Friday, May 21, 2010

dapat hadiah murah ....

semasa duduk bersembang di kantin bersama seorang cikgu senior, saya mendapat nilai hidup yang sangat baik dan sekali gus menyebabkan saya memuhasabah diri sendiri.


ceritanya berkisar tentang menghargai pemberian orang. walau sekecil mana pun pemberian orang, hatta pen sebatang pun hendaklah kita hargai.


cikgu ini memang jenis yang sangat menghargai pemberian orang. tidak kiralah barang apa pun, walaupun gelang batu berharga rm5 dibeli di pasar malam, dia tetap akan memakai gelang tersebut ke sekolah menunjukkan kepada sipemberi yang beliau menghargai pemberian tersebut.


saya kira, kerana sikap yang sebeginilah, insan lain akan lebih mengingati kita dan diri kita lebih dihargai.

malah pemberian cikgu tadika untuk anaknya semasa berusia 6 tahun pun masih disimpan kemas walau pun ianya hanya berupa key chain diperbuat dari kerang. kini anaknya berusia 26 tahun dan setiap kali anaknya melihat semula key chain tersebut, pasti ingatan terhadap guru tadikanya muncul kembali.


saya kagum dengan sikap sebegitu. sebab saya tidak seprihatin beliau. ada kalanya mendapat hadiah kecil-kecil dari kengkawan, saya pun tak ingat di mana saya simpan dan letakkan.



semasa cuti sekolah nanti, saya hendak menyelongkar semula bilik dan stor saya mencari hadiah-hadiah kecil pemberian insan-insan yang mengingati saya kerana saya juga ingin menjadi seperti guru tersebut.


*bersyukur pada Allah itu yang utama, tetapi nilai tersebut lebih terserlah jika pemberian manusia pun tidak kita lupakan dan cuba kita hargai.



~cikgunormah@klcitizen~
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

11 comments:

  1. bersyukur dan menghargai.....sifat terpuji.

    ReplyDelete
  2. Keikhlasan memberi itu yang utama. Dan penghargaan yang diberi adalah terhadap keikhlasan itu bukan terhadap fizikal hadiah samada kecil, besar, mahal atau murah.

    ReplyDelete
  3. Salam..:):)

    Apa jua pemberian ikhlas..mmg amat berharga!:):)

    ** pelajar tersenyum bila gurunya ni tjk padanya sambil bertanya "cantik tak brooch saya pakai ni..":):):)
    Moga dia tahu..yg ckgnya mmg hargai pemberiannya..:):):)

    ReplyDelete
  4. Lets komen sebagai pihak pemberi lak ek:

    Saya sebagai ibu yang selalu lebih prihatin bila tiba bab bagi hadiah Hari Guru ni (sekali gus sebagai tukang bayar).

    Kalu anak sorang, ok. Ada kawan saya tiap kali hari guru anak dia mesti hadiahkan minyak wangi lah, kain sutera lah dan yg setara dengannya.

    Saya, anak yg sekolah ada 4 orang. So, rata-rata hadiah tak sampai pun RM10 ada tu yg nilai RM2 (sebab pi kedai 2 Ringgit).

    Saya yakin dgn apa yg cikgu cakap, nilai mengingati dan menghargai itu lebih dari nilai ringgit barang itu.

    Saya rasa cikgu-cikgu semua faham. Terimakasih.

    ReplyDelete
  5. kita yang memberi ni kadang kadang malas nak hulur lagi kerana ada orang yang cakap ' alah, besar ni je ko bagi...'

    ReplyDelete
  6. Salam..

    Pemberian itu bukan dikira nilai hadiah itu tapi nilai ingatan dan keikhlasannya pada kita...

    ReplyDelete
  7. salam,

    ckp topik ni..teringat dulu terpaksa bagi hadiah mangkuk kaca pecah sempena hari guru. umur 12 tahun lebihkurang, kumpul duit belanja sampai cukup utk beli 4 biji mangkuk kaca murah. jln kaki ke rumah cikgu. dh sampai baru perasan/terdengar ada yg pecah. mesti cikgu tu ingat..aduii..

    ReplyDelete
  8. Murah takper cikgu...tapi valuenya tinggi..

    ReplyDelete
  9. saya juga rajin simpan pemberian tak kisahlah walau hanya sekeping kad.. tapi sekarang anak2 rajin mengerjakannya..

    ReplyDelete
  10. Salam..
    Saya ada juga simpan brg2 yg pelajar @ kwn2 bagi..kalau dr pelajar, saya susun/lekatkan dibilik khas saya terutama kad, mug @ bekas hiasan.
    Pelajar bila lihat kita hargainya, dia pun akan gembira walaupun brg yg dia beli tu murah je..

    ReplyDelete
  11. sekolah anak saya lepas cuti baru sambut.. sebab skrg ni tgh exam

    dia dah ada plan nk beli hadiah

    kasut - dah suruh dia jengok2 kaki cikgu nk tgok saiz

    hehehe..kelakar

    ReplyDelete

terima kasih kerana sudi meninggalkan teguran membina, moga Allah sentiasa merahmati kita semua.