Saya buta huruf dalam Bahasa Arab. boleh membaca al-quran tetapi tidak tahu makna tanpa teks terjemahan.
Jadi saya memegang kebenaran dari artikel di Majalah Solusi isu 17 yang ditulis oleh Ummu Sakinah sahaja. Walau pun cuba ke laman web zadalebad.com untuk membaca artikel sebenarnya tetapi tidak berjaya disebabkan kebutaan huruf saya.
"Pusat Kesihatan Terbesar No 1 di Dunia" ... terletak di Gaza.
macam tak percaya , kan.
Dari kajian yang telah dilakukan, didapati penduduk gaza sihat kerana:
1. mereka menghindari makanan berlemak
2.mereka aktif berolahraga, berjalan kaki di sekitar penempatan
3. tidak mengamalkan perubatan moden yang menggunakan ubatan kimia. mereka mengamalkan konsep 'kembali kepada alam'
Penduduk Gaza juga secara tidak langsung 'berterima kasih' kepada pemerintah Mesir dan Israel yang telah membina tembok sempadan, kerana disebabkan tembok inilah mereka akhirnya bertemu dengan cara hidup sihat jauh dari peradaban moden yang merosakkan jiwa dan raga.
*setiap yang berlaku memang ada rahmatnya. beruntunglah kita umat islam yang memandang segala sesuatu dengan kebaikan. sentiasa positif dalam hidup.
~cikgunormah@klcitizen~
nikmat yang tersembunyi dan semakin terserlah..
ReplyDeletenikmat dariNya..
ReplyDeleteSalam...
ReplyDeleteDi sebalik kesusahan ada kemudahan yang Allah sediakan di sana dan kita di sini ada kemudahan namun pada hakikat sedang dalam kehancuran..
Namun ada juga yang memandang kesusahan sebagai malapetaka.. hanya dipandang dari sudut yg negatif...
ReplyDeletemenarik info ni.
ReplyDeleteSalam..
ReplyDeleteAllah dh beri yg terbaik utk kita tetapi disebabkan permodenan kita byk lupa yg asal contohnya ubatan. Allah dh berikan madu dan gamat, terbaik utk kita tp kita masih bergantung kpd ubatan kimia.. memang memudaratkan.
Aslmkm.
ReplyDeleteYa Cikgu. Mmg ada hikmah utk setiap kejadian.
dan kebanyakannya, insya-Allah...sentiasa mengingati mati dan Tuhan.
ReplyDeletebila kita mula jauh dariNya, dia akan kurniakan sakit utk mengingatiNya semula...
kesiannya mereka..tp tu la manusia ni senang beradaptasi ngan sekeliling. alhamdulillah, semoga Allah pelihara iman mereka..
ReplyDeletemoga sentiasa diberikan kekuatan oleh Allah dalam mendidik anak bangsa.
ReplyDeleteSelamat hari guru.