Bila dah berada dalam keadaan macam ini barulah ila tau perasaannya macam mana. Ibarat meminta nyawa dari orang lain. Kalau setakat hilang kaki, masih lagi boleh hidup. Tapi kalau buah pinggang dah tak ada yang sudi menderma, cuma menunggu masa je lah.
Air matanya deras laju membasahi pipi. Biras yang wajahnya seiras saya yang duduk bersebelahan mendengar dan melihat, turut sama menyapu air matanya . Sedih, memang. Tapi, sesedih mana pun yang tergaris dalam hati saya, tetap hati kering ini tidak bisa membasahkan mata saya. Risau juga saya dengan hati yang sekeping ini.
Kakak ipar yang dari luarannya kelihatan kuat itu pun, sudah merah hidungnya menahan tangis. Saya juga yang berhati kering.
Kalau ila mati ni, memang ila pasang niat sungguh nak menderma apa-apa je organ ila yang boleh diguna orang lain. Sebab ila tahu sungguh perasaan orang yang menunggu derma organ lain bagi menerus kelangsungan hidup.
Sebenarnya, apa lagi yang boleh kita kata sebagai tetamu yang menziarah?
Setakat mendoa dan menghulur sesen dua, dan berharap sungguh agar ziarah kali ini bisa memberi semangat dan kekuatan bagi dia yang masih muda ini untuk menggantung harapan agar Allah beri mudah dalam hidupnya. Memang dalam situasi yang sedemikian, doalah menjadi senjata.
Memang sekarang ila faham sungguh bila ada orang yang sungguh terdesak seperti ila ini sanggup berbuat apa saja agar dapat sihat seperti dulu. Kalau diminta berjanji dengan syaitan pun mungkin sanggup, berubat secara syirik pun sanggup bila dah buntu fikiran. Tapi yalah... kalau tak kerana iman sedikit ini mungkin ila pun jadi gitu.
Dia diam memandang kami. Sungguh besar ujian yang sedang ditempuhnya sekarang. Dan saya tiada kata yang boleh diluah dan dilafaz.
Malam ni pun cadangnya ingat nak pergilah jumpa 'ustaz' di Kota Kemuning tu. Tapi yalah, entah ustaz betul ke idak pun tak tahu. Tapi, tadi kat TV ni tengah duduk-duduk menonton, Ustaz Hassan dalam TV ni cakap, jangan berubat sebarang-sebarang, guna perantara yang tak tentu, khuatir jadi syiriklah pulak. Terfikir ila balik, tak jadi lah nak pergi.
Betullkah hidup ini penuh dengan kebetulan? Atau semua ini adalah ketentuan Allah.
Saya yakin dan percaya, jika Allah menginginkan kebaikan dalam hidup seseorang itu, kata hatinya sentiasa dibisikkan Allah dengan kebenaran.
Doakan sama untuk Ila, moga Allah tunjukkan jalan bagi menyembuh penyakitnya dan dikurniakan kesihatan yang baik serta rezeki melimpah ruah, ya, kawan-kawan.
Maka untuk seorang hamba itu hidup memberi, suburkanlah perasaan kasih dan sayang itu di dalam diri, ia membakar keinginan agar membara untuk berbakti. Saya ada sedikit gentar dan takut, ketika menurunkan tanda tangan ke borang yang diberi. Tetapi saya lebih takut ke alam mati dengan amal yang tidak mencukupi. Saya lebih takut diseksa kerana berdosa semasa hidup, berbanding stigma terseksa kerana tubuh dibedah selepas mati. Tidak ada apa yang perlu ditakutkan kerana semua ini tidak bermakna lagi, selepas hidup berganti mati. Letakkan diri di alam mati, tahulah nilai hidup memberi ~ Saifulislam .
*derma inilah yang paling payah kan. Ah...
~cikgunormah@klcitizen~
assalamualaikum cikgu,
ReplyDelete..betul, cikgu..
sedikit, bukan, banyak sebenarnya...susah nak derma..
lebih2 lagi kalau kita masih hidup, lepas mati pun kita tak sanggup nak bagi..
betul zaren. saya pun yang dah tahu tentang derma organ ini pun masih belum sanggup. *ketuk kepala kat dinding banyak kali* takut sebenarnya...
Deletedan tahniah pada cikgu - blog ni dah makin ramai pembaca..saya punya kaku di situ tak teruskan dah...
Deletetak istiqamah berbanding cikgu =)
salam..
ReplyDeletememang payah kalau nak
bagi reta dari tubuh badan nih
melainkan yang tersayang..
insyaallah
betul zulkbo. kalau adik beradik sendiri pun belum tentu, kan.
DeleteKak saya rasa hanya mereka yang berani dan betul-betul ingin beramal sahaja berani untuk menderma. Saya sendiri tidak pernah terfikir untuk menderma organ di dalam badan saya. Tapi membaca mengenai pahala dan ganjaran yang akan kita dapat di SANA, membuatkan saya sentiasa berfikir, mungkin itulah jalan sebaiknya.
ReplyDeleteDoakanlah kak, semoga saya diberikan kekuatan untuk meletakkan tandatangan sebagai penderma. Insya-Allah.
saya pun mama murai, tidak lagi sekuat itu hendak menderma organ ni bila mati nanti. takut. takut apa pun tak taulah. nak derma masa tengah hidup ini tak adalah terniat lagi
Deletemungkin sebab kita terlalu dimomokkan dengan banyak cerita mengenainya, terutama kesakitan yang dirasai oleh diri semasa mayat disentuh. Lagi pun masih ramai yang tidak memberikan gambaran dan info jelas mengenai pendermaan organ.
DeleteDerma yang paling berat.. Hanya mereka yg bersedia saja yg sanggup.. Moga diberikan kesihatan yg baik pada saudara cikgu..
ReplyDeleteamin. saya pun mendoakan begitu.
DeleteSemoga Allah anugerahkan Shifa' Nya buat Ila...
ReplyDeleteamin. semoga doa ckLah ini Allah makbulkan.
Deletedalam keadaan skrg , sokongan keluarga sangat penting
ReplyDeletebetul... alhamdulillah keluarganya sangat menyokong
Deletesiapa Ila tu cikgu? murid cikgu ker...moga dia baik2 saja...
ReplyDeleteada pertalian persaudaraan. kita doakan saja azura :)
DeleteAskm. insyaAllah sy pun doakan moga sembuh utk saudari ila.
ReplyDeletebesar ujiannya.
waalaikummussalam. amin untuk doa DH. terima kasih :)
DeleteDerma darah insyallah tidak ada keberatan.
ReplyDeleteMengenai suratan atau takdir seperti saya selalu mengalami De javu. Setiap kali De javu berlaku seolah-olah ia seperti pernah dialami sebelum ini menyebabkan jantung saya berdegup kencang.
sedih plak saya membacanya.. memang payah untuk mendapatkan derma organ seperti itu.. Kesian Ila.. semoga dia tabah dengan ujian yang melanda..
ReplyDeleteBukan mudah nak derma organ ni. Sebaik-baiknya bertanya dan beritahu pasangan untuk menderma organ. Ada kes bila organ nak di ambil pasangan tak bagi.
ReplyDeleteSemoga Ila dan keluarga bersabar
ReplyDeleteInsyaallah DIA akan tunjukkan jalan, permudahkan...
Insyaallah!
Ya, ia derma yang paling 'payah' untuk dihulurkan
persoalan untuk diri...
sasuatau yang mmg susah nak dilakukan...hanya org yg benar2 berani shj yg mampu melakukannya...semoga orang itu akan dijumapi jua satu hari nanti..insaallah.
ReplyDelete