Tuesday, August 16, 2011

lepas maghrib mula berangan


Midah, camana nak buat cicah ikan bakar?


Senyum berbalas. Mata bertaut. Buku resepi di tangannya ditutup perlahan. Sedang menelaah buku resepi. Resepi biskut raya rupanya. Rakan-rakan yang lain di keliling turut memandang saya sambil tersenyum. Oh.... di tangan masing-masing rupanya melekat buku resepi pelbagai.


Sesi menerang cara, bermula.


Ada pula yang menambah. Memberi petua dan idea.  Gaya masing-masing, air tangan masing-masing.


Mah, hari ini masak apa?


Bakar ikan je kak ana. 


Bakar camana?


Bakar bodoh je kak ana.


Langkah pulang ke rumah terhenti di meja rakan ini pula. 


Kalau nak lebih sedap , bakar cam gini....


Saya mengangguk. Berterima kasih. Merekod secara mental dalam kepala, cara membakar ikan istimewa dari Kak Ana. Nanti lepas dari ini, pasti bila melihat wajah Kak Ana , akan terbayang langkah membakar ikan cara gayanya.


Meneruskan langkah balik ke rumah.


Acara berkungfu panda di dapur menunggu. Sambil itu, dalam hati berkata-kata, pengganti Chef Wan ramai rupanya di bilik guru ini. :)


*berkungfu panda dua jam setengah di dapur, acara makan hanya setengah jam sahaja.... mengemas selepas makan setengah jam juga. Sambil mengemop lantai, berangan sorang, bila agaknya boleh ber'bibik'?

~cikgunormah@klcitizen~


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

4 comments:

  1. betul, ramai yang berkata begitu. ikut rezeki masing2 kan

    ReplyDelete
  2. mencuba2 zulkbo. ni wajah hari raya... 

    ReplyDelete
  3. disqus ni macam takde commentluv. intense debate adalah. tapi bila pasnag intensedebate ada problem loading lah pulak...

    ReplyDelete
  4. hahaha.... bakar macam tu je. tak letak atau balut apa2. orang 'rajin', memang macam ni

    ReplyDelete

terima kasih kerana sudi meninggalkan teguran membina, moga Allah sentiasa merahmati kita semua.