Semalam bercuti memasak.
Makanan segera menjadi pilihan. Tidak bagus untuk kesihatan kan. Saya tahu. Ilmu itu di kepala , tetapi tetap tidak diamal.
Ilmu tanpa amal , gila.... saya dapat dari sini, katanya ia adalah kata-kata Imam al-Ghazali.
Banyak juga ilmu lain yang ada di kepala. Contohnya, bersenam menambah baik kesihatan badan. Betul. Tetap ia di kepala. Minum air masak 8 gelas sehari. Tetap juga tidak tertelan. Masih juga meneguk nescafe dan air manis bergelas-gelas. Ilmu di kepala, tetap di situ.
Cikgu.
Saya mengangkat muka memerhati. Ruang menunggu di restoran makanan segera ini kosong dari manusia, kecuali si cashier di kaunter. Maklumlah baru pukul 430 petang. Balik dari sekolah terus menyinggah, kerana malas hendak keluar lagi bila kaki sudah menjejak dalam rumah.
Ha... lama betul tak nampak awak di sekolah. Dah berbulan. Apa citer?
Dia senyum. Ada lesung pipit. Rambutnya berekor sedikit di hujung tengkuk. Dan ada rantai silver melingkari lehernya. Hitam manis orangnya.
Awak nak ambik periksa ke tidak nanti ni?
Nak.
Habis tu, kenapa tak datang-datang ke sekolah?
Alah, saya tak bolehlah dengan budak-budak kelas tu cikgu.
Rugi. Awak yang rugi nanti. Diorang datang. Awak pulak tak datang. Datanglah. Boleh buat revision, tak dapat banyak awak belajar, sikit-sikit pun boleh bantu untuk periksa.
Nantilah cikgu. Saya tengok nanti.
Ilmu.
Bukan semua yang dapat menilai pentingnya waktu ia mudah diperoleh. Disua dan dihulur, tetap tidak memberi makna.
Sayang sekali. Saya tidak punya kemahiran menzahirkan kepentingan ilmu itu dalam hati dan mindanya. Saya tidak bisa berbahasa sebaik mungkin agar dia sedar. Pengalaman berbelas tahun tidak membantu saya meyakinkan dia untuk hadir ke sekolah. Berpuluh kursus yang saya hadir saban tahun, tidak menyediakan saya dengan hujah paling ampuh untuk mengembalikan sedarnya.
Sayang.
Sehingga kini, terbayang senyumnya.
~cikgunormah@klcitizen~
banyak pelajar tidak memikirkan kesan jangkamasa panjang betapa pelajaran mampu mengubah kehidupan mereka suatu hari nanti
ReplyDeletemungkin doa cikgu adalah yang terbaik kalau kes macam tu kan?
ReplyDeletememang banyak ilmu tanpa amal dalam diri kita..;(
salam
ReplyDeletedi sbp tak jumpa masalah ni..masalh pelajar home sick banyak lah kak
saya baru bertemu kes seumpama ini anak jiran saya bermati-matian tidak mahu ke sekolah ... baru nak ambil PMR tak tahulah kesian mak bapaknya
ReplyDeleteAda orang melihat ilmu itu mudah dicari, ada orang melihat mencari ilmu itu begitu sukar sehingga sanggup berkorban apa saja.
ReplyDeleteManusia tetap berbeza, kan Cikgu?
Ramadhan: Keriuhan Itu Sebenarnya Sering Dirindu Aku...
Assalamualaikum...
ReplyDeleteMemang kita tak berupaya, cikgu! Melainkan kekuatan yang dianugerahkan Allah kepada mereka yang mahu belajar..
begitulah anak2 zaman sekarang, kemudahan belajar banyak tetapi kesedaran tiada. org dulu jalan kaki berkilometer untuk pergi sekolah...bersampan bagai tetapi gigih utk mengubah hidup!
ReplyDeletebenda paling best=belajar
ReplyDeletebenda paling tak best pasal belajar=ujian dan peperiksaan