Monday, January 24, 2011

merajuk

Berapa haribulan ya hari ini? Oh, 24 .... patutlah. Kitar emosi tak stabil hampir tiba, jadi dalam hati ada bengkak.


Hati...., bukannya ada suis untuk dimatikan atau dihidupkan. Ibarat darah mengalir, rasa geram itu kekadang datang perlahan mengikut situasi.


Awal pagi, kelas 5B sudah terkena tempiasnya. Melihat wajah-wajah yang diam membisu, rasa bersalahlah pula. Tapi sekali-sekala ia perlu dihamburkan, agar kerja yang diminta selesaikan tidak dipandang remeh serta tidak penting. Sedangkan, masing-masing pun tahu Chemistry bukan subjek mudah yang boleh diambil ringan.


Kelas waktu akhir, kelas 5U pula. Ah, yang ini dengan kerenah manja dan perlu banyak perhatian. Selesai membaca doa dan bertenang, saya mengira bilangan kepala dalam kelas. Bukan apa, selalunya pelajar ini 'sesat' mencari jalan ke makmal dari kelas mereka. Kekadang hingga separuh masa barulah muncul batang hidung dengan tersengih, dan ada kala jadi pelakon yang sakit perut.


"Eh mana lagi sorang ni?" diam ...tiada respon.
"Siapa lagi yang takde dalam kelas ni, ketua?"

Si ketua kedepan, mengira semula, takut-takut cikgu yang beremosi tak stabil ini hilang ingatan pula bab mengira. 

"Er...er... Aiman , cikgu. Dia tak ada."
"Dia datang tak harini?" geram  mula mengalir perlahan dalam salur darah yang semakin mengembang.


Masing-masing mengangguk.


Saya mengambil borang Maklumat Kehadiran Murid (MKM) dan menulis nama Aiman.


Sedang menulis...., Aiman yang kecil molek, kacak seperti bekas kekasih saya dulu masuk dengan senyuman.


"Ha... saya dah tulis nama awak masuk lewat..." Terasa begitu kecil si Aiman ini di pandang mata saya. Kalau boleh hendak dikunyah macam coklat.


"Alah ...cikgu.... Ni yang takde mood nak belajar ni..." sahutnya sambil berjalan ke bangku duduknya dan masam mencuka, ...merajuk.


Aii.... siapa yang patut merajuk ni? Saya ke atau si Aiman?

mmmmm.......

~cikgunormah@klcitizen~


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

18 comments:

  1. aiman?? hehe saya ke tuh hehee~ sy pun comel gak heheeee

    ReplyDelete
  2. bekas kekasih tu..hehe


    Sabar, esok 25 hb kak normah..hehe

    ReplyDelete
  3. Salam Cikgu,

    Murid sekarang berani merajuk dengan cikgu.

    ReplyDelete
  4. Macam-macam anak-anak zaman sekarang sudah pandai tonjolkan emo

    ReplyDelete
  5. alahai aiman..

    boleh lak xde mood..
    selamba jek dia.

    ReplyDelete
  6. Takper cikgulah pujuk aiman tu..:)

    ReplyDelete
  7. salam..
    macam pilh kasih je ni
    tak adill!!!he he..

    ReplyDelete
  8. aiman kena merajuk; cikgu tidak boleh merajuk, tak berkat ilmu yang diturun kepada pelajar.

    ReplyDelete
  9. @Miecyber

    teringat pulak cerita p. ramlee dalam madu tiga, bila dua-dua merajuk......

    ReplyDelete
  10. @aimannajmy

    orang nama aiman ni memang comel-comel.... :)

    ReplyDelete
  11. @n@m@n

    itu statement penyedap je tu naman...

    suka hari gaji kan....

    ReplyDelete
  12. @akubiomed

    tu la... banyak sangat drama emo sekarang ni, kan

    ReplyDelete
  13. @Dearie Pearls

    tu la dearie, hari isnin merajuk, hari selasa dah tak datang sekolah.... mmmm

    ReplyDelete
  14. @Abd Razak

    naik lemak budak2 sekarang ni razak

    ReplyDelete
  15. @zulkbo

    dunia mananya adil zulkbo... :)

    ReplyDelete

terima kasih kerana sudi meninggalkan teguran membina, moga Allah sentiasa merahmati kita semua.