Showing posts with label bahasa. Show all posts
Showing posts with label bahasa. Show all posts

Tuesday, September 11, 2012

sinu nooryl

Agak-agaknya subjek apa yang susah bagi student untuk diskor ?

Tanda soalan di hujung soalan itu saya yang pandai-pandai menambah. Soalan yang muncul dalam jalur sembang group whatsapp  di telefon mudah alih saya. 

Diam.

Saya berfikir.

Membaca pendapat rakan lain dalam kumpulan yang sama.

Dan segera insiden siang tadi terbayang.

Kenapa "adalah mendirikan ...." ni akak bagi salah?

Saya membaca semula kertas jawapan pelajar tersebut. "...adalah berkata ...", " ...adalah membina ..." , semua frasa kata itu dibulatkan oleh guru tersebut, memberi tanda bahawa pelajar itu sudah melakukan kesalahan tatabahasa.

Bukan mempertikai. 

Ingin tahu. 

sumber


Saya rasa subjek BM yang sukar untuk diskor. 

Saya meluah rasa.

Kenapa ya, pelajar-pelajar Melayu masih susah nak skor dalam subjek Bahasa Melayu, walaupun setiap hari bercakap dalam Bahasa Melayu, mencarut, menyumpah, mimpi pun dalam Bahasa Melayu, dan masih juga  tak boleh nak skor subjek Bahasa Melayu? Tak pelik bin ajaib ke?

Dan rakan itu menjawab ....

SPM saya pun, Bahasa Melayu saya dapat 4. Saya memang tak pandai mengarang. Eh... betullah

Itu pun sebenarnya bukan jawapan kepada soalan saya. Itu ialah luahan rasa hatinya juga. Oh ramailah pulak yang meluah rasa, walaupun bilangan ramai itu hanya dua orang sahaja waktu itu.

Ah, Bahasa Melayu saya pun lebih kurang berteraburlah jugak. Jangan kata budak-budak sekarang. Budak-budak dulu pun ramai juga yang tidak bijak mengarang. Tetapi, sebenarnya penting sangatkah kemahiran mengarang bila dah tua-tua macam sekarang ni?
Entah.

Saya rasa sama jugalah seperti kemahiran mengira lilitan bulatan, pengkamiran dan kemahiran-kemahiran yang sepertinya juga. Kepentingannya sangat relatif dan subjektif, bergantung pada situasi dan jenis kerja anda.

Kalau anda seorang guru Bahasa Melayu, mungkin juga kemahiran mengarang itu penting, atau pun kalau anda seorang kolumnis suratkhabar  atau pun majalah, sudah pasti, ah... bukan , sangat pasti kemahiran itu yang utama. Tapi, kalau anda seorang akauntan, jurutera, misal katanyalah , masih perlukah lagi anda bijak mengarang?

Ah.... ayat-ayat saya terasa seperti taugeh-taugeh yang berserakan. Tunggang terbalik. Tak keruan.

Dan bertambah peninglah cikgu-cikgu  Bahasa Melayu yang membaca entri saya malam ini. Maafkan saya, kawan-kawan.



*girdle dalam Bahasa Melayu apa ya? Oh ya, esok pagi cik nooryl dan saya mungkin dapat minum teh tarik percuma di sinu ... :)


~ cikgunormah@klcitizen~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Monday, August 15, 2011

Jangan nak jadi betina sial...

Awak jangan nak jadi betina sial.

Amarah yang terlampau amat. Ia melimpah, bagai empangan pecah. Tiba-tiba terasa bodoh yang teramat dalam. Memang bodoh. Menurut hati yang sedang marah seperti si buta tidak bertongkat. Teraba-raba mencari diri sendiri.

Bila amarah menguasai, barulah diri sebenar tertonjol keluar.

Rupanya inilah diri saya sebenarnya. Perasan bagus menulis agar sabar segala. Sedang kerenah budak hingusan ini sahaja tidak terbendung amarah dalam diri. Maaf rakan-rakan. Kata sendiri tidak dikota. Jadi bagaimana boleh menasihati? Tidak selayaknya.

Diuji. 

Dengan insan kerdil di depan mata ini.

Mendengar kata... , tiada dalam kamus hidupnya. Tingkahnya begitu menyakitkan hati dan mata. Jenuh mengurut dada, meminta diri sendiri bersabar. Akhirnya terhambur juga kata-kata yang tidak sewajarnya ini.

Agaknya ini caranya Allah ingin memberitahu, bahawa apa yang ditulis dan dikata perlu diperhati saksama. Bahawasanya, Normah, berhati-hati dengan tindakan kamu. Dunia ini persisnya seperti roda. Segala yang kau hamburkan , akan kembali juga ke muka kamu.

Jangan perasan kamu tu baik sangat, tau, Normah.

Tengok. Dok menasihat orang supaya sabar. Aku bagi kau berdepan dengan budak sedegil ini, dan cuba kau tengok. Macamana kau jaga mulut kau?

Pesan Ustaz, kalau inginkan penghujung kehidupan kita ini baik seperti mereka yang terpilih itu, senang sahaja. Jaga mulut.

Ah... si mulut. Sejak bila kau belajar guna perkataan itu?

*terbayang menerima buku amalan nanti, di sebelah manakah? eeee... ngeri!

~cikgunormah@klcitizen~


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Thursday, February 10, 2011

pendekata

Pendekata.

Sewaktu di sekolah rendah dalam usia 11 dan 12 saya mula membaca akhbar secara serius. Arwah abah hanya melanggan suratkhabar Utusan sahaja. Minat membaca pada waktu itu sangat besar tetapi bahan bacaan di rumah tidak banyak kerana saya faham gaji seorang mata-mata waktu itu hanya seciput. Jadi, bagi memenuhi nafsu membaca, saya sering membaca akhbar hari yang sama berulang-ulang.

Cumanya yang menjadi musykil pada saya ialah perkataan pendekata. Dalam hati dan fikiran tika itu, siapalah si pendek yang berkata bagi berita yang sedang dibaca. Tetapi tetap saya baca berita tersebut tanpa bertanya pada siapa pun kemusykilan saya itu.

Yang terbayang dalam fikiran saya ialah arwah Ibrahim Pendek. Waktu itu arwah masih lagi aktif berlakon dan berlawak. Saya fikir mungkin beliaulah yang berkata dan kata-katanyalah yang dipetik dalam akhbar.

Sejak bila saya mula faham dengan istilah pendekata itu pun saya tidak ingat. Saya tahu dan faham sendiri saya kira, ....bila mana dan bagaimana ia diguna pakai dalam penulisan.

Semalam sambil berjalan-jalan di blog rakan-rakan, terbaca satu artikel di blog Intelektual Organik tentang Bahasa Eeeewww dan menonton video Anwar Hadi. Asalnya malas hendak menonton video tersebut tetapi, klik juga sebab cuma 3 minit sahaja dari masa saya yang boleh saya bazirkan... Tapi... rupanya bagus juga video tersebut. Ada sisi kreatif dan kebenaran tentang bahasa sms dan facebook yang ditaip oleh anak-anak muda sekarang yang perlu direnung semula. 

Bukan.... bukan tentang isu carut mencarut, itu bab lain. Ini isu ejaan yang di over kan. 

Contoh : kita  menjadi kitew, itu  menjadi iteww....

Jika ada masa cubalah menonton video ringkas ini... best juga.



atau klik di sini

 ~cikgunormah@klcitizen~
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tuesday, May 4, 2010

jiwa malaysia atau indonesia



Pagi Isnin, di sekolah, ada tetamu jauh datang menyinggah. Pelajar-pelajar Australia bersama 2 orang gurunya.


Seronok juga. Walau pun rasa lidah ni tergeliat-geliat bercakap orang putih, tetapi alhamdulillah guru-gurunya bisa berbahasa Indonesia. Salah seorangnya mengajar bahasa Indonesia selama 11 tahun di sekolahnya.


Memang kebiasaannya pun, orang-orang asing lebih mudah mempelajari Bahasa Nndonesia berbanding dengan Bahasa Malaysia. Susah sangat kah bahasa malaysia ini?


Secara peribadi, saya kira, Bahasa Malaysia ini memang susah juga hendak dipelajari. Tengok sahaja sukatan Bahasa Malaysia di sekolah rendah, berbanding dengan belajar Bahasa Inggeris pada waktu yang sama.


Sayang sekali ya.

Kenapa agaknya jadi begini, kan?

Bila ditanya pada guru tersebut , kenapa Bahasa Indonesia yang dipelajari, bukan Bahasa Malaysia, katanya kerana Kepulauan Indonesia lebih hampir dengan mereka.

Yalah tu....
Saya kurang yakin dengan jawapan tersebut. saya rasa ada sebab lain kut, yang saya tidak tahu. Mungkin kerana kepentingan tertentu.


Persoalannya, bagaimana agaknya kita boleh mengantarabangsakan bahasa kita ini, kan?

~cikgunormah@klcitizen~



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...