Sakit kepala.
Bukan saya. Tidak juga hari ini. Kelmarin dulu. Bila tu ya? Entah tak ingat.
Sihat tak?
Sihat atau tidak memang senang ditelah. Tidak perlu punya kebolehan membaca fikiran orang untuk tahu si dia tu sedang sakit atau tidak. Secara intuitif nya, melihat riak air muka dan pandang mata sesekala kita boleh menelah si dia sedang menahan sakit.
Sakit kepala lah kak normah.
Sakit yang haritu camana?
Yang itu appointment nya tak lama lagi.
Sakit.
Yang merasa sahaja yang tahu. Perkataan berdenyut yang digambar olehnya disambut dengan rasa kasihan. Sekadar itu. Sedikit pun tidak bisa ditolong atau dibantu. Kesakitan fizikal bukan untuk dikongsi bersama. Itu tabii. Mengeluhlah atau mengaduh semahunya, tetap ia hak milik persendirian.
Kenapa tak ambik MC je?
Penyelesaian yang mudah. Bagi saya. Seolah dengan MC itu sakit itu akan bertambah hilang lenyap.
Tak apalah kak normah. Kalau layan sangat sakit ni, memang tak boleh buat apa. Kat rumah pun nanti baring je, lagi sakit.
Kuat awak ya. Kak Normah kalau sakit kepala, memang tak leh buat apa, makan ubat, tidur je . Insya'Allah lepas tu biasanya hilang sakit.
Ni boleh tahan lagi kak Normah. Berdenyut je sikit.
Eh.... dalam sakit kepala pun, boleh lagi awak bercelak bersolek bagai ya...?
Ah...mulut laser saya. Dah terkeluar baru terperasan ayat yang ditutur.
Hahaha.... suara orang lain pula ikut masuk serta, tertawa dengan persoalan dalam kepala yang terzahir tanpa sengaja.
Eh. Kak Normah mintak maaf.
Itulah manusia. Buat silap dahulu. Tidak berfikir. Barulah maaf menyusul. Saya pandang wajahnya. Lega. Tiada secalit pun rasa kecil hati di matanya. Dia tersenyum dan tertawa kecil. Kelopak matanya bercalit warna biru sedondon dengan baju yang dipakainya. Maskara yang dipakainya menambah lentik bulu mata yang sedia cantik.
Sori banyak-banyak. Tak berniat. Cumanya, kak normah ni tak pernah bermake up. Jadi kak normah musykil sedikit, tengah sakit-sakit kepala boleh lah pulak awak memberi perhatian pada kerja-kerja macam tu.
Memberi alasan. Tapi itu yang sejujurnya.
Menjadi wanita memang kurniaan. Diberi peluang dan ruang mencantikkan diri. Cumanya, saya tidak biasa dan tidak tahu mencantikkan wajah secara begitu. Kemahiran yang tidak pernah dikuasai.
Bersolek ni, terapi lah kak Normah. Macam kak Normah menulis di blog, walau kak Normah sakit kepala pun, masih boleh menulis kan.
*you've got a point there, dear. :)
Selamat bersolek di hujung minggu.
~cikgunormah@klcitizen~
ada orang bila sakit tak bersolek sebab takut kena tegur macam ni lah kak normah.. :D
ReplyDeleteSaya suka jawapannya..
Lagipun dia masih cuba kuatkan dirinya..
;)
bagi saya makan itu terapi..tgok badan la kannn...
ReplyDeleteBetul lah. Ada juga jenis orang yang boleh tumpu pada perkara lain yang macam tak penting pada kita dalam keadaan sakit... Pelik tapi mungkin juga kerana nak alihkan perhatian dari fikirkan kesakitan...
ReplyDeleteRamadhan: Tidak Berbeza Tapi Sentiasa Istimewa...
salam..
ReplyDeletecantiknya wanita dalam
gambar..solekan @ ori?
orang pompuan
dan solek tidak dapat
di pisahkan dan saya
tak pernah halang :)
tulis blog juga terapi jiwa.... IM setuju sangat tulisan ini.
ReplyDeletelama tak singgah. harap masih ingat IM!
@cikgu isza
ReplyDeleteYa , positif dalam fikiran serta tindakan, kan
@hani@debumelukut
ReplyDeleteHahaha... Ya , terapi juga tu. Tapi kena hati-hati :)
@azieazah
ReplyDeleteAgaknya lah azie. Bila bersolek, lupa sekejap sakit di badan tu... Kan
@zulkbo
ReplyDeleteBenda baik dan cantik buat apa nak halang pulak kan zulkbo. Cuma kalau terlebih dan melebih tu je yang nak kena dipantau kan...
@insan_marhaen
ReplyDeleteYa, saya pun dah lama tak menyinggah blog IM. Masih ku ingat... :)
banyak lagi benda lain untuk terapi selain bersolek...bersolek ni rasa saya makan banyak masa juga tu..
ReplyDeleteerm, sikit2 udoh le solek tu, rimas teman tengok
ReplyDelete