waktu makan di kantin bilik guru, selalu dinanti-nanti. adakah kerana makanannya terlalu lazat sehingga menjilat jari?
tidaklah juga.
tetapi makan di kantin bersama rakan-rakan guru, ibarat menghadiri sesi terapi bersama pakar sakit jiwa. terutama apabila bertukar maklumat tentang masalah pelajar dan cara mengatasinya. kekadang, apabila berhadapan dengan kerenah pelajar yang pelbagai, otak buntu tentang cara menghadapi dan menangani.
di kantinlah juga tempat mendengar keluhan, luahan rasa hati sesama rakan. bukan minta diselesaikan pun, tetapi sekadar tempat mengeluarkan rasa terbuku dalam hati.
sedang makan tadi bersama rakan-rakan, salah seorangnya membuka cerita tentang tipisnya sifat malu dalam diri anak-anak perempuan sekarang.
'saya ternampak bekas pensel pelajar A ni, perempuan. ada tulisan huruf2 besar ditulis dengan liquid paper atas bekas pensel tersebut. terkejut saya baca tulisan tersebut'
'tulis apa?' tanya kami .
' p*p*t besar' .... (letaklah huruf e pada ruang yang sesuai)
'saya tanya budak tu, awak ni tak maluke tulis besar-besar macam ni? budak tu jawab.... apa nak malu? ...terus budak tu masukkan bekas tersebut dalam beg dia'
astaghfirullah.... kami yang mendengar tu beristighfar panjang. maklumlah anak murid buat perangai macam tu, perempuan pulak tu, memberi iklan percuma pada rakan-rakan sekelas...
camanalah ya nak menanam rasa malu dalam hati anak-anak perempuan kita?
nabi kt, mahkota wanita adalh sifat malu.......
ReplyDeletetp bebudak ni da diterapkn dlm pemikiran mrk yg mahkota tu adalh rambut...huhu
rasa malu ni harus di tanamkn dlm diri mrk sedari kecil lg......contoh usaha kita adalh dr umo 4thn kita xperlu nk belikn mrk bj nmpk ketiak n skirt atau suar pendek.......huhu
salam cikgu,
ReplyDeletedi mana2 saja, kdg2 mmg sukar difahami tahap pemikiran generasi sekarang. silap2 tnganga beruk kita dibuatnya.
Salam Cikgu..
ReplyDeleteTerasa sedih dalam hati.. walau bukan anak sendiri.. tapi anak bangsa dan agama sendiri.. terasa pedih juga peha kiri bila dicubit begini..
Haihhhhh....
betul la kot...penah bdk pompuan ngorat anak lelaki saya, depan saya...x malu langsung!!harap sgt anak pompuan saya x gedik camtu!!
ReplyDeleteKak,
ReplyDeleteWahaha..
ader gak ke cam tue?
Siap menjawab lagi tue..
adeh..
adeh..
dugaan betollah..
nak salahkan saper?
Mmm..
kita yg baca lak malu..
hahaha..
aduyai ngerinya... sebab tu lah tak henti2 bayi tak berdosa dibuang macam sampah. sebab dah tak ada malu...
ReplyDeleteaduyai..
citiz,
ReplyDeletePepet (dibaca /pəpət/, bahasa Inggris: schwa) adalah sebuah istilah bahasa Indonesia yang berarti sebuah vokal tengah yang netral. Bunyinya adalah seperti 'e' pada kata besar, keras, atau tetap.
Lambang IPA: /ə/
Tak taulah apa yg budak perempuan tu maksudkan dengan p*p*t tu....
Salam..
ReplyDeleteApabila malu dah hilang dalam diri seseorang maka rosaklah juga akhlaknya
apa langkah yang patut diambil yer..?
ReplyDeletePayah juga nih..
ReplyDeleteyati--mungkin langkah pencegahan dari awal seperti yang yati nyatakan tu, kan
ReplyDeletepiewahid--makin jauh jarak usia kita dengan remaja, makin tak faham dibuatnya
payarumput-- memang sedih kan
hai-- kita harap anak2 kita tidaklah seperti itu kan
ReplyDeleteLOL dearie-- memang malu
kakpah--memang ngeri lah kak pah..
mantan--tak tahulah apa yang difikirnya
ReplyDeleterazak--janganlah kita dan anak2 kita jadi sedemikian rupa
isza--nasihat je lah...nak buat camana lagi ya
relevan-- memang susah
susah juga jika penyakit tak tahu malu ini semakin menular dalam kehidupan. Hmmm...
ReplyDelete