Sunday, August 7, 2011

boleh tak jaga mulut sendiri...?

Cuti hujung minggu. Alhamdulillah. Sudah hampir ke hujungnya.

Dua tiga hari ini demam menonton youtube. Ceramah Ustaz Kazim Elias. Yalah, dari pada demam menonton drama bersiri, kira baiklah juga kut mendengar ceramah ugama bila dah tua-tua begini. Menambah ilmu, walau tak semestinya amal itu pun bertambah juga. Niat dan azam di hati, Ramadhan ini menjadi bulan bernafas baru.

Yang menjadi hati saya tertarik amat ialah kisah insan-insan yang mati dalam husnul khatimah. Pesan Ustaz, kalau inginkan penghujung kehidupan kita ini baik seperti mereka yang terpilih itu, senang sahaja. Jaga mulut.

Beberapa contoh yang diberi, insan-insan tersebut, di sepanjang persahabatan  bersama, tidak pernah mereka berkata yang tidak baik tentang orang lain. Mulut mereka terpelihara dari menyumpah seranah. Tiada kata haram jadah, babi, sial atau yang sewaktu dengannya keluar dari bibir. Sehingga ke lewat usia melebihi 90 tahun, masih Allah pelihara mata , telinga dan akal mereka. Syaratnya mudah, pesan Ustaz, jaga mulut.

Mudah. Tapi memang payah, kalau ia tidak dibiasakan.

Apatah lagi bila hati sedang bercahaya dengan api kemarahan. Mulut jadi ringan, pandangan mata jadi tajam menembusi orang yang diamuk. Masa itu, akal terperosok jauh menikus dan nafsu bermaharaja. 

Mendengar dan mengamal, dua dunia yang berbeza. 

Tapi moga bulan rahmat dan penuh dengan keampunan Allah ini menjadikan ia lebih mudah.

Salam malam Isnin.

~cikgunormah@klcitizen~
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

8 comments:

  1. sedih tengok dalm FB macam2 carutan walau bulan puasa

    ReplyDelete
  2. Hidup tak semudah yg disangkakan. Tapi yg penting semuanya bermula dari niat. Semoga kita akan mendapat rahmatNYA

    ReplyDelete
  3. sedih kat sekolah cikgu dib***kan oloeh anak² murid sendiri..

    ReplyDelete
  4. Iman.... Budaya mencarut ini seperti penyakit berjangkit, kan. Kita berpesanlah pada anak murid dan rakan2 .....

    ReplyDelete
  5. Kak aida.. Itulah yang kita harapkan bersama kan.

    ReplyDelete
  6. Cikgu dib***kan oleh anak murid? aish... Entahlah, rasanya anak murid itu juga belajar dari orang2 dewasa di kelilingnya. :(

    ReplyDelete
  7. kak normah...memang le macam tu mulut ni kadang2 laju je terutama bila api kemarahan menguasai hati. cepat2 istigfar...

    ReplyDelete
  8. jom befikir dibulan ramdhan.. =)
    http://lolz-l.blogspot.com/2011/08/jom-berfikir.html

    ReplyDelete

terima kasih kerana sudi meninggalkan teguran membina, moga Allah sentiasa merahmati kita semua.