita baca lagi masalah dia.
"Sejak kebelakangan ini dia cuba untuk menyentuh saya dan memegang tangan saya. Tunang saya selalu menyatakan dia tidak akan menyentuh saya sehinggalah perhubungan kami halal. Saya kagum dengan pengakuannya. Saya rasa amat kasihan tentang dirinya kerana dia pernah menyatakan batinnya terseksa apabila menahan gelodak nafsu ketika bersama saya."
Ha.... dah tahu masalah dia?
Saya baca rasa nak tergelak pun ada. Dah tahu gelodak nafsu kuat, senang je jawapannya, kahwin lah cepat. kalau tak boleh kahwin lagi, janganlah pergi berjumpa. Yang dok berjumpa berduaan tu kenapa?
Sebenarnya masalah di atas tu ialah petikan dari buku 'Untukmu Wanita' tulisan Ustaz Zaharuddin Abd Rahman pada muka surat 108.
Ustaz menjawab , panjanglah juga. Saya ambil yang kesimpulannya sahaja.
Kesimpulannya, hentikanlah rasa simpati tidak bertempat dan nasihatilah teman lelaki anda, dan jalan keluar hanyalah berkahwin segera.
Syarat terpenting juga, adalah, jauhilah berdua-duaan kerana itulah punca sentuh menyentuh berlaku dan akhirnya ke lembah zina.
Kan macam jawapan saya. Sebenarnya tak payah tanya Usataz pun tak apa. Tanya mak bapak sendiri pun itulah juga jawapan yang akan diberi. Ini semua common sense, tak payah masuk universiti pun boleh tahu jawapannya.
Bila saya dah tiba usia begini barulah saya faham kenapa masalah sebegini yang para belia kita rasa masalah besar, sebenarnya hanyalah masalah kecil yang senang sahaja penyelesaiannya. Dulu-dulu masa belajar dulu pun adalah juga rakan-rakan yang bermasalah sebegini.
Janganlah susah hati sangat. Kahwin je lah cepat-cepat.
~cikgunormah@klcitizen~
yelah cikgu.. nak kene pandai tackle hatinya bukan utk buat yg x betul tp lebih dr mncari cara supaya memasing akan dpt mnghormati satu sama lain..
ReplyDeletedating2 memg jalan2 menghampiri zina.....walaupn mrk kt-->ala dikhalayak ramai ape salahny.......
ReplyDeletesaya dating selepas berkahwin....tak percaya tanyalah isteri saya.
ReplyDeleteye betul2 cikgu
ReplyDeletejangan berjumpa - itu je caranya
ptg tadi tgk al kuliyyah,tajuknya anak siapa??isunya tentang buang anak....penceramah tadi pun kata,jalan untuk mengelakkan dari berlaku zina adalah berkahwin tapi org tu juga mesti ada asas agama yg kuat dan tau tanggungjawab bila dah jadi suami/isteri kerana,selepas kahwin pun kalo iman x kuat,maka akan berlaku juga perbuatan zina...
ReplyDeleteSalam...
ReplyDeleteMasa bertunang kalau nak jumpa bawa ibubapa sekali..
Ingatkan KL citizen bertunang tadi..saspen saya...
ReplyDeletedulu2 kalau nak jumpa lelaki pempuan ni cukuplah takut.
ReplyDeletesekarang...
selama derk je berpeluk2 depan halayak ramai .
salam cikgu,
ReplyDeletesekarang nie bukan remaja jer ada masalah bab berzina nie kan.. org2 tua pun samer gak..asal bukan muhrim.. kalau dah bersentuh2 jdlah masalah...laki orang ker..bini orang ker sumer pun samer... dah kahwin pun nk berzina gak...bukannya belum kahwin kan..xtau lah dunia skrg... yg remaja @ muda2 bolehlah kawin kan.. kalau yg dah kahwin camner??? nk kawin lagik??? kalau lelaki mungkin boleh kalau si isteri benarkan... kalau si isteri??? (pikir-pikirkanlah)..so..kuatkanlah iman..benda2 nie sumer boleh dipikir 'common sense'..xyah tanya ustaz pun xper kan...hehehehe so kahwin jalan terakhir....