Pagi Isnin, di sekolah, ada tetamu jauh datang menyinggah. Pelajar-pelajar Australia bersama 2 orang gurunya.
Seronok juga. Walau pun rasa lidah ni tergeliat-geliat bercakap orang putih, tetapi alhamdulillah guru-gurunya bisa berbahasa Indonesia. Salah seorangnya mengajar bahasa Indonesia selama 11 tahun di sekolahnya.
Memang kebiasaannya pun, orang-orang asing lebih mudah mempelajari Bahasa Nndonesia berbanding dengan Bahasa Malaysia. Susah sangat kah bahasa malaysia ini?
Secara peribadi, saya kira, Bahasa Malaysia ini memang susah juga hendak dipelajari. Tengok sahaja sukatan Bahasa Malaysia di sekolah rendah, berbanding dengan belajar Bahasa Inggeris pada waktu yang sama.
Sayang sekali ya.
Kenapa agaknya jadi begini, kan?
Bila ditanya pada guru tersebut , kenapa Bahasa Indonesia yang dipelajari, bukan Bahasa Malaysia, katanya kerana Kepulauan Indonesia lebih hampir dengan mereka.
Yalah tu....
Saya kurang yakin dengan jawapan tersebut. saya rasa ada sebab lain kut, yang saya tidak tahu. Mungkin kerana kepentingan tertentu.
Persoalannya, bagaimana agaknya kita boleh mengantarabangsakan bahasa kita ini, kan?
~cikgunormah@klcitizen~
~cikgunormah@klcitizen~
salam..
ReplyDeletebukan google translate dh ada BM eh kak?
emm..kan kita pon agungkan BI--->PPSMI
salam puan, maaf cakap lar, tengok jer kat tv menteri pon cakap omputeh berterabor....tapi eksen taknak guna bahasa kebangsaan.
ReplyDeletesedangkan klu kita tengok pemimpin berjiwa besar dan budayanya gemilang dlm sejarah seperti Presiden Iran, tak malupon guna bahasa dia kat serata ceruk dunia sekalipun lebih terer cakap omputeh berbanding menteri2 di malaysia ni.
terima kaseh.....
haha..yela kak.Saya pun pikir nak blaja cakap bahasa indon.nak tulis blog dlm bhasa indon.haha
ReplyDeleteSalam...
ReplyDeleteKalau kita lihat orang Indonesia memang rajin jika dibanding dgn orang Melayu. Contohnya byk dan di antaranya terjemahan kitab-kitab agama yg berbahasa arab, semuanya orang Indonesia buat. Atas itu mungkin kita merasa bahasanya sama dgn kita, maka kita pun merasa tak perlu..
Kalu nak ikutkan, English Australia pun sangat susah nak dengar. Pelat depa lain skit. Kena pasang telinga betoi-betoi, kan?
ReplyDeleteKlcitiz,
ReplyDeleteKenapa guru itu tidak mahu belajar BM?
Antara sebabnya mungkin:
BM kelihatanya bagaikan "bahasa pasar" atau "bahasa rojak".
Orang Malaysia sendiri tidak yakaan pada baahaasa sendiri.
Orang Malaaysia sendiri tidak mahu mempelajari BM secara bersungguh-sungguh.
Tiada keyakinan terhadap BM.
Sebilangan rakyat Maalaysia sendiri tidak fasih BM.
Gitulah agaknya.
Kalaau ada kesilapan menaip itu, maafkanlah...
ReplyDeleterakyat Malaysia sendiri yg tak naikkan bahasa sendiri.
ReplyDeletetengok blog2 sudahlah..berterabur ayat BM BI, perkataan2 baru..
itu belum tengok drama Melayu.
tengok berita pun, bila ada kenyataan menteri, bahasanya macam budak tak sekolah jugak. rojak habis
kita masih tak yakin dengan bahasa kita.. lihatlah negara kita.. macamana org luar nak yakin pula walaupun hakikatnya ramai yang minat mnedalami bahasa ini
ReplyDeletesalam Normah.
ReplyDeleteKak pernah dengar ada kajian yang dibuat bahawa Malaysialah yang paling banyak pencemaran bahasanya, nak kata cakap orang putih tak juga nak kata ckp melayu tak juga campur aduk. Asyik nak pinjam bahasa orang lain bilalah nak terkenal bahasa kita.
Hi Kak..
ReplyDeletePernah terbaca di blog seseorang..
Pelajar dari luar (Japan) lebih suka belajar di Malaysia kerana tak menghadapi masalah bahasa.
Ini kerana pelajar Malaysia lebih suka menggunakan bahasa Inggeris dalam komunikasi.
Jadi, pelajar luar pun tak ada masalah dari segi bahasa.
tapi berbeza dengan pelajar kita (Malaysia) yang belajar di luar (Japan).
Pulang ke Malaysia dan fasih berbahasa Jepan..
Nampak bezanya kan..?
hehehe..
Salam cik gu..
ReplyDeleteBahasa Jiwa Bangsa..tapi kenapa agung dan daulat kan bahasa Melayu lain..alasan serumpun tapi jika dihimpun lain benor bunyi bahasa bahasanya,,,hehe! menyokong penuh alMankaraki itu..dan juga komen ain fathihah..
Aslmkm.
ReplyDeleteTeringat dulu cikgu BM kata BM asal ada 3 perkataan saja salah satunya padi .. yg lain pinjam & cedok pelbagai bahasa dunia! Jd camne nak org gunakan BM kita yg sudah campukaduk dr awal2 lg!
Aslmkm
ReplyDeleteKenapa harus bahasa indonesia?
Karna kami bangsa indonesia sangat menghargai bahsa indonesia,sehingga bangsa lain juga menghargainya
dan akhirnya, ada orang Indonesia berkomentar, wkwkwkww.
DeleteSaya juga komentar ah...emm apa yah..?oh..iya,,emm.. masih bingung mau komen apa..gimana yah..ya udah komen nya kapan2 ja deh..belum ada inspirasi..tanks..
ReplyDelete