Kalau dah start tak puasa, memang susahlah nak puasa lepas tu , cikgu
Aiman. Dia senyum sambil memandang saya.
Saya puasalah, cikgu. Senyum lagi. Seolah tidak puas hati kalau-kalau saya tidak mempercayai kata-katanya.
Saya percaya.
Ramai yang puasa sekerat hari. Saya tahu. Cerita yang sama setiap tahun pun. Kisah anak-anak ini singgah di kedai makan tertentu yang beroperasi waktu bulan Ramadhan pada waktu makan tengahari. Cerita dari satu generasi ke satu generasi di sekolah ini.
Alah, cikgu, ramai yang pergi beli kat situ. Sampai driver van ambulan pun singgah situ beli makan tengahari. Polis pun singgah situ. Askar pun . Doktor pun.... Entah-entah cikgu pun ada yang berbuka waktu zohor.
Ayat yang akhir tentang cikgu tu, saya yang tambah. :)
Saya dengar murah makanannya, ya.
Betul, cikgu. Teh O ais dia free je. Ha, mana nak dapat tu.
Entah-entah ini kes konspirasi Amerika, diorang sponsor kedai makan tu, taknak bagi orang Islam ni puasa.
Betul, cikgu. Teh O ais dia free je. Ha, mana nak dapat tu.
Entah-entah ini kes konspirasi Amerika, diorang sponsor kedai makan tu, taknak bagi orang Islam ni puasa.
Saya merepek.
Saya bukanlah orang baik, atau warak dalam agama. Memang banyak dosa dan silap saya yang lebih besar dari sesetengah mereka yang tidak berpuasa itu dengan sengaja.
Tetapi kalau dah polis dan askar yang kita harap sebagai penjaga keamanan dan pejuang negara bersembunyi di sebalik topi keledar, beratur membeli makanan di waktu orang lain berpuasa, apalah yang boleh diharap dari kekuatan iman dan mental mereka? Setakat nasi sepinggan dan air secawan pun tidak boleh dibentengi, apatah lagilah peluru musuh.
Menengok lauk terhidang pun dan ketar lutut serta takut lapar, bagaimana pula hendak menghadapi bengisnya hentaman dan pukulan musuh Allah.
Berpuasalah. Cuba. Belajar untuk mempertahankan kekuatan mental kita.
~cikgunormah@klcitizen~
Perkara pertama terlintas adalah didikkan. Tidak kiralah didikkan datang nya dari rumah atau pun dari masyarakat setempat. Kalau 15 tahun dulu nak lihat orang yang ponteng puasa ni secara terangan agak payah tetapi sekarang ini si pemonteng puasa semacam tidak kisah dengan pandangan masyarakat mahu pun hukum agama.
ReplyDeleteAda sesetengah ulama menyatakan bahawa seseorang yang meninggalkan puasa secara sengaja dan menganggap puasa itu tidak wajib bagi mereka maka jatuhlah hukum kafir keatas mereka itu. wallahu a'lam.
@wachak
ReplyDeleteHarap2 tidak sampai jadi begitulah pandangan dan sikap mereka yang tidak berpuasa sengaja ini
kalau begitu,saya silap.selama ni saya ingatkan orang tak kesah puasa,dia ponteng puasa.
ReplyDeletetanda-tanda orang ambik kesah pasal puasa ialah mereka akan cari port beli makanan dan lepak untuk ponteng puasa.
ramai yang tak berpuasa cikgu.... kalau solat yang senang itu pun sukar dilaksanakan inikan pula nak berlapar seharian .
ReplyDelete