Saya bukan orang politik. Orang hendak kata saya orang kerajaan mungkin. Sebab saya bekerja sebagai kakitangan kerajaan. Saya yang menurut perintah.
Walau bagaimana pun, saya masih manusia biasa. Ada prinsip hidup yang cuba hendak ditegakkan. Walau pun mungkin prinsip itu sedikit pun tidak meninggalkan kesan pada sesiapa, sama ada yang masih hidup atau mati.
Judi tetap haram.
Ha... tak perlu lah saya menggunakan nas al-Quran, kerana semua pun sudah tahu. Yang haram sudah tetap, yang halal pun sudah maklum.
Main bola= halal. Judi =haram.
Takkan persamaan itu pun susah hendak ditaksir . Mengkomplekskan hidup dengan perkara yang mudah memang hidup akan jadi payah.
Judi sah berlesen dianggarkan bernilai RM850 juta sehari, judi haram pula dianggarkan bernilai RM1.7 bilion sehari.
Memang kaya raya lah kan. Tapi duit haram tetap haram.
Sudah 'dihalalkan' kan... ?? Kan... Apakah mesej yang hendak disalurkan pada anak-anak muda yang masih mentah? Bahawa kalau judi itu mendapat lesen , ia menjadi halal?
Pening!
"kerajaan sewajarnya menggunakan sebahagian cukai dari syarikat perjudian bagi mendidik pelajar dan remaja mengenai keburukan berjudi" link
Aii.. ini lagi pening. Duit haram diguna untuk mendidik remaja kita? Aduii... duit haram untuk menjalankan satu cabang ibadah ni apa ceritanya ya?
sumber |
Tulah... saya dah kata, main bola ni memang tak berfaedah....Apatah lagi menonton Piala Dunia di pagi-pagi buta... bawak masalah je.. (JANGAN MARAH! SAJA NAK MENYAKAT orang-orang lelaki dan perempuan kat luar sana yang memang kaki bola..)
~cikgunormah@klcitizen~
Salam Kak..
ReplyDeleteItulah yg tjadi pada akhir zaman,yg putih dan hitam sudah bercampur. Semua ini telah mengelirukan semua org. Al Qur'an dan Al hadith yg dibekalkan oleh ALLAH sbg panduan sudah dipandang sepi oleh 'mereka2' itu. Siapa yg bersalah dlm hal ini..tepuk dada tanya iman..
nasib baik kaki saya bukan bola..hehe
ReplyDeleteentahlah cikgu.. bila yang patut hanya pejamkan mata dan pekakkan telinga.. mangsa? bakal-bakal generasi yang akan datang dan kita juga...
ReplyDeleteKalu dah minat bola, memang takleh nak kata. Mujur gak ler bermusim 4 tahun sekali, kalu tiap bulan? Parahhh..
ReplyDeleteRumah saya ramai sungguh yang minat, tapi bermusim ini jer..
Setuju, judi tetap haram...!
salam ziarah..
ReplyDeletehuhu, selit juga b0la bagi nampak lebih ringan..dalam membawa isu yG berat..nice! =)
nyway itulah raelitinya..bila masam ditambah cuka, di manakah baiknya?
Salam..
ReplyDeleteJudi tetap haram..melakukannya berdosa besar, duit yang dipakai daripadanya untuk membeli makanan dan menjadi sebahagian daripada tubuh dari makanan itu tadi, padanya selayaknya api neraka.
krajaan nak sebahagian dari duit pertaruhan judi tu melalui cukai. Kalau tidak kerajaan tak dapat satu sen pun dari perjudian yang tak berlesen.. " Banyak duit tu"...
ReplyDeleteSelagi duit jadi buruan, inilah padahnya, tak kiralah sesiapapun. Kerajaan pun sama. kerajaan terbina dari kalangan manusia, kerajaan tak salah, yang salah manusia itu. Takkan lah xleh nak pikir panjang, yang menghalalkan judi tu apesal..miskin sangatkah negara kita sampai sumber judi pun kemaruk? pani halalkan pula jualan dadah, duit jualan tu boleh collect cukaikan? Jual dadah secara halal tak apa..kita guna duit tu untuk perangi dadah yg dijual secara haram..bijak2
ReplyDeletebola mau........judi x mau........
ReplyDelete@Ros Illiyyuun
ReplyDeletememang boleh mengelirukan masyarakat umum benda ni, kan, ros
@n@m@n
ReplyDeletememang nasib baik sangat naman...
darwisy dah boleh jaringkan gol ke belum?
@cikgu isza
ReplyDeletememang risau dengan zaman yang akan datang ni, kan
@azieazah
ReplyDeletemesti malam menonton bola, meriah di rumah azie
menonton tidak salah
cuma isu yang dibangkitkan kini tu meresahkan
@Azrai Ahmad Zamri
ReplyDeletewaalaikummussalam
kalau dah masam di tambah cuka, memang gastrik lah jawabnya kan
@Abd Razak
ReplyDeletewaalaikummussalam razak
memang susah hati bila kata duit yang dikumpul itu hendak dilaburkan untuk generasi yang akan datang...
@alkisah
ReplyDeletememang pelik sunggguh idea tak masuk akal tu, kan
@al-mankaraqi
ReplyDeletegi lah beli sebiji , man
bukannya mahal sangat pun