Mayat itu terbujur di atas katil
berselimutkan kain batik lepas tak berjahit
beberapa kerat
dari waris terdekat
kelihatan menghadiahkan bacaan Yassin
manakala selebihnya adalah tetamu
yang datang sekadar menjenguk
kemudian berlalu pergi.
Dari arah bilik
kedengaran bisik beberapa
orang perempuan berjanji akan hadir
untuk menyambut parti tupperware
di rumah Cikgu Minah pada minggu depan,
Seorang anak muda
yang masuk membawakan bekas kemenyan
sempat juga
menyangkutkan matanya
ke atas dada seorang gadis yang duduk
bersimpuh dengan baju mendedah aurat.
Di halaman rumah beberapa orang
menghadapi teh dan biskut lemak
di bawah pohon rambutan
sambil berbual
tentang isu tanah runtuh
di Bukit Antarabangsa.
Seorang lelaki begitu kesal
sebab nombor empat digit yang dibelinya
semalam
sekadar mampu menang hadiah saguhati.
Maka demikianlah ya!
Kalau hari ini
terdapat seorang insan yang mati
tetapi ada sejuta lagi manusia lain
yang sedang bergegas memburu hidup!
Zahari Hasib
Teluk Intan, Perak
MAJALAH SOLUSI ISU 5
Begitulah agaknya lumrah dunia..
ReplyDeletesibuk dgn keduniaan..bagaikan ia tiada penghujungnya..
mudah2an hati kita tidak mati
ReplyDeleteSalam Teacher,
ReplyDeleteManusia yang mabuk mengejar kenikmatan dunia sehingga diri mereka binasa secara sedar ataupun tidak.
Moga kita tergolong dlm golongan yg mengejar kebahagiaan di dunia dan akhirat.
salam cikgu
ReplyDeletesatu peringatan yang sangat baik lebih2 lagi dalam mengharungi bulan ramadan al-mubarak ini
salam,
ReplyDeletesemoga kita selalu ambil pengajaran tentang kematian.. krn mati itu pasti
untuk peringatan..
ReplyDeleteini satu perceritaan yang amat2 menarik..
dari penulis.
dari orang yg memberi perhatian terhadap bagusnya ingatan ini dikongsikan...
salam cikgu,
ReplyDeletetertarik hati saya dgn penulisan ni.. mmg iyerr pon.. situasi tu ada kat memana..
Benar, banyak golongan seperti yang disebutkan boleh kita jumpa semasa menziarah orang yang telah meninggal dunia.
ReplyDeleteMalah ramai yang berseloroh, ketawa dengan kuat, bersembang kosong menyebabkan ada dikalangan keluarga si mati merasakan lebih baik mereka ini tidak ada di sini kerana kehadiran mereka "menyakitkan hati".
Sesungguhnya kematian itu sebiak-baik peringatan bagi kita yang lalai...
ReplyDeleteTapi bila kemantian pun tidak mampu memberi kesedaran, ntahlah... tak tahu nak cakap apa lagi dah... dunia dah akhir zaman.
salam cikgu.. yelah yg pergi ttp pergi n yg idup perlu terus idup tapi itulah antara kerenah masing2, ade ker pikir esok akan mati?..
ReplyDeleteDear klcitizen,
ReplyDeleteMoga2 kita dapat sedikit iktibar dari nukilan tersebut...sememangnya ia kejadian biasa yang kita lihat di dalam masyarakat melayu kita... subhanallah...
Rupanya dengan melihat kematian itu belum mampu menyedarkan kita dari memikirkan tentang dunia
ReplyDeleteSalam Teacher..
ReplyDeleteTrm kasih atas N3 yg menginsafkan ini..kalaulah kita boleh melihat hari kiamat pasti tidak akan ada diantara kita yang berani lagi utk berbicara tntg dunia apabila melihat kematian krn kita semua adalah insan yg sering terleka dan terbuai oleh nikmat dunia ..
salam sobat
ReplyDeletedengan membaca postingan mba,,
kita semua harus banyak bekal diri amal dan ibadah,agar nanti kematian tiba tidak menyesal.
selamat berpuasa.
kak,
ReplyDeletemujur siang2 ku buka n3 ini.
kalau mlm, mesti takut tak hengat dunia..
mayat..
huh...
indahnya bahasa...sedap membacanya...
ReplyDelete