Jarang , sebenarnya mendengar radio Ikim waktu pagi, KECUALI waktu hendak ke sekolah, pada sekitar pukul 935 am. Selalunya mendengar radio Ikim ini waktu lepas solat Maghrib, sebab menghantar anak ke kelas tuisyen.
Tapi, sudah 2 kali saya berjaya mendengar radio Ikim waktu 8 pagi. Rupanya ada doa solat Dhuha yang diputarkan waktu itu, nyanyian kumpulan nasyid Unic. Itu pun, kerana terpaksa menghantar anak untuk latihan rumah di sekolahnya waktu 7.50 pagi dan sewaktu perjalanan balik, doa ini yang sedang berkumandang di radio Ikim. Best dan syahdunya.
Tak percaya?
Cer dengar.
Betulkan, seperti yang saya bilang?
Ah, teruja mendengar doa tersebut. Dan biasalah ..., iman yang seperti graf gelombang bunyi dalam dada ni, kan, solat dhuha ini, sebenarnya bagi saya sukar juga hendak diistiqamahkan.
Tak kira, balik ni, terus nak ambik wudhu' nak solat dhuha la. Ni kira belated azam untuk tahun 2012.
Ayat itu berulang-ulang terngiang dalam kepala sepanjang memandu balik ke rumah , macam pita kaset rosak yang berputar-putar. Maklumlah, kan. Saya rasa , graf iman saya waktu itu sedang dipuncaknya.
Semangat sungguh. Ish...ish...ish.
Sampai di rumah, gantung kunci kereta, tutup pintu pagar, naik tangga dan terus ke bili air. Nak bersolat kenalah membersihkan diri dan berwudhu'. Bukan gitu?
Ahhhhhhhhhh......
perihal solat sunat dhuha |
Ahhhhhhhhhh......
Sebaik melangkah nak menutup pintu bilik air, baru teringat ...., bukan dari semalam ke bendera merah sedang berkibar?
*tengah semangat nak jadi baiklah ni, uzur syarie dan tak leh nak bersolat pulak . grrr
Jalan menuju kebaikan, memang dipenuhi ranjau dan duri, ...konon.
~cikgunormah@klcitizen~
~cikgunormah@klcitizen~
Amboi kak... syahdunya saya dengar ranjau kat atas tu. Hehe, takpelah kak, esok lusa kan ada lagi. Ajak saya sekali naikkan graf iman untuk tahun ini. Insya-Allah
ReplyDeletehehehe... banyak le alasan saya kan mama murai. :)
Deletetakpe kak,
Deleteyang penting nawaitu dah ada... saya rasa tu pun dah masuk dalam amalan... :)
Hahhahaha.. lumrah kehidupan org pempuan tu kak...
ReplyDeletetu la echam bila tengah semangat, ada je la pulak halangannya :(
DeleteSabor jer lah...
ReplyDeleteiyolah azie... :) bila dah bendera putih, tak pulak teringin nak buat ...saya ni.
DeleteTidak boleh hendak tolong lah cikgu. :-)
ReplyDeletememang tak ada sape yang boleh nolong ... :)
DeletePerkara baik apabila nak buat ada saja halangannya.
ReplyDeletehehehe, betul tu...
Deletehihi tengah semangat macam tu pulak ye, takpe dah kira dapat pahala tu cikgu. InsyaAllah nanti dah ok, boleh teruskan azam yang bagus tu. Kalau dah jadi rutin, solat dhuha ni tidaklah sukar untuk dilaksanakan. Ia memang memberi ketenangan jiwa,permulaan hari yang baik untuk kita.
ReplyDeleteselalu gitu ummiross .... dugaan!
Deletethx for sharing :-) bagus ada peringatan macam ni selalu
ReplyDeleteCerita mengenai hadiah tidak ternilai - Siapa Temple Grandin?
mengingat kan diri sendiri lebih utama :)
Deleteehehe..bendera merah pulak ya..
ReplyDeletemudah-mudahan azam ni istiqamah..yana sendiri dah selalu berazam pagi2 sebelum trun kerja nak solat dhuha dulu..tapi asyik tak sempat jer..hari minggu pun tak buat..hati tu memang nak buat..tapi tindakan bila ada peluang tak buat pulak..kelemahan diri betul..
macam mana nak istiqamah ya cikgu..huhu
.....ESOK MASIH ADA......
ReplyDeletesolat sunat duha memang susah nak amalkan , saya mengaku :)
ReplyDelete