Saturday, January 21, 2012

macam belon di Melaka

Cuti lagi.

Best!

Baru kerja 3 sen, cuti pulak 10 sen. :) 1Malaysia lah katakan, jadi orang bercuti untuk beraya , kita pun menumpang sama lah kan.

Kita ni, kan kalau Allah tak uji, tak pulak nanti kita ingat kat dia, kan, Normah.

Saya senyum mengangguk sambil menunggu beg plastik hijau itu diisi dengan kuih bahulu sebesar tapak tangan. Masa mudanya memang cantik berseri. Kulitnya cerah dihiasi kedut-kedut matang menambah manis. Ayat-ayat yang keluar dari bibirnya laju selaju tangannya.

Orang Melaka. Tangkas mulut dan tangannya.

Berkenduri doa selamat malam ini, insyaAllah, tajaan ayah mertua di Melaka di rumah emak saudara. Niat dia mengumpul anak menantu, saudara mara di Melaka.

Menjamu seleralah nampaknya di Melaka , cuti raya cina ini.

Wah, kenapa Normah engkau dah macam belon ni?

Bab itulah yang tak seronok bila berjumpa sedara mara yang sudah lama tak berjumpa.

Adoi!!


~cikgunormah@klcitizen~
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

18 comments:

  1. .....ha ha ha ...kalau cikgu normah dah nampak macam belon....mamaijat plak macam tempayanlah gamaknya...hu hu hu...
    kesian kita kan.....

    ReplyDelete
  2. Fe'el biasa saudara apabila berjumpa.hehe

    ReplyDelete
  3. selasa nie sy nak balik kmpg gak,msti ayat yg lebih kurang sama keluar nti..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. senyum ajelah kan. perisai terbaik

      Delete
  4. dah lama x nampak cikgu, yeke dah mcm belon..heheheh

    ReplyDelete
  5. hahaha... kita pun mcm belon dah....

    ReplyDelete
  6. Kan gurau senda membawa bahagia cikgu. Belon pun belon lah. Asal hati tenang itu sudah cukup baik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul, kan mirul. tapi, tak best jugak disebut belon , hihihi

      Delete
  7. salam..
    ermm..mana ada belon..
    jap lagi kempis lah..

    sensitif betul pompuan
    bab nih..kalau mrs saya
    tegur gitu tak makan dia
    2 hari..merajuk..he he

    ReplyDelete
    Replies
    1. yalah zulkbo, bab-bab ini memang sangat sensitif :)

      Delete
  8. Ini mesti kenan Man Belon. Maaf yer cikgu gurau agak kasau sedikit :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe, tak apa. tapi Man Belon tu sapa ?

      Delete

terima kasih kerana sudi meninggalkan teguran membina, moga Allah sentiasa merahmati kita semua.