Thursday, August 6, 2009

rahsia tetap rahsia

'ni...janganlah citer pada orang lain.
kalau orang lain tahu... malu saya'


aii...berat ni. buat apa jumpa saya dan bercerita.
ikut hati tak nak tahu pun.


'saya memang tak tau nak citer kat sapa. ngan awak je la..'

la, bole pulak baca fikiran saya.

'tak pelah.. citer la. insyaallah saya takkan beritau orang lain'

maka duduklah saya di situ...mendengar, mengangguk bila perlu,
mengerutkan dahi, terkejut, marah, geram bersama2 dengan sahabat A
yang seorang ini...

balik rumah... berat kepala memikir masalah orang...
berikrar...menyimpan rahsia...
amanah orang

2, 3 minggu kemudian
berjumpa sahabat B ...
muka berkerut...

hai...masalah lagi ni

' i ni rasa serba salah lah, mah... tak cakap tak boleh, nak cakap pun tak boleh'

la... masalah lagi...

'you tau tak si..A tu... tentu you tak percaya kan. kalau i cakap yang dia tu.....bla..bla..bla'

ha... bila masa pulak rahsia dah terpecah.
aii.. sedangkan cerita yang sama saya dah tahu lebih awal

'you tau dari mana, B?'
'dari A lah... beriya dia bercerita.. menangis2'

la...
puaslah saya menyimpan rahsia
takut ingkar amanah si A
tengok2
tuan punya badan sendiri
yang tak pandai menyimpan rahsia sendiri...

ada kala
kita perlu didik diri sendiri
menyimpan rahsia
jangan terlalu mudah
mengungkap kehidupan kita
pada semua orang....



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

20 comments:

  1. lorr..isk..isk..
    sniri pon mulut tempayan xde sape leh tlg

    ReplyDelete
  2. Snderi mau ingat!!..

    Apa raaa..

    Cakap rasia..tapi dia yg semburkan semuanya..

    Susah nk caya org camni

    ReplyDelete
  3. Salam Teacher,

    Kadangkali stress dan tension itu membuat kita tak boleh nak simpan rahsia sendiri...

    ReplyDelete
  4. Salam cikgu..

    kalau sendiri pun tak boleh menjaga rahsia peribadi..janganlah pula ceritakan keaiban org lain..betul tak?...Siti Nurhaliza pun ada lagunya "Biarlah rahsia"

    ReplyDelete
  5. Mayb ader sebab dia g tau ngn org lain.

    Mungkin nak dengar pendapat atau sebagainya..

    ReplyDelete
  6. heheh...saya pun ade gak kwn yang macam tu....kata rahsia...alih2 satu bilik guru tahu...aikkkk!!

    ReplyDelete
  7. ni yang berlaku pada saya....saya dan s diberi amanah memegang rahsia seseorang ..tah camana si s ni bercerita rahsia yang kami pegang tu kepada si f,si f sebenarnya dah tau pasal rahsia tu...so dia kata "aku dah tau citer tu"..si s tanya balik pada f,"sapa citer kat ko,kak hai ke??"si f jawab semula "Eh! bukan dia,kan ko yang citer kat aku ari tu!!"....nampak tak kat sini...boleh lupa apa yang dia pernah citer dan cuba nak memburukkan orang lain...boleh gitu!!!

    ReplyDelete
  8. Teacher,

    Saya nak bagitau teacher satu rahsia ni. tapi jangan bagitau orang lain erk. Ada sesetengah orang lelaki kan kalau bulan puasa tak pernah puasa pun tapikan balik umah buat2muka seposen mcm letih gitu..walhal dah melantak kenyang..tapi tolong jangan bagitau oranglain erk..

    ReplyDelete
  9. Pada saya, lantaklah kalau tuan punya badan tu nak cerita kat siapa dia nak. Yang penting berita tersebut tidak disebarkan oleh kita (kita kena amanah kerana tuan punya badan tak benarkan kita sebarkan).

    Ramai orang macam si A dan si B yang saya kenal. Cuma saya sedaya upaya mengelakkan diri dari menjadi seperti mereka berdua.

    ReplyDelete
  10. Salam KLCitizen,
    Kalau kita ceritakan pada orang lain, itu bukan rahsia namanya.
    Kalau orang lain TERtahu barulah rahsia.

    ReplyDelete
  11. salam cikgu
    selalu jugak terjadi perkara camtu.Ingatkan kita je dapat privileges nak jaga rahsia tu rupa-rupanya ada 2,3 orang lagi yang dapat rahsia tu jugak

    ReplyDelete
  12. hehe.. biasalah gitu. dah selalu dah terkena. Orang yang nak berahsia tu sebenarnya tak tahan nak simpan rahsia dia.keh..keh..

    ReplyDelete
  13. Kalau orang tu sendiri yang bercerita tentang rahsia dia..itu hak dia.. tapi kita sebagai pemegang amanah, tidak boleh memecahkan rahsia orang lain.

    ReplyDelete
  14. Manusia ni memang pelik! Nak citer tp tak nak citer tu perkara biasa ...

    ReplyDelete
  15. Saya pun selalu berhadapan dengan situasi macam ni..tup2 dia citer plak kat org lain..huhu

    ReplyDelete
  16. salam cikgu.. kalau saya, saya lebih terbuka dan walau saya kekadang cite yg mungkin berunsur keburukan tapi itulah cara saya untuk meluahkan dalam siber ni kurang2 saya dapat memberi perbezaan kehidupan yang bahana dan hidup dalam ketenangan

    ReplyDelete
  17. salam.. walaupu tuan empunya body tu dah ceritakan rahsia tersebut kepada beberapa org, rahsia tetap jugak rahsia... mungkin dia ada beberpa sahabat baik keprcayaan dia, yg dia rasa boleh simpan rahsia..

    mcm saya, saya pun ada jugak rahsia besar yg diketahui oleh beberapa rakan...

    ReplyDelete
  18. Itulah kita je sungguh2 amanah konon.
    Orang kata apa biar pecah dimulut jangan pecah diperut atau biar pecah diperut jangan pecah dimulut.Ya ke peribahasa aku ni?

    ReplyDelete
  19. Hi KL Citizen, enjoyed reading your posting. I guess I am improving my bahasa, but learning more the short cut words, ha ha.
    You keep well, have a nice weekend, Lee.

    ReplyDelete
  20. Dear klcitizen,

    Mungkin si A memerlukan sesorang untuk meluahkan perasaan. Lantaklah, janji bukan you yang memecahkan rahsia, betul tak?

    ReplyDelete

terima kasih kerana sudi meninggalkan teguran membina, moga Allah sentiasa merahmati kita semua.