Thursday, January 6, 2011

tempang

Ujian Allah tidak mengira siapa. Tiada siapa yang dapat lari dari takdir dan ketentuan Allah. Indahnya kejadian manusia, kita diberi sekeping hati yang dengannya kita jadi kuat dan tabah atau lemah dan tewas.


Dan saya melihat sebuah ketabahan yang begitu indah.


Ujian Diagnostik Membaca al-Quran dijalankan di sekolah semalam, khas untuk murid-murid Ting 1 di sekolah. Tujuannya memang amat jelas, iaitu ingin mengenal pasti dan seterusnya membantu pelajar-pelajar yang buta al-Quran.


Alhamdulillah, tahun ini saya diberi peluang untuk turut sama membantu menilai pelajar, bersama seorang Usatazah yang baru ditempatkan di sekolah saya. Kami membahagikan 35 pelajar tersebut mengikut jantina. Temuduga ringkas dan mendengar bacaan petikan ayat quran antara yang dilakukan.

"Awak dah khatam quran?" tanya saya. Budaknya kecil molek, berkulit cerah. Duduk sopan dan tertib.
"Sudah."

"Dah khatam ni, ada lagi baca quran di rumah?"
"Ada."
"Bila bacanya?"
"Tiap-tiap hari, kalau hari cuti, pagi dalam pukul 10, kalau hari biasa, lepas maghrib."

"Baca dengan siapa?"
"Dengan atuk."
"Ooo... tinggal sekali ngan atuk?"
"err.......," dia teragak-agak hendak memberitahu. Saya senyum padanya dan membiarkan dia mengambil masanya untuk menjawab.

"Mak ngan ayah saya, kan... dah berpisah. Jadi saya duduk dengan atuk."
"Ooo.... jadi awak duduk ngan mak dan atuk lah ya?" saya membuat kesimpulan sendiri.

"Errr.... tak. Saya tak tahu mak saya kat mana." Jantung saya terhenti  berdenyut seketika.
"Ayah?"
"Entah? tak tahu.... lagi pun, ayah pun tak pernah tanggung kami." Sekali lagi jantung saya terhenti seketika.
"Adik beradik berapa orang?"
"Lima..."

Selesai ....., mata saya tidak putus mengekor langkahnya. Anak kecil yang berhati tabah. 

Saya kira, ada anak-anak lain yang menerima ujian lebih besar darinya. Setiap hari dalam kehidupan saya, jarang sekali saya memikir keadaan seperti itu, kerana hidup saya yang begitu mudah. Kehidupan mereka ini, kelihatan tempang di mata saya, tetapi mereka punya hati yang  kuat berlari mengikut rentak arus. 


Doa saya untuk anak itu dan keluarganya.


~cikgunormah@klcitizen~


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

24 comments:

  1. Assalamualaikum...

    Ujian yang melemahkan, bala yang menyusahkan, bahkan itu semua dijadikan batu loncatan untuk lebih hebat. Mereka tepu dengan masalah dan ujian, moga Allah permudahkan kehidupan mereka...amin

    ReplyDelete
  2. Salam,
    kadang2 kesian tengok kanak yg menjadi mangsa keadaan. Ibu bapa berpisah membawa hati masing2 tanpa disedari perbuatan mereka melukakan hati dan perasaan insan yg bernama anak.

    ReplyDelete
  3. tahniah kepada atuk yang sanggup ambik tanggungjawab.

    ReplyDelete
  4. Salam Cikgu Normah,

    Tersentuh hati bila membaca entri cikgu kali ni.

    Semoga mereka yang senasib dengan murid ni dipermudahkan hidupnya selalu.

    ReplyDelete
  5. Datang lagi ni,

    Kalau free jemput ambik award di blog akak.

    ReplyDelete
  6. salam..
    semoga Allah memelihara anak
    itu menjadi anak2 yang baik
    serta solehah hingga besar
    nanti..sedih membacanya..

    ReplyDelete
  7. Begitulah hidup setiap insan tidak sama... Semoga dia terus tabah dan kental.

    ReplyDelete
  8. tersentuh baca entri ni.

    moga adik itu terus terjuang.

    ReplyDelete
  9. salam kak.
    tersentuh hati bak komen..takut dengar kes pnceraian meningkat sban tahun..kesian kat anak2

    ReplyDelete
  10. so touching sis!
    dlm kita duk berblog pasal anak2 kekadang lupa mereka yang langsung tak dapat kasih sayang ibu bapa... sungguh saya sebak..

    ReplyDelete
  11. Besarnya ujian yang di tanggung budak tu...
    Semuga dia tabah ...

    Israel gunakan burung hering sebagai pengintip

    ReplyDelete
  12. Salam cg..
    Kadang kala kita merasakan diri kita yang paling susah dan sedih bila di kenangkan tetapi ada lagi insan lain yang lebih menderita, dan mereka melayari hidup ini dengan begitu tabah sekali...

    ReplyDelete
  13. @aidah

    ya aidah... susah nak kata ya, hanya yang menerima ujian saja yang tahu

    ReplyDelete
  14. @endiem

    betul tu....
    doa kita untuk kebahagiaan mereka

    ReplyDelete
  15. @Kunang-Kunang

    jika berkelepangan , insya Allah. terima kasih kak ani

    ReplyDelete
  16. @azieazah

    itulah yang kita doakan ya azie

    ReplyDelete
  17. @ain fathihah

    moga doa kita dimakbulkan untuk adik tersebut

    ReplyDelete
  18. @faizal

    betul... sekarang ni dah ramai sangat yang seperti adik tersebut...

    ReplyDelete
  19. @ummumishkah

    itulah... saya pun banyak juga lekanya

    ReplyDelete
  20. @Mohamad

    betul tu mohamad... dan biasanya mereka inilah yang menjadi orangnya

    ReplyDelete

terima kasih kerana sudi meninggalkan teguran membina, moga Allah sentiasa merahmati kita semua.