Tuesday, May 11, 2010

awan dania, K.I.T.A Carefree....


sebenarnya saya baru kenal si gadis di atas tu, hari isnin semalam.

saya tahu ramai yang dah kenal, kan... kalau tidak, tidaklah riuh dewan sekolah saya bila melihat si gadis turun dari pejabat.


kalau ada yang seperti saya, tidak kisah dengan si dia ini, marilah saya beritahu dia ni Scha al-Yahya, pelakon yang dikenali melalui drama Awan Dania dan yang terbaru K.I.T.A Carefree.


kenapa saya tak kenal dia? sebab saya jarang benar menonton drama melayu.


"ada banyak pengajaran drama melayu ni berbanding drama Inggeris. Drama inggeris banyak aksi yang melampau dan terlampau." tegur seorang rakan bila saya sibuk bertanya siapa si gadis tersebut.

saya hanya tersenyum.

pendapat peribadi. - ada benarnya kata-kata rakan saya itu. tetapi saya berpendapat drama melayu terlalu klise. dan kekadang tidak rasional..

habis tu iron man 2 tu rasional ke? memanglah tidak. tetapi ketidak rasionalan cerita inggeris yang baik tidak 'membodohkan' penontonnya . contohnya filem Green Zone, kisah tentang perang di Iraq yang jelas menggambarkan penipuan yang dilakukan oleh AS. cerita begitu memang bagus.

saya tidak gemar apabila drama melayu selalu menggambarkan laki bini bila bercakap terpekik2 terutama apabila tidak sependapat, jiran yang selalu mengumpat dan suami yang sering menganiaya bininya. saya juga tidak suka apabila cerita-cerita cinta dilambakkan dalam bentuk drama bersiri , tidak kiralah drama melayu, inggeris atau korea.

jadi apa yang dibuat oleh Scha di sekolah saya? .... datang mempromosi tuala wanita dan surat khabar Berita Harian....

tengok gambar di bawah:

bersama Penolong Kanan Hem, Pn Azizah Yahya





cikgu yang tengah tu sukalah sangat nampak si Scha





pelajar-pelajar


kesimpulannya?
walau pun tak menengok drama melayu, tetap juga pergi hampir, nak menengok muka artis. maklumlah bukan selalu jumpa artis.

apa pun, tidak lah semenggah mana.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

8 comments:

  1. tapi ku suke lakonan scha.tak hebat macam heroin omputih tapi die tak gedik macam yg lain2.wahahaha

    ReplyDelete
  2. slm cikgu,
    sy langsung xambil tau pun pasal lakonan dia w/pun kenal juga sbb baca surat khabar.

    laaa....apalah jampi serapahnya org meniaga sampai leh masuk skolah utk promosi ek? :)

    ReplyDelete
  3. salam cikgu,
    kalau ada adegan bini cakap memekik2 pada suami, husband kakpah suruh tutup saja rncangan tu. Meang pengaruh yang tak baik.

    Tentu ramai cikgu2 yang hulur otograp ek ekeke...

    ReplyDelete
  4. assalamualaikum cikgu..

    saya sependapat tentang drama melayu..

    kenal-kenal juga tapi takdelah tengok cerita2 dia..

    ehem, budak lelaki buat apa masa tu? kesian diorang.....heheh..

    p/s: saya dah sediakan jawapan dlm blog sya pasal potong nadi mati, potong nadi tak mati tu..

    ReplyDelete
  5. Salam Kak Mah..

    Sesekali kena gak tengok cita melayu kak mah.. bukan apa tak semua cita melayu macam tu... ada gak yang bermesej...pandai2 lah kita buat pilihan.....cita org putih kalau ada mesej yang baik ok gak layan sesekali saya suka cita org putih di Hallmak chanel

    ReplyDelete
  6. suk asatu iklan celcom yang sweet dia dengan Fahrin Ahmad

    cari di youtube

    ReplyDelete
  7. kak... betul.. point2 kita sama utk drama org melayu... sy pon kurang suka sbnrnya.. klise. huhu

    ReplyDelete
  8. yahhh ..
    nape tak bagitau die dtg..
    best nyeee .. :)

    ReplyDelete

terima kasih kerana sudi meninggalkan teguran membina, moga Allah sentiasa merahmati kita semua.