Friday, January 14, 2011

Sekeping hati dibawa berlari....

Jumaat adalah hari yang dinanti-nantikan dalam setiap minggu. Saya kira bukan saya seorang yang berperasaan begitu. Kenapa ya? Mungkin kerana Allah sendiri yang menetapkan rahmat Dan keberkatan hari tersebut, makanya kerana itu setiap hati merasakan kecantikan Dan keindahan Jumaat tanpa kita sedar.


Mudah sahaja bagi Allah meletakkan sebarang rasa dalam hati. Sekeping hati yang kita punya sebenarnya tiada upaya kita mengawalnya, walau kehendak dan logik akal kita berbeza nilai dan rasional dengan sekeping hati tersebut. Namun, rasa yang terbit di dalam hati timbul dan beraja tanpa kita sedar.


Begitu juga rasa kasih yang menyelinap dan tersembunyi di hati. Ada kala ia tumbuh perlahan dan berakar kuat mendasar di hati, namun tidak kurang juga rasa kasih yang cepat subur di hati namun kecundang dan hilang lenyap dari sekeping hati kita tanpa kita hendak dan mahu.


Namun saya percaya, kuasa Allah mengatasi segala. Rasa kasih yang dicampak dalam hati perlu sentiasa dipelihara. Bukan sekadar ucapan dan perbuatan sahaja, kerana itu sebenarnya tidak menjamin teguh dan utuhnya ketetapan hati itu. Yang lebih utama adalah meminta dari si pemberi kasih dan hati itu, Allah Rabbul Jalil, agar membantu hati kita untuk terusan setia dan mekar mewangi dalam kasih yang sedia ada.


Salam jumaat di petang jumaat.

cikgunormah@klcitizen
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

13 comments:

  1. salam kak normah

    lama saya tak nampak kak kat dunia maya ni

    ReplyDelete
  2. salam..

    Dalam apa jua perkara/perlakuan sekiranya lahir dari hati kita akan nampak keikhlasannya.

    ReplyDelete
  3. lagi bagus kalau malaysia cuti setiap hari jumaat :)

    ReplyDelete
  4. Salam Cikgu Normah,

    Yang tersirat dihati akan terpancar dimuka.

    Salam jumaat.

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum cikgu...

    Hati kita akan merasakan manisnya takdir Tuhan jika kita mencintai-Nya.

    ReplyDelete
  6. hi kak..
    selamat hujung minggu..

    luka tangan nampak berdarah, luka di hati xde saper yg tahu...

    ReplyDelete
  7. @IMANSHAH
    betullah seperti yang iman tulis tu... kurang bergerak di maya sekarang

    ReplyDelete
  8. @Abd Razak

    susah juga ya razak nak sampai tahap itu

    ReplyDelete
  9. @Dearie Pearls

    ada yang tahu pearl... kita tak berseorangan

    ReplyDelete
  10. salam..
    alhamdulillah..saya bercuti
    setiap Jumaat mengambil keberkatannya
    dan Jumaat hari off saya..

    ReplyDelete

terima kasih kerana sudi meninggalkan teguran membina, moga Allah sentiasa merahmati kita semua.