Sunday, January 16, 2011

memang saya nantikan

Sudah nak masuk minggu ketiga di tahun 2011. Tahun yang saya kira punya banyak angka yang cantik dan menarik. Walau pun ia tidak memberi makna sebenarnya dalam hidup saya.

Sempat ke Jaya Jusco Wangsa Maju, KL petang tadi. Mencari buku cerita sebenarnya di MPH sana. Sudah agak lama tidak berpeluang menjejak kaki ke Jaya Jusco tersebut, kali ini pergi bersendirian. 

Tak saya sangka ramainya manusia ... termasuklah saya yang menyesakkan keadaan. Sebenarnya terlupa tentang SALE yang sedang berlangsung bagi menyambut Tahun Baru Cina. Ah... saya pun turut sama memeriahkan acara jualan dan belian. Melebihkan rakan kita yang berbangsa Cina. Tak apa, 1Malaysia, di mana sahaja kan.

Sesampai di MPH, hati rasa sedikit kecewa. Dahulunya banyak juga pilihan novel Bahasa Inggeris yang boleh saya pilih dan angan-angankan untuk memilikinya, tapi, sekarang ini hanya tinggal 2 baris sahaja. Bila membaca novel, memang saya agak kurang jati dirinya... maafkan saya. Saya kurang gemar membaca novel Bahasa Melayu. Ha... pasti ada yang marah dan kurang selesa. Janganlah begitu ya, cita rasa dan perasaan suka tidak dapat dipaksa. Ia hadir secara perlahan dan membentuk sikap dari awal lagi.

Bukanlah langsung saya tidak membaca novel Bahasa Melayu, ....ada. Karya para Sasterawan Negara kita ada juga yang saya gemari, dan paling melekat di hati ialah Salina karya Sasterawan Negara kita A. Samad Said.  Tapi, sejak mutakhir ini lambakan novel Bahasa Melayu genre cinta menambah tumpul minat saya untuk menerokanya. Sejujurnya. Cinta, cinta...masalah rumah tangga... cinta.

Namun dari satu segi, fenomena ini sangat menarik, kerana orang kita, anak-anak kita sudah ramai yang membaca. Pastinya, satu hari nanti, dengan berkembangnya sikap yang baik ini, lebih ramai kepelbagaian penulis yang  akan lahir.

Saya menantikan novel thriller, penyiasatan dan saspen seperti penulis John Grisham yang sangat saya minati lahir nanti di kalangan penulis  Bahasa Melayu.


~cikgunormah@klcitizen~
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

17 comments:

  1. Salam...

    Mak & kakak2 saya memang layan novel nih..uhuhu..
    Saya plak x bape minat kecuali kalau citer2 sal kampung life..Baru habis baca Snake On A Plane..
    Lebih best dari filemnya...

    ReplyDelete
  2. Salam cikgu...
    Saya pun tidak gemar novel-novel yang memaparkan persoalan cinta tak sudah-sudah. Sudah tidak sesuai dengan umur barangkali. Selamat membaca...

    ReplyDelete
  3. sy xleh membaca lama.. mata sakit plak huhuu

    ReplyDelete
  4. Sama lah gaya anak-anak dara saya, yang hanya borong siri buku Meyer’s Siries.. juga Sophie Kinsella jerrrrrr...

    ReplyDelete
  5. Salam,

    Saya suku baca novel Norhayati Berahim, novelnya lain dari yang lain, selain dapat mengisi masa lapang terdapat info agama di dalamnya...Cubalah... :)

    ReplyDelete
  6. @Cik SHiNJU

    Snake on the plane ya... Pasti best tu

    ReplyDelete
  7. @ckLah@xiiinam
    Betulla cKLah... USIA dah camni memang tak sesuai ngan kita

    ReplyDelete
  8. @maiyah

    Baca sikit2 pun jadi maiyah...

    ReplyDelete
  9. @azieazah

    Sophie kinsella tu memang antara penulis yg digemari juga ....

    ReplyDelete
  10. @Ros Illiyyuun

    Nanti sy Cuba cari ros.... Terima kasih

    ReplyDelete
  11. oo...saya pun baru memulakan minat yang dah lama ditinggalkan ni....sebabnya jiran baru saya offer koleksi novel2nya...perghh...memang seronok dilambakkan dgn novel yang banyak.
    'Salina' novel pertama yang saya baca...mmg menarik!dulu saya juga suka dengan novel2 khadijah hashim...

    ReplyDelete
  12. Wah,karya akak sukamemang sangat wajar disukai. Anem jarang baca novel, sebab sekali baca, komitmen sangat tinggi, anem suka baca karya2 islamik,macam fatimah syarha tulis:)

    ReplyDelete
  13. lambakan novel Bahasa Melayu genre cinta menambah tumpul minat saya untuk menerokanya.-setuju..

    sy lebih suka baca novel pembangunan jiwa..ada nilai2 kemanusiaan...hee

    ReplyDelete
  14. Salam...

    Nida suka baca novel, tapi bila dah start baca mulalah kerja lain tak buat... sebab selagi tak habis novel dibaca selagi tu tak boleh buat apa2...

    ReplyDelete
  15. suka buku motivasi.

    layan novel. suka penulis Hlovate.
    best lepak MPH. tempat paling best nak buang masa. heeeee

    ReplyDelete
  16. tabiat membaca makin kurang kat Malaysia ni..membaca hanya sekadar untuk lulus periksa..tidak lebih dari itu..

    ReplyDelete
  17. Salam Cikgu Normah,

    Saya pernah terperangkap di Midvalley ketika jusco buat sale. Pusing tak tau berapa kali ruang parking, tak ada yang kosong, akhirnya balik.

    ReplyDelete

terima kasih kerana sudi meninggalkan teguran membina, moga Allah sentiasa merahmati kita semua.