Friday, January 27, 2012

Jumaat ..

Panas di luar.

Bukankah dikatakan kiamat berlaku pada hari Jumaat?  Er, bukankah hari ini hari Jumaat, kengkawan? Kebarangkalian hari ini atau Jumaat akan datang dan Jumaat yang akan akan datang sentiasa sahaja ada untuk kiamat berlaku, kan. Ini pun dah tiba malam di hari Jumaat dah cikgu :)

Begitu juga kebarangkalian saya mati saat saya menaip entri ini, pun boleh berlaku juga.

Jadi, apalah yang hendak dikecohkan sangat, Cikgu Normah? Kiamat hari ni ke, hari esok ke, malam ini ke atau malam lusa ke, jangan difikirkan. Sibuk sangat fikir kiamat, urusan dan amal baik diri sendiri tu dah selesai ke? *senyum kambing sorang-sorang*

Sains Barat meletakkan individu itu tidak penting. Menjadikan nilai manusia itu di tahap paling rendah, setaraf dengan makhluk yang lain

Suara profesor itu masuk terus dalam hati saya. Memandu waktu tengahari Jumaat tadi membelah arus dalam deruan kenderaan-kenderaan laju bertali arus, mudik ke hulu dan ke hilir. Saat waktu itu memang , insan-insan lain dalam kenderaan yang bertali arus itu sebenarnya tidak membawa signifikan dalam hidup saya. Tetapi suara profesor wanita dalam radio Ikim saat itu menyedarkan saya. Suara Profesor Datin Dr Azizan, Timb. Ketua Pengarah Ikim.

Betul kan. Sains Barat dengan segala gahnya kebanyakannya menidakkan fungsi dan kepentingan individu. Penggunaan senjata kimia yang pelbagai sahaja menunjukkan bagaimana 'individu' tidak mendapat tempat dalam dunia yang dikuasai oleh cengkaman Barat.

Tetapi Islam menempatkan individu itu pada kaca mata yang besar. Setiap individu akan dipertanggungjawab atas segala tingkah laku dan setiap tindakan yang diambil. Sains dalam Islam menekankan setiap individu itu dipertanggungjawabkan atas peranannya sebagai khalifah dalam hidupnya. Tidak semestinya khalifah mentadbir negara, tetapi yang terutamanya mentadbir urusan dirinya sendiri.

Wah, serta merta saya tertarik dengan kata fikir yang tercerna dari bibir profesor tersebut :)

Berminat untuk mendengar beliau?  Link nya di sini, di bawah tajuk Sains dan Islam.

*lambat mengupdate entri kerana berurusan kenduri kendara di kampung.


~cikgunormah@klcitizen~





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

15 comments:

  1. cikgu, betapa kerdil kita disisiNYA.. bekalan blm mencukupi menjadikan terasa sgt takut unk berhadapan dgn kematiaan.. Subhanallah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. bukan hasnah saja yang takut, semua orang pun takut.masing2 kena menjawab sendiri , kan. memang takut ...

      Delete
  2. walaupun usia masih muda, tapi itu tak jamin apa-apa.......
    kadang2 terasa orang senior lebih beruntung sebab mereka dah pun berpeluang lalui hidup yang lama.

    kami yang muda ni, belum tentu ada esok lagi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. masing2 mencemburui kelebihan masing2. saya pula terasa bertuahnya orang muda yang kurang dosa dan salah. silap dan salah masa silam dek sebab umur yang dah panjang kekadang menggusarkan diri juga .

      Delete
  3. kiamat pasti datang, manusia harus bersedia

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul iman. jom, sama2 kita buat yang terbaik semasa hidup ini :)

      Delete
  4. Saya bimbang kiamat yang ramal akan berlaku pada tahun 2012 akan menyebabkan wujudnya ajaran sesat kerana manusia mulai gusar akan nyawa diambang maut.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul. saya teringat semasa saya di zaman uni., tersebar berita ayat quran hilang dari mushaf (?) nya, ada yang membuang televisyen dan radio kerana tidak mahu lagi akan dunia, kerana yakin yang kiamat sangat hampir.

      Delete
  5. ...ya, kiamat pasti datang dan itu urusan Allah.

    Urusan kita, bersedia untuk itu, tapi.....setakat mana persedian itu yang menjadi persoalannya. ckLah pun masih terlalu sedikit amalan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau ckLah sikit bekalannya, saya ni, lagi lah pulak :(

      Delete
  6. Saya tak sempat dengar slot itu.. Seronok slot sains dan Islam.. Bekalan saya masih kosong.. Aduhai.. Risau kalau kata-kata ini terkeluar di sana nanti:Ya Allah,kembalikan aku ke dunia agar aku boleh beribadah kepada-Mu.. :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya pun takut kalu ayat itu yang terkeluar dari mulut saya, nauzubillah

      Delete
  7. sana sini cerita bab kiamat. hehe

    ReplyDelete
  8. Assalaamu`alaikum kak,
    sebenarnya persepsi barat terhadap manusia memang macam tu, bukankah manusia itu juga kononnya adalah evolusi monyet yang sehingga kini tidak berevolusi? :)

    Entahlah... saya sendiri tidak tahu sama ada amalan yang sudah saya buat ini cukup untuk cover balik segala dosa yang saya buat. Takut juga bila memikirkannya kak...

    ReplyDelete
  9. 2012 dikatakan akan kiamat,semua urusan Allah.tak usah percaya sains lebih dari kuasa Allah

    ReplyDelete

terima kasih kerana sudi meninggalkan teguran membina, moga Allah sentiasa merahmati kita semua.