Sunday, January 22, 2012

ah...

Kenal nenek Ton yang riuh tu? Rumahnya di hujung jalan ni. Selalu dia ke rumah sini kalau kita buat kenduri kendara.

Saya cuma menumpang dengar. Abang dan kakak ipar menggeleng kepala. Emak saudara meneruskan cerita.

Sekarang ni menantu dia tu hantar ke pusat orang tua. Masa baru-baru dia masuk, Cik Amah ada juga gi tengok dengan makcik Jenab. Melolong-lolong dia mintak keluar , nak balik ke rumah. Suruh beritau anak-anak dia supaya ambik dia. Sekarang Acik tak gi tengok dah. Sebab tak sampai hati menengok dia.

Sambil dia bercerita, dia menyeka air matanya.

Emak mertua di sebelah yang mendengar turut sama bergenang air matanya. Sedih. Dan sedih itu juga tergantung sama di hati saya, walau saya tidak kenal siapa nenek Ton itu.

Anak dia berapa orang?


Sibuk saya bertanya. Yalah, saya pun hanya punya anak seorang sahaja. Nasib di masa tua tak siapa tahu, tapi secara halusnya saya rasa juga kebarangkalian untuk menerima nasib hampir sama itu sentiasa ada. :(

Anak-anak dia enam orang. Tapi bila jumpa anak sulungnya suruh ambiklah jaga emaknya, dia kata kami orang adik beradik ni semuanya dah ada anak , cucu sendiri dan ada masalah serta hal masing-masing. Siapalah yang boleh nak jaga emak tu?

Ah...

:(

~cikgunormah@klcitizen~
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

11 comments:

  1. Saya masih ingat lagi arwah datuk membawa moyang saya dan termasuk makcik-makciknya duduk bersama dengannya hingga ke akhir hayat. Apa yang saya perasan moyang saya ini cerewet orangnya tetapi arwah datuk sungguh bersabar melayan kerenah moyang. Kesabaran tinggi diperlukan apabila mereka melalui fasa nyanyuk.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul, menjaga orang tua sendiri memang banyak kerenahnya dan perlu terlalu banyak sabar. doa kita moga Allah kurniakan kita sifat tersebut jika diuji dengan keadaan seperti itu.

      Delete
  2. Ibu Yusuf singgah ziarah.. turut bersedih bila membaca n3 ini.. semoga anak2 kita kelak tidak sedemikian rupa..

    ReplyDelete
    Replies
    1. semoga kita pun tidak jadi seperti itu kan... nauzubillah

      Delete
  3. Tersentuh hati saya. Apabila ibu bapa kita sudah tua mungkin sesetengah kita lepas tangan daripada menjaga mereka. Moga kita dijauhkan dengan sikap begini. Kena jadi anak yang soleh lah lepas ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya. doa kita moga Allah jauhkan kita dari sifat seperti itu.

      Delete
  4. saya kagum dengan mak saya yang menjaga opah saya hingga nyawa yang terakhir tanpa berkira sape yang patut jaga opah saya tu. Mak memang model yang terhebat.

    Mampukah saya menjadi seperti mak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. isza, memang hebat anak2 yang sanggup menjaga ibunya dengan sebaik mungkin.

      Delete
    2. ah ... kita pun sama cikgu, belum tentu lagi ni.

      Delete
  5. kuantiti anak tidak menjamin mereka dpt menjaga kita bila dh tua dn uzur nanti.semoga anak kita tidak seperti itu..

    ReplyDelete
  6. biar anak sorang kak, cukup bila dia menyayangi akak. kalau anak bnyak tapi semua x boleh harap, lagi susah kak. inshaallah, anak akak akan jaga akak. free2, jmput singgah blog, jmput bc entri SI JEJAKA DAN TELEKUNG

    ReplyDelete

terima kasih kerana sudi meninggalkan teguran membina, moga Allah sentiasa merahmati kita semua.