Wednesday, August 3, 2011

Tujuh suku bukan tiga suku

Hari ini adalah harinya.

Saya lunjur kaki di atas kerusi di hadapan. Tuan punya kerusi sudah lama balik ke rumah. Cikgu sesi pagi. Kaki berdenyut-denyut di bahagian betis. Kalau boleh hendak terbang balik ke rumah juga, melabuhkan badan dan kepala, mencari-cari mimpi yang indah. Kalau boleh.

Dari jauh nampak pembantu makmal yang sedang berbadan dua, kelihatan segar dan berseri berjalan ke arah saya.

Apalah kena saya hari ini. Melepek. Bukan melepak. Mengalahkan budak tadika yang sedang berpuasa. Orang yang tengah berbadan dua pun lebih segar dari saya. Ketahanan mental sayalah agaknya, perlu dikalibrasi semula.

Awak puasa , Farhan?

Budak tingkatan satu, tembam badannya dan manja bukan kepalang.

Puasalah cikgu.

Semalam puasa penuh?

Penuh. Tapi, nasib baik saya tak buka semalam.

Kenapa?

Saya dah tak larat sangat cikgu. Balik sekolah, rasa macam nak minum je. Memang tak larat. Macam nak mati.

Wah, saya pun tak pernah rasa macam nak mati.

Betul cikgu. Pas tu, emak saya suruh saya tidur. Kat pukul 7 suku , baru saya bangun.

Wah, nasib baik. Kalau tak sayang je puasa satu hari dah batal.

Tula, nanti duit raya tak cukup.

Dia senyum. Aii, dah tingkatan satu pun nak kena upah puasa ke? 

Dalam hati saya je lah.

Dan hari ini, saya yang terasa seperti  'hampir nak mati'. Kalau itulah perasaan Si Farhan, barulah saya faham. :) dan .....  saya patut tidur sampai pukul 7 suku. Hehehe.

* selamat beribadat di bulan yang berkat ini rakan-rakan semua. Masih tiada kesempatan berblogwalking. Maafkan saya.

~cikgunormah@klcitizen~
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

10 comments:

  1. Ujian orang berpuasa.

    ReplyDelete
  2. tidur sampai 7 suku.. takut jadi 3 suku nanti..

    ReplyDelete
  3. selamat menjalankan ibadah.

    ReplyDelete
  4. kak normah...puasa ni ada hari2nya memang terasa letih sangat tapi bg aina cabaran hari pertama dan kedua cukup hebat...satu lagi cabaran bila 2-3 hari terakhir berpuasa...

    ReplyDelete
  5. apa pun ia mesti diteruskan ... hanya inilah saja bulannya yang diwajibkan.

    ReplyDelete
  6. penat la mengajar masa bulan puasa cikgu.. huhu

    ReplyDelete
  7. kak ani... betul

    cikgu isza.... sungguh benar tu.

    hani ... :)

    ReplyDelete
  8. ibundo .... selamat untuk kak pah juga

    abu muaz ... ya, sesunnguhnya. kita cuba buat yang terbaik mungkin

    ain.... ada hari-harinya yang memang tak larat

    ReplyDelete
  9. aina ... setuju ngan aina

    ReplyDelete

terima kasih kerana sudi meninggalkan teguran membina, moga Allah sentiasa merahmati kita semua.