Petang Selasa. Hujan lebat.
Suara Ustaz Kazim menemani saya. Doa orang berpuasa ini mustajab, kata Ustaz. Hujan pula tu, rahmat melimpah ruah bagi saya.
Tapi bagi yang sedang berniaga di bazar? Moga rezeki mereka pun melimpah dalam bentuk yang berbeza.
Berdoalah di sepanjang hari anda berpuasa. Jangan hanya membataskan doa sewaktu berbuka puasa sahaja.
Lebihkan sedekah, kurangkan pembaziran, kata Ustaz lagi.
Ah, baru pagi tadi menghumban maggi sup special saya dalam tong sampah. *ketuk kepala saya berkali-kali*. Teringat lebihan nasi putih dalam periuk yang saya humban juga dalam tong yang sama. Ah... makin berpuasa, makin banyak pula pembazirannya. Itu belum lagi menyinggah di bazar Ramadhan. Nasib baik tidak. Bukannya kuat sangat iman ini melihat makanan beratur . Itu teringin, ini teringin.
Tangan kanan pula terasa kebas.
Pasti kes tadi dalam kelas. Amarah yang amat. Menghentak meja yang tidak bersalah. Kesian kau meja.
Bulan tarbiyah. Masih belum lulus rupanya.
~cikgnormah@klcitizen~
Tangan kanan pula terasa kebas.
Pasti kes tadi dalam kelas. Amarah yang amat. Menghentak meja yang tidak bersalah. Kesian kau meja.
Bulan tarbiyah. Masih belum lulus rupanya.
~cikgnormah@klcitizen~
Kesian kat meja tu..kalau boleh bercakap mesti dia kata..."Adoooiii...!"
ReplyDeletemakan banyak juga..macam mana tu?? kembung perut ni
ReplyDeletenasib baik ketuk meja...
ReplyDeleteselamat berpuasa dik.
salam cikgu...
ReplyDeleteaina pun sama juga bulan puasa ni kesabaran tercabar betul terutama dengan anak. bila tersedar cepat2 beristigfar...