Thursday, August 20, 2009

taknak

entah-entah puasa tahun ini
puasa kita yang terakhir...
bila fikir-fikir begitu
ishhh...

taknak lah puasa main-main
taknak mengumpat orang puasa-puasa ni
taknak tengok benda tak elok
taknak berbuka puasa dengan lahapnya
taknak membazirkan makanan
taknak lewatkan solat
taknak tinggal solat terawih
taknak sibuk ngan benda2 tak bermanafaat
taknak banyak tidur masa puasa ni
taknak tengok buku resepi banyak sangat...nanti terliur tak tentu pasal

abis tu nak buat apa?

ingatkan berazam
nak banyakkan membaca quran
nak solat awal waktu
nak bangun malam dan solat sunat
nak kurangkan membuang masa ngan benda berfaedah
nak bersangka baik ngan semua orang.... aii berat ni
nak berzikir lebih sikit
nak berbuka secara sederhana....

berdoa sungguh dalam hati
supaya puasa kali ini lebih baik dari yang sudah-sudah
semoga bukan setakat lapar dan dahaga sahaja
semoga dapat meningkatkan keimanan dan kecintaan kepadaNya
semoga bila keluar dari bulan tarbiah ini ibarat bayi yang baru lahir

makbulkanlah ya Allah Yang Maha Mendengar

SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN
UNTUK SEMUA KAWAN-KAWAN
DAN
YANG BUKAN KENGKAWAN JUGA



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

31 comments:

  1. Selamat berpuasa. Selamat berterawikh. selamat wat ibadah banyak2 ...

    ReplyDelete
  2. hmm...akhirnye dpt jgk jd pengomen yg pertama.hehe..betul jgk kan..sy jg impikan puasa kali ini jauh lbh baek dr yg sblm ni..klu nk penuhi semua amalan2 yg digalakkan tu mmg ssh jgk kan.yela diri ini bknnye kuat sngt iman..cuma klu bleh bwt sebahagian pun dh ckp baek dh..tp papepun lg bnyk lg bgs la.insyarallah

    ReplyDelete
  3. alamak bkn orng yg pertama jgk.huhu..geram tul

    ReplyDelete
  4. Selamat menyambut ramadhan kak...

    smoga ramadhan kali ini lebih bermakna dr ramadhan2 yang sebelumnya...
    Amin

    ReplyDelete
  5. saya pun macam tu
    tadi terlintas sekejap..
    mungkinkah ini puasa yg terakhir...

    tak mahu main2.....

    ReplyDelete
  6. Salam Ramadhan Kak..

    Selamat Berpuasa..

    ReplyDelete
  7. Salam teacher,

    Selamat berpuasa dan mohon maaf atas segala khilaf dan salah

    ReplyDelete
  8. selamat berpuasa..
    semoga apa yang diminta akan tercapai..

    ReplyDelete
  9. salam Ramadhan,
    Insyallah!semua niat tu pasti akan mendapat ganjaran,walaupun belum ditunaikan lagi..

    ReplyDelete
  10. Selamat menyambut ramadhan. Ya, kakpah pun ingat macam cikgu jugak....

    ReplyDelete
  11. salam menyambut ramadhan kak..semoga kali ini lebih baik dari yang sebelumnya

    ReplyDelete
  12. Moga dapat kita manfaatkan Ramadan yang datang setahun sekali ini!

    ReplyDelete
  13. salam, nak tingkatkan takwa, mudah2an!

    ReplyDelete
  14. Salam Ramadhan, semoga Ramadhan kali ini dipenuhi dengan amal ibadah dan jadikan ia Ramadhan terbaik. Insya-Allah

    ReplyDelete
  15. Salam,

    Selamat berpuasa di bulan mulia ini. Mudah-mudahan Allah mengampun segala dosa-dosa kita. InsyaAllah...

    ReplyDelete
  16. salam.. heee.. sy pun tak nak.. nak guna kesempatan ini dgn lebih baik

    ReplyDelete
  17. salam cikgu..

    salam ramadhan al-mubarak buat cikgu sekeluarga..

    semoga apa yang cikgu niatkan tu akan dipermudahkan.. amin..

    begitu juga saya..

    ReplyDelete
  18. saya pun....berazam pekakara yang sama....
    selamat menyambut ramadhan!!

    ReplyDelete
  19. Hukhukhuk.... camne yer kalo ramadhan ni jadi ramadhan terakhir....

    ReplyDelete
  20. Moga yg dicitakan itu termakbul.Amin.

    ReplyDelete
  21. salam. Selamat Berpuasa cikgu. Cikskaf pun taknak puasa main2 macam tu juga.. :) sama2 lah kita berazam puasa kali ini menjadi yang lebih baik berbanding sebelum2ini.

    ReplyDelete
  22. “ (Masa yang diwajibkan kamu berpuasa itu ialah) bulan Ramadan yang padanya diturunkan al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia, dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang salah. Oleh itu, sesiapa dari antara kamu yang menyaksikan anak bulan Ramadan (atau mengetahuinya), maka hendaklah ia berpuasa bulan itu; dan sesiapa yang sakit atau dalam musafir maka (bolehlah ia berbuka, Kemudian wajiblah ia berpuasa) sebanyak hari yang ditinggalkan itu pada hari-hari yang lain. ( Dengan ketetapan yang demikian itu ) Allah menghendaki kamu beroleh kemudahan, dan Ia tidak menghendaki kamu menanggung kesukaran. Dan juga supaya kamu cukupkan bilangan puasa ( sebulan Ramadan ), dan supaya kamu membesarkan Allah kerana mendapat petunjuk-Nya, dan supaya kamu bersyukur ”.AlBaqarah ayat 185

    ReplyDelete
  23. selamat berpuasa cikgu =)

    ReplyDelete
  24. salam sobat
    marhaban ya ramadhan
    maaf lahir dan batin ya,,,kak
    selamat berpuasa.

    ReplyDelete
  25. Amin....

    Jika doa dituruti usaha pasti tertunai niat tu. niat pun dah dapat pahala.

    selamat berpuasa.....

    ReplyDelete
  26. Salam
    Sesuatu yang baik bermula dengan niat yang baik...
    Sama sama kita doakan segala amalan kita diterima Allah.
    Selamat menyambut Ramadhan Al Mubarak

    ReplyDelete
  27. Hello KL Citizen, just dropped by to wish you and all at home selamat menjalankan ibadah puasa dengan penuh tabah dan kesyukuran.
    Best wishes always, Lee.

    ReplyDelete
  28. Salam Ramadahan...Apa pun hajat yang baik itu menjadi inspirasi untuk menjadi lebih baik.

    ReplyDelete
  29. Dear klcitizen,

    Selamat menyambut Ramadhan-al-kareem!

    ReplyDelete
  30. Selamat Berbulan Ramadhan..:)

    ReplyDelete

terima kasih kerana sudi meninggalkan teguran membina, moga Allah sentiasa merahmati kita semua.