orang Melayu kebanyakannya suka menonton drama di TV
apatah lagi kalau drama bersiri
kalau tak silap dulu, tahun 80an
drama bersiri Jepun memang terkenal.
Oshin.
kemudian, drama bersiri Cina.
saya pun tak ingat tajuk apa, tapi yang saya ingat drama bersiri polis.
kemudian drama bersiri Amerika Latin, rasanya,
yang agak terbaru ni, Korea dan Indonesia.
tapi, akhir-akhir ini banyak drama bersiri Melayu muncul dengan cerita-cerita cinta serta pergolakan keluarga.
sudah 2 peristiwa drama 'live' saya tonton berlaku di toilet/tandas.
amboii...
ada yang berfikiran jauh tersasar.
bukan adegan lucah.
tidak,
alhamdulillah.
agaknya sebab banyak tengok drama,
budak2 sekarang ni.
bergaduh antara kekasih pun berdrama juga, di toilet pulak tu.
kes pertama, di toilet KLCC.
ya... toilet pun yang ada kelaslah... mesti toilet KLCC.
yang perempuan menangis terjerit-jerit, yang lelaki memujuk,
perempuan buat stunt ala-ala pengsan.
yang lelaki kejut-kejut kan si pompuan. alih-alih pompuan terjaga,
berlari pulak si pompuan merajuk kononnya...
yang lelaki berlari pulak mengejarnya.
aduii..
saya yang menonton, rasa meluat.
ni semua pengaruh drama lah tu.
kes kedua,
kat toilet Pavillion KL.
kan saya kata, toilet yang ada kelas...
yang lelaki, tolak perempuan ke dinding,
saya ingat nak bercium...
rupanya, nak marah si pompuan.
si pompuan tepis tangan si lelaki, berjalan ke penjuru dinding, mengadap dinding.
lelakinya datang dari belakang, pegang tangan si pompuan,
minta maaf.
si pompuan berlari pulak ke toilet pompuan.
yang lelaki kejar pompuan tu, tapi tak boleh nak masuk toilet , berdiri kat luar toilet,
jerit-jerit kecil nama pompuan tu...
mmm....
memang drama minggu ini sungguh.
sudah-sudahlah tu.
meluat orang lain tengok.
kalau kat drama TV tu lain lah.
kalau nak bertengkar, buatlah cara profesional sikit...
camana cara profesional tu??
entah, saya tulis je...
ada cadangan kengkawan??
maybe cara profesional bergaduh guna sms kut takpun pakai video call.hehe..
ReplyDeletesemalam saya pun tgk drama gaduh² kat Uptown.huhu
Salam Cikgu..wah kulit baru yer..pagi pagi lagi alkisah dalam toilet ni..he2..
ReplyDeleteToilet2 banyak dijadikan sasaran untuk filem2 mau drama2..pengambaran dalam toilet sudah menjadi kebiasaan sekarang..malah orang sedang buang air pun selamba ditunjukkan..
Salam...
ReplyDeleteGaduh dalam toilet tak akan mendatangkan kebaikan dan kemarahan antara keduanya itu tidak akan reda kerana tempat itu berteduhnya para syaitan dan jin.
mungkin dalam tandas tempat yang sesuai untuk berkelahi.. sebab kalau air mata keluar boleh cepat cepat basuh muka.
ReplyDeletehidup penuh dengan kepalsuan para remaja kita ni.
ReplyDeletekelakarlah pulak kl citizen berpeluang melihat drama di toilet tuh...kot2 mmg shooting drama hehe.
ReplyDeletegaduh profesional agaknya...masing2 senyap je la kot, bila dah cool baru lah buat sesi luahan perasan. Hmm sesilap lagi perang besar pulak...
nafsu remaja...kalau dibiarkan tanpa pengawasan dan bimbingan orang dewas,boleh menjadikan mereka lebih hina drpd anjing dan babi...oh!remaja...
ReplyDeletekakak, nasib baik tak buat adegan hindustan golek-golek kat eskelator :P
ReplyDeleteSalam cikgu,
ReplyDeleteWah, dipelbagaigunakan toilet tu.
Orang2 muda sekarang buat ni sekeliling ni macam backdrop jer. He he
assalammualaikum
ReplyDeletemr penyubiru :-- dapat juga tengok drama di uptown ya..selalunya drama2 mesti tempat2 yang class..gitu ya
relevan--ya kulit baru sebab tukar commentbox yang bermasalah dulu. betul macam relevan cakap tu. lokasi yang kerap menjadi tempat kamera tak berlesen ni di toilet lah
ab razak:-- saya kira gaduh di mana pun tak baik sebenarnya kan
assalammualaikum
ReplyDeleteendiem-- betullah jugak, cepat2 cuci air mata di toilet kan
abu muaz-- orang dewasa kita ni pun banyak yang hidup dalam kepalsuan
fairy-- itulah ... cari2 jugak camera man ngan pengarahnya, kalau tak nak juga sua2 muka
assalammualaikum
ReplyDeleteiqbal -- nafsu tengah bergelodak dan tak stabil... gitulah citernya
fina -- ya lah fina...golek2 kat eskalator!! lucu pulak membayangnya
kak ani-- ya memang pelbagai guna public toilet sekarang ni.. dah takde rasa malu
lawak lak dr citer senario raseny.....huhu
ReplyDeletentah ler skng akhlak kita dididik oleh drama merepek merapu........
slm cikgu,
ReplyDeletetumpang gelak,
hehehehehe.....mcm2!
hehe.. bebudak skrg le.. siap ada gaya
ReplyDeletebaru je terbaca berita sorang pompuan tu dok bergaduh n pukul pakwe dia ngan laptop kat khalayak ramai...agaknya org zaman sekrg ni x rasa segan merajuk,bergaduh depan org ramai...x de perasaan langsung..teruknya,mmg diorang perasan cam artis kot!!hehehe....
ReplyDeleteHi Kak.
ReplyDeleteHarap sihat hendaknya..
Waaah..
Mcm drama bebtol nie..
Lawak je.
Pengaruh drama yg hebat nie..
gaduh profesional?
Mm...
Biar berdua jek yg tau..
Jangan nak kecoh kasi tengok sumer org yg korang gaduh..
Memalukan..
kan dah jadi drama sebabak kat n3 ni..
Hahaha..
assalamualaikum!salam kenal waks!
ReplyDeletehahaha...'berbulu' je la pakcik kordi klu tgk drama tersebut...ntahape2 la bdk2 tu...hmmphh...
Salam..
ReplyDeleteSaya tak brapa suka tengok drama melayu yg ada gaduh2 apatah lagi drama live. Gaduh pro? mcm wrestling WWF ok tak?
Kak.. saya yang baca pun dah rasa meluat, apatah lagi andai menyaksikannya...
ReplyDeletesalam cikgu
ReplyDeleteGaduh car profesional eh? Ada ker? Boleh ler kot guna cr Mr PenyuBiru, guna SMS @ video cal..
hehe...ada ker duit nk beli topup tuuuu....
dearie LOL
ReplyDeletedrama sebabak kat entri ni...
tu la, sekarang ni kalau apa2 berlaku kat luar, hati2lah...nanti jadi modal entri blog seseorang kan...
assalammualikum
ReplyDeleteyati -- itu yang parahnya, didikan dari drama bersiri lebih kuat pengaruhnya ka..
piewahid-- silalah tumpang..hihi
maiyah -- sejak kecil lagi dah menengok drama, apa ke tidak ditirunya, kan
assalammualaikum
ReplyDeleteshaniza-- WWF? takut gak nak tengok, nanti ada yang patah tangan dan kaki
nida-- itulah, kalau masa menengok tu rasa menyampah, tapi tetap nak menengok jugak
hai-- sekarang ni ramai yang perasan jadi artis..
rosnanie -- ya, ada ke duitnya nak beli top up tu?? hmm, entahlah. yang senang buat blog, bergaduh dalam blog kut
Meowwwww
ReplyDelete