Masuk ke bilik guru pukul 245 petang tadi, mata melirik ke arah guru baru di hujung belakang. Kecil molek comel bertudung, mengingatkan saya 19 tahun yang lepas tentang saya. Ah... perasaan yang perasan.
"Ha... kak B, cikgu baru kita di hujung tu dah termenung panjang dah....," saya menegur dari muka pintu lagi kakak di hadapan guru baru tersebut.
"Yalah... baru berapa hari sekolah ni.... takkan dah termenung panjang...," sambung saya sambil menghampiri guru baru tersebut ingin berkenal mesra.
Beliau tersenyum, memandang saya dan lantas mengangkat beg tangannya yang diletak atas kerusi di sebelah. Mengisyaratkan saya untuk duduk.
"Ha... takkan dah termenung dah..?" sambung soalan saya semula.
"Banyak sangat kerja bertimbun, tak tau nak mula dari mana," beritahu beliau pada saya.
Saya mengangguk faham. Guru baru dengan semangat berkobar untuk mendidik anak bangsa, tebal azam di dada ingin mencurah ilmu. Namun sebaik tiba di alam sekolah mengadap realiti sebenar, menjadi buntu untuk melaksana tugas. Itu perkara biasa dik... Menjadi guru kelas bagi Tingkatan 1 dengan membawa title guru baru bukan kerja mudah.
Segalanya perlu diuruskan ...., kutipan wang yuran, wang koperasi, buku teks pelajar, fail peribadi, fail kesihatan, fail adab, smm nya, registernya dan segala mak nenek. Kesian... tapi nak buat camana ya dek. Memang sudah dalam skop kerja sebagai guru tingkatan.
Itu belum lagi dengan urusan kelas menghias bagai, memastikan anak murid yang kecil dan comel lote mendengar kata dan menjalankan tugas.
Ha .... adik baru seperti penyapu baru, buatlah sebaik mungkin. Ada masa setahun dan tahun-tahun seterusnya untuk anda beradaptasi, menyesuai diri dan meningkatkan kredibiliti.
"Rumah macamana?" tanya saya.
"Tu la... sekarang masih lagi menumpang rumah kawan..... ," jawab beliau. Ha.. masalah lagi, kan.
"Kak... maklumat pelajar ni guru kelas kena key in kan ke, atau guru data?" tanyanya pada saya.
"Entahlah ya... rasanya guru kelas juga...," beritahu saya sambil tersenyum.
Selamat bekerja untuk guru-guru baru.
~cikgunormah@klcitizen~
Pn.Norma,
ReplyDeletePenyapu baru, sapu bersih. Yang penyapu lama, walaupun lama kena buat kerja yang sama. Macam mana ya, sapu bersih tak?
Salam Cikgu,
ReplyDeleteselamat kembali bertugas. Kesian dengan guru2 sekarang ni banyak tugas terpaksa dipikul
Bakal PKHEM kami yang berDG48, sebelum mendaftar ke sekolah kami 16 Januari ini sudah awal-awal meminta untuk mengajar kelas menengah rendah, dan bukan kelas peperiksaan. Itu penyapu lama....yang selayaknya kaya pengalaman.
ReplyDelete20 tahun lalu, sebaik tamat latihan mengajar dari UM, saya terus diarahkan mengajar tingkatan 5 Sains 1....sampai sekarang, tak merasa mendidik anak-anak muda tingkatan 1. Pengalaman juga tu...meski tak sebanyak mana.
Semoga cikgu baru itu akan menjadikan bidang keguruan yang mencabar ini sebagai 'passionnya...'
Assalamualaikum...
ReplyDeletePenyapu baru bisa menyapu bersih. Kadangkali memikirkan orang baru kesian lak. Namun segala kesusahan bisa mengajar mereka erti kehidupan..
Salam :)
ReplyDeleteSetiap yg baru akan menjadi yang lama, yang lama pula asalnya dari yang baru juga ... :)
tugas cikgu nampak senang tapi mencabar sebenarnya. kecik2 dulu bila cikgu tanya nk jadik aper, selalu je jawab nak jadi cikgu.
ReplyDeletetapi mesti seronok juga jadi cikgu.
*ngelamun kejap.
salam..
ReplyDeleteseronoknya jadi guru
kenapalah saya tak dapat
dulu..suka sangat..entah
dah jadi Cikgu Besar sekarang..
he he..tahniah buat para guru
semua..ikhlas membawa berkat..
selamat semuanya guru baru dan guru lama.
ReplyDeletemungkin masih teringat pada ibu ayah di kampung.
Huff...nasib baik saya tak jadi guru...
ReplyDeleteCas bateri dengan berjalan kaki
@khaty
ReplyDeletepenyapu lama heavy duty kak kathy....
@aidah
ReplyDeletesudah menjadi kewajipan, saya kira mana2 profesion pun sekarang memang terbeban untuk menurut kehendak dan situasi
@ckLah@xiiinam
ReplyDeletecKLah... pengalaman antara kita memang tak sama, tetapi harapan kita guru-guru lama terhadap guru baru tetap sama... seperti yang cKLah sebut.....
@Abd Razak
ReplyDeletebetul sangat tu razak
@Ros Illiyyuun
ReplyDeletebetul ros....
@Dearie Pearls
ReplyDeleterasanya kerja yang menyeronokkan tak kira apa pun , yang penting ada hati kita hadir bersama
@zulkbo
ReplyDeletentah2 zulkbo dah jadi Ketua Pengarah Pelajaran kut sekarang... kalau dulu jadi guru
@Miecyber
ReplyDeletememang nasib....