Saturday, January 7, 2012

banding gaji

Kak Normah dah tengok skim gaji yang baru?

Saya mengangkat kepala mencari suara yang bertanya. Orang di depan mata rupanya. Kecil molek. Dari suaranya saja kita tahu orangnya bukan calang orang, tegas dan teliti. Maklumlah cikgu matematik tambahan.

Saya ni, matematik tak tambahan pun ada masalah, inikan pula matematik yang di'tambahan'. 

Tak lagi, kenapa?

Tu lah, tadi tumpang tengok Kak Ani print di bilik komputer. Banyak juga bezanya.

Pause sebentar. 

Saya tunggu lagi sambungan ayatnya. Bab-bab duit dan gaji sentiasa menarik minat.

Orang yang senior senior, yang dah tinggi-tinggi, memang banyak lah gaji diorang.

Ah, saya belum senior lagi, dan belum tinggi lagi. Kali terakhir mengukur tinggi, tetap 162 cm.

Oh ya ke? Elok lah pun, gaji tu lah nanti nak beli ubat darah tinggi, ubat sakit jantung, sakit lutut, sesak nafas.  Maklumlah orang senior. Adillah tu kerajaan bagi tu....

Saya mengarut lagi . :)

*gaji besar mana pun, kalau tak berkat, tak kan cukup jugakkan.  hehehe. (nak menyedapkan hati )

Selamat bersantai bagi yang berpeluang bersantai di pagi Sabtu ini.

~cikgunormah@klcitizen~


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

10 comments:

  1. Bab gaji ramai yang kedepan dan lantang bersuara. Tapi bila bab masuk mengajar lambat atau malas nak mengajar masing2 pejam mata.

    ReplyDelete
  2. Salam cikgu, seronok dgr org naik gaji... sy ni cuti pjg gaji pun xnaik, kekananan pun dah jd xkanan...lg besar periuk lg besarlah keraknya...betul x? Biarlah sedikit tp barakah... itu yg penting... jiwa pun tenang...bliss ;)

    ReplyDelete
  3. yang penting kita redha..

    ReplyDelete
  4. Hari ini minyak masak kampit sudah naik dijual pada RM3.20 dan setiap seorang dibenarkan membeli sekampit sahaja. Tidak ada beza kenaikan tangga gaji kerana ia tetap sama sebelum ini.

    ReplyDelete
  5. Semoga gaji yang dinaikkan akan turut menaikkan semangat mengajar, juga menaikkan lagi nama baik sekolah...:)

    ReplyDelete
  6. mirul > harap-harapnya kita tak termasuk dalam golongan itu lah ya :)


    marya > tenang itu lebih bernilai :)


    hani > ya :)

    ReplyDelete
  7. isza > betul :)


    akubiomed > betul, cantiknya di kertas, terlis angka yang besar :)


    azie > doanya begitulah


    melor > terima kasih

    ReplyDelete
  8. bukan mata duitan, tapi kita kena akui gaji adalah moral. Takde gunanya kita berkerja bertungkus-lumus sehingga mengabaikan keluarga sekiranya hasil daripada pengorbanan kita tak membawa kita ke mana-mana. Dapat gaji hari ini, besok lusa habis sebab bayar hutang segala. Bukan nak mewah, cuma berharap at least hidup kita mudah pada masa ini dan akan datang. Itu sahaja.

    ReplyDelete

terima kasih kerana sudi meninggalkan teguran membina, moga Allah sentiasa merahmati kita semua.