Tuesday, May 25, 2010

Tutorial Blockquote


Blockquote tu apa ya?






Saya selalu terjumpa blockquote ini dalam blog Razak . Tujuannya saya kira untuk menekankan sesuatu perkara atau menulis kata-kata istimewa petikan dari orang-orang istimewa.


Saya baru sahaja dapat ilmu buat blockquote ini dari Razak. Sudah pun diaplikasi. Rupanya ada juga yang bertanya bagaimana membuat blocquote ini.





Hendak buat tutorial ini terasa malu lah pulak. Kerana saya tahu ramai di luar sana yang lebih pakar dari saya. Tetapi sebab isza yang minta. Saya menebalkan muka. Nasib baik dalam blog ni tak nampak muka. Tapi mungkin ada yang tidak tahu juga. Jadi lepas ni boleh tahu.


Ilmu saya dapat dari Razak ni boleh lah dipanjang-panjangkan. Terima kasih bebanyak, ya, Razak..


Step 1.

Buat entri macam biasa dalam Compose.




Step 2.

Highlight teks yang hendak di Block-quote


Step 3.

Pilih button Block-Quote




Step 4.

Preview. Nampak ayat yang kita highlight akan ke tengah.
Bila kita publish nanti ia akan diletak dalam kotak quote kita.





Kalau hendak tukar warna kotak dan tulisan, pergi ke Layout-Fonts and Colors- dan scroll down ke bahagian Blockquote



Harap isza dapat senyum selepas ini.


~cikgunormah@klcitizen~
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

18 comments:

  1. tak semua orang tahu tentang sesuatu perkara.. Pada yang tak tahu, kita bagitahu. Pada yang dah tahu, ia sebagai ulangan...Tak salah berkongsi ilmu kan?

    ReplyDelete
  2. sy pun baru tahu.. makasih cikgu nnti nk guna pakai hehe

    ReplyDelete
  3. yang blogger ada rupanya..punyalah cari yang pakai coding..hehe..mekasih!!

    ReplyDelete
  4. terima kasih cikgu! saya tak pernah pk nak belajo blockquote ni pun..tp ni terbelajo free plak :D tq! tq!

    ReplyDelete
  5. Salam..

    Terharu saya cikgu..

    Moga ada manfaat untuk semua

    ReplyDelete
  6. thanks kak!nanti sy pun nak try2 guna

    ReplyDelete
  7. salam cikgu,
    tengok tu.. ramai yang bergembira dengan penerangan ini.. terima kasih buat en Razak juga.. saya dah cuba yang tu.. cuma masalah warna jer.. nanti cuba lagi..

    terima kasih bebanyak :D

    ReplyDelete
  8. Satu ilmu yang baru..
    Tksh untk tutorial yg memang menarik!!Thanks utk sis & juga mr RAzak...:):):)

    ReplyDelete
  9. Tq cik gu..tq Razak..nanti kome try test ni..

    ReplyDelete
  10. Tq cik gu..tq Razak..nanti kome try test ni..

    ReplyDelete
  11. thanks atas perkongsian... boleh cuba ler pasni

    ReplyDelete
  12. tq kak..
    xpenah try n xtau pn amendany...huhu

    ReplyDelete
  13. Baru tau..thanks for sharing :)

    ReplyDelete
  14. assalammualaikum

    kawan2 yang menitipkan komen, terima kasih.
    suka berkongsi ilmu ini. harap-harap boleh praktik dan membawa manafaat

    ReplyDelete
  15. salam cikgu

    Terima kasih cikgu

    ReplyDelete
  16. Salam Normah.

    Lepas ni bolehlah apply, sebelum ni duk tertanya-tanya juga. tp sekarang alhamdulillah ada dikongsikan di sini.

    ReplyDelete

terima kasih kerana sudi meninggalkan teguran membina, moga Allah sentiasa merahmati kita semua.