Sudah berhari rasanya semangat bekerja saya tidak seperti hari ini. Bertenaga.
Mungkin cuaca di luar menambah rasa energetic saya. Tidak panas sangat dan tidak juga mendung. Alhamdulillah. Ya, bukan semua seperti saya hari ini. Saya tahu. Ini hari saya, tunggulah hari kalian pulak, ya.
Eh, bangunlah semua!
Masuk ke dalam kelas ini, ramai yang tidak berdiri menghormati. Sebenarnya bukan hendak sangat dihormati, tetapi ia termasuk dalam skop kerja, mendidik. Bila orang tua masuk , berdirilah, tanda hormat. Masing-masing kelihatan penat. Puasalah katakan. Pukul 140pm kan, waktu biasanya produktiviti kita menurun.
Bila nak bagi salam kat saya ni?
Dah berdiri, masing-masing termenunglah pulak. Khayal dalam dunia dan hal masing-masing. Yang masih dok bersembang dengan rakan, jangan citerlah kan.
Eh, cikgu ni..., kan kita orang dah bagi salam.
Saya pandang budak kecik itu. Comel. Secomel namanya. Pandai sangat bab shuffle men'shuffle'. Suaranya tidak melambangkan kekerdilan diri. Lantang dan pandai betul dia kalau menyanyi. Ada iras-iras aruah Sudirman jika menyanyi.
Bila? Bila nya awak bagi salam kat saya?
Semangat saya menurun perlahan. Diganti dengan hembusan angin kemarahan. Sepoi bahasa.
Yang semalam tu... Nak kena bagi salam tiap-tiap hari ke?
Dia sengih.
Ish... ada yang kena lepuk nanti ni kan!
~cikgunormah@klcitizen~
salam..
ReplyDeletelepok je
kalau saya lah..
kita pun puasa juga nih..
saya nak menduga tu..
:)
assalam cikgu
ReplyDeleteLayan jer lah bebudak yg ber 'gen Z' ni. cerdik x bertempat. Kalau saya lepuk sekali. alah ... lepuk2 sayang ... ha33
SALAM,
ReplyDeleteTUGAS GURU CUKUP MURNI ! MENGAJAR DAN MENDIDIK ! TERUSKAN CIKGU ! SELAMAT BERPUASA
memang memerlukan kesabaran yg tinggi bila dapat anak2 murid yg loyar burok macam ni kan kak....? :-p
ReplyDeletebukan setakat kecik mata.. budak tu pun semakin mengecil..
ReplyDeletegrrr
bijak anak murid nyer. hehehe...
ReplyDelete@zulkbo
ReplyDeletehahaha... takut kena saman lah pulak :)
@wachak
ReplyDeletekalau dah lepuk, mana ada lepuk sayang, wachak... :)
@musollahehsan
ReplyDeleteterima kasih, selamat beribadat juga :)
@Dea
ReplyDeletekekadang tak sabar jugak dea :(
@cikgu isza
ReplyDeletememang nampak semut pun lagi besar dari budak tu hahahaha
@aswadz
ReplyDeletebijak menaikkan marah orang kan...