Tuesday, January 18, 2011

salam ingatan







Yang merah saga,
yang kurik kundi;
yang indah bahasa,
yang baik budi.

Bermaksud

Biarpun rupa elok dan kacak, tetapi kalau budi bahasa buruk, maka akan hina juga pada pandangan masyarakat. - sumber-

Dari dahulu saya tidak faham apa itu kurik dan kundi, rupanya kurik itu adalah bintik-bintik dan kundi itu adalah alat untuk menimbang emas. Cantiknya bahasa buat yang tahu dan mengerti.

Merah adalah warna pilihan hari ini. 

Berkebaya merah rupanya mengundang rezeki pujian dan makanan di sekolah. Skuad PPDA di sekolah mengadakan jamuan meraikan kejayaan mereka tahun lepas di kantin sekolah dan langkah kanan saya ke kantin lewat petang, dengan tema sama seperti mereka melayakkan saya turut dijamu percuma. 

Menjadi johan untuk kategori Bilik Sumber Peringkat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, bukan diterima dari usaha minima tetapi dari usaha bersungguh dan padu. Tahniah , tahniah dan tahniah....




Keindahan menjadi seorang guru ialah berkongsi rasa suka , duka, payah dan senang bersama anak-anak muda yang memandang hidup ini begitu mudah dan indah. Dunia masih lagi kecil dan segala isinya seperti mudah saja dicapai. 

Jika betul cara dan acuannya, anak-anak ini kan menjadi permata yang berkemilau, dan pasti, siapa sahaja yang pernah menjadi guru mereka walau sesaat cuma, turut sama kan merasa bangga dan kembang hatinya.



Salam ingatan buat semua anak murid yang pernah dididik oleh .......

~cikgunormah @klcitizen~



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

14 comments:

  1. ili rase bangga ade guru sepeti cikgu NORMAH....semoga anda akan sentiasa kuat dan tenang melakukan segala urusan.... :)

    ReplyDelete
  2. memang banyak suka duka seorang guru.
    pengalaman yang sangat mahal harganya dan bila bersara nanti bisa menitiskan airmata mengenang semua peristiwa berlalu.

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum cikgu...

    Tahniah! Akan menjadi kenangan manis buat cikgu..:)

    ReplyDelete
  4. Salam..

    Cikgu Normah merupakan salah seorang guru yang pernah mendidik saya dalam matapelajaran Kimia. Beliau pernah meninggalkan beberapa pesanan atau nasihat yang ditulis di buku nota sy dan sehingga ke hari ini ia sgt memberikan kesan serta menjadi kenangan manis kpd sy. Begitulah kasih seorg guru kepada pelajarnya...

    Maka, berbanggalah menjadi seorang pendidik yg ikhlas mnjlnkn tugas sebaik mungkin. Semoga usahamu mendapat ganjaran yg berlipat ganda dari-Nya. InsyaAllah....

    Terima kasih cikgu Normah.

    ReplyDelete
  5. skolaku yg dicintai, ckg2 ku yg penyayang dan tekun akan sentiase berada dlm ingatanku...
    -HILMY-

    ReplyDelete
  6. Tahniah cikgu...!

    Saya sentiasa rindu cikgu-cikgu saya...

    ReplyDelete
  7. tahniah.... dan inilah penghargaan yg paling manis buat seorang guru

    ReplyDelete
  8. @Anonymous

    Thanx ili... Moga Allah sentiasa berkati Ili dan tercapai segala hajat di hati

    ReplyDelete
  9. @abu muaz

    Pengalaman yang selamanya manis

    ReplyDelete
  10. @Abd Razak

    TahniAh buat guru- guru Dan pelajar tersebut, saya hanya menumpang makan sahaja

    ReplyDelete
  11. @nur shuhada

    Shuhada, always the lovely girl that I know. Luv u

    ReplyDelete
  12. @hilmy

    Ya hilmy... Penghormatan Dari Allah memberi peluang mengenali awk

    ReplyDelete
  13. @azieazah

    Ya... Tahniah utk guru-guru tersebut

    ReplyDelete
  14. @Nida

    Ya... Saya tahu nida pun banyak pengalaman manis spt mereka

    ReplyDelete

terima kasih kerana sudi meninggalkan teguran membina, moga Allah sentiasa merahmati kita semua.