Monday, January 30, 2012

entri tiada tajuk

Sudah petang baru berkesempatan mengupdate entri. Perkara biasa. Bukan luar biasa. Keutamaan adalah kehidupan hakiki di luar yang menuntut masa serta tenaga.

Hujan di luar , saat saya menaip entri ini. Bestnya!

Bagaimana Dr Harlina membahagi masa dengan tugas, karier dan peranan sebagai ibu?

Tanya salah seorang peserta pada Dr Harlina.


Masih lagi tentang kisah ceramah Dr Harlina. Soalan itu bermain di fikiran saya sejak dari pagi tadi lagi. Ah, sejak dari habis menonton ceramahnya itu , sebenarnya.

Saya punya masa yang sama 24 jam seperti anda. Tetapi, kemungkinan besarnya ialah saya telah menetapkan apa yang saya mesti lakukan dengan 24 jam saya itu.  Saya punya alasan yang sangat kukuh untuk tidak terlibat dalam kerja-kerja amal ini kerana saya sangat sibuk sebagai pakar obstetrik dan ginekologi, ibu pada 3 orang anak dan seorang isteri. 
Dan saya boleh, bila masa sahaja menyatakan bahawa, keluarga saya memerlukan saya, suami saya memerlukan saya dan saya telah menjalankan bahagian saya dalam masyarakat ini, saya seorang pakar O&G, dan sepatutnya ada orang lain yang patut mengambil alih kerja-kerja amal ini. 
Tapi, sedarlah, keluarga saya sebenarnya bukan liabiliti buat saya, tetapi mereka adalah sumber kekuatan saya.  
Saya TIDAK akan menyalahkan suami saya nanti di depan Allah, mengatakan kerana dialah saya tidak dapat berperanan. Sebenarnya kerana keluarga sayalah, saya berada di sini, berdiri di sini. 
Saya punya 3 orang anak yang cantik-cantik yang dikurniakan Allah dan saya mahu memastikan mereka nanti dilepaskan dalam masyarakat yang baik. Kerana itu saya berusaha setakat yang saya mampu cuba untuk memastikan masyarakat ini adalah masyarakat yang baik untuk  anak-anak saya . ( bermula minit 1:01:25)

Wah, kata-kata itu menusuk dalam jiwa saya. Berulang-ulang. Membuat saya terfikir dan tertanya apakah khidmat dan peranan yang signifikan yang telah saya lakukan dalam hidup saya ini, selama 45 tahun hidup dan bernafas di dunia ini.

Terasa kerdilnya diri.

Walau bagai mana pun, pendapat saya, masing-masing ada bahagian yang boleh kita sumbangkan dalam masyarakat ini, mengikut daya dan kemampuan masing-masing. Yang penting dan utama saya kira adalah roh perjuangan dan kesedaran seperti yang dipunyai oleh Dr Harlina itu perlu ada dalam setiap diri kita.

Petang Isnin ini kita doakan agar kita semua tergolong sebagai manusia eksport , bukan manusia import, seperti yang diujar oleh Dr Muhaya. Amin.

:)

*entri tiada tajuk, pening memikir tajuk

~cikgunormah@klcitizen~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

13 comments:

  1. Perkongsian ilmu yang memberi manafaat kpd diri sendiri dan juga org lain. Tajuk tak mustahak sbb isi yg dicari.

    ReplyDelete
  2. Selama hampir 28 tahun hidup, sy pun masih tertanya dan berfikir khidmat dan peranan apakah yg dah sy sumabangkan..terasa kerdil diri ini..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. masih muda lagi puan kutu, ada banyak masa lagi untuk meningkat potensi dir. saya ni... :( *sedih*

      Delete
  3. 24 jam itu cukup sebenarnya tetapi banyak yang buat lagha.. Duish! Tertumbuk di muka saya sendiri..Hehe

    ReplyDelete
  4. Saya ini pernah diberi peluang ke 2 dan sekarang ini saya memberi peluang ke 2 kepada orang lain.

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya ni telah diberi peluang juga, berkali-kali. harap2nya saya dapat berubah baik hingga akhir hayat

      Delete
  5. Cikgu,apsal jam komputer cikgu dah pukul 7am? Tetiba keluar tajuk karangan hihi. Sori ye cikgu!

    Umi dapuraulad. Galaxy saya pening hari ni tak boleh nak edit profile,jadi kena menyamar jadi anonymous

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu lah kak pah. dah dari aritu lagi. tak reti nak membetulkan, dah gode-gode apa yang patut, tak leh jugak . biarkanlah ... :)

      Delete
  6. cikgunormah,

    kerana saya masih tiada kesempatan utk ke sana ke mari, dgn kapasiti kehidupan saya sekarang.. maka saya cuba memanafaat kan fungsi blog dgn sebaiknya..

    jika ada kesempatan saya memang suka berkhidmat utk masyarakat.. sbb semasa sek, dah bekerja & semasa masih bujang, saya memang aktif berpersatuan.. saya suka jumpa orang..

    tp lepas dah berhenti kerja ni, ruang utk saya bergerak agak terbatas.. tp masih juga dok fikir & fikir apa yg sebenarnya boleh saya sumbangkan untuk masyarakat... ;)

    sekurang2 masyarakat dlm taman/kejiranan saya ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. yalah kak yong. betul. yang penting semangat dan roh untuk berbakti tu tak pernah luntur, kan

      Delete
  7. tipu. tu ada tajukkk...

    ReplyDelete
  8. Cikgu,

    Suka saya baca entry ini... terus saya terfikir apa sumbangan yg telah sy buat ye? Especially pada agama, bangsa & negara? Alahai, terasa kecil diri ini...ermmm...

    ReplyDelete

terima kasih kerana sudi meninggalkan teguran membina, moga Allah sentiasa merahmati kita semua.