Antara wanita dan lelaki, siapa yang lebih senang dihinggap perasaan risau? Saya kira, wanita dengan segala sifat intuitif dan kesensitifannya yang kadang luar biasa, mereka memang sentiasa terdorong untuk cepat risau.
Melihat hujan gerimis tanpa henti sejak kelmarin mendatangkan risau yang tak bertempat. Apa jadi ya nanti kalau berbulan hujan turun tanpa henti?..... Dan risau itu digelakkan tuhan agaknya.... kerana waktu ini hujan sudah pun berhenti, alhamdulillah
Apabila sudah pukul 7 lebih di waktu petang saja, dan anak yang bersekolah di sesi petang masih tak muncul di muka pintu, hati pasti digigit risau yang amat.
Apa kata kalau dia tertinggal bas sekolah? Duit tak ada hendak menelefon di rumah... kalau pula dia berjalan kaki nanti, takut pula diculik oleh orang. Kalau diculik, bagai manalah pulak keadaannya nanti didera manusia lain tak berhati perut... Risau, memang risau. Cumanya, .... nasib baik tak digelakkan dengan driver bas saja, kerana bila ditelefon, jawab pakcik driver senang je....."Jalan jam cikgu, ada pasar malam ni, hujan pulak tu. Harith ada kat belakang ni..."
Ha... itu belum lagi cerita bab risau suami balik lambat atau suami balik dengan muka masam kelat dari asam jawa...
Siapa yang tak risau..., kan.
Kalau matahari tegak kat kepala berhari dan berminggu, risau lah pulak lagi. Air tak ada di paip pulak nanti, lagi la risau.
Segala bendalah boleh jadi risau.... sebab banyak sangat ber'kalau' dalam kepala ni, kan.
..... dan yang terlebih risau, kalau tak sempat tengok matahari esok hari.....
*saya pasti ramai ibu bapa yang sangat sangat risau dengan keadaan anak-anak mereka yang sedang belajar di Mesir sekarang ini..... desak @najibrazak untuk bawa anak-anak kita kembali ke tanah air.
* ikuti perkembangan mereka di mesir : selamatkan pelajar dan rakyat Malaysia di mesir dan krisis di mesir keadaan sebenar pelajarmalaysia @NajibRazak
..... dan yang terlebih risau, kalau tak sempat tengok matahari esok hari.....
*saya pasti ramai ibu bapa yang sangat sangat risau dengan keadaan anak-anak mereka yang sedang belajar di Mesir sekarang ini..... desak @najibrazak untuk bawa anak-anak kita kembali ke tanah air.
* ikuti perkembangan mereka di mesir : selamatkan pelajar dan rakyat Malaysia di mesir dan krisis di mesir keadaan sebenar pelajarmalaysia @NajibRazak
~cikgunormah@klcitizen~
salam kak...
ReplyDeletemoga rakyat kita disana sihat..
30 tahun hosni memerintah, proksi barat,memang patut la dia letak jawatan..
السلام عليكم ورحمة الله
ReplyDeleteKadangkali risau ni terbit juga dalam masa kita solat ya cikgu...
Risau itu suatu perasaan yang semua orang akan alami. Memang risau, kalau...
ReplyDeleteApapun semoga semua pelajar kita di Mesir, dilindungi oleh NYA dari sebarang bahaya, semoga mereka dapat segera dibawa pulang atau sekurang2 dipindahkan ke tempat yg lebih selamat.
lelaki pun kuat risau juga, cuma wanita ni lebih agak menonjol. kadang2 kita pulak risau bila depa risau lebih2. he..he.. kalau pasal anak2...risaunya. tentu ramai parents yg susah nak tido teringatkan anak2 di mesir...especially mom. kita doakan mereka selamat. saya pun risau!
ReplyDeleteSaya mengamalkan... Bismillahhillazilayadurruhumaahasmisyaiunfilardhiwalafissamaiiwahuwassaamiu'nalim...
ReplyDeleteuntuk menghilangkan risau dan resah, sebenarnya mempunyai 1001 fadhilat.
Wallahhuaqlam..
susah nak gambarkan macam mana hati kita kan cikgu...risau itu risau ini
ReplyDeletekadang2 fikir macam tak percaya pada kemampuan anak sendiri, kadang2 rasa macam terlebih tak ambil peduli.
berkedutlah kita dengan risau itu ini..hehe