Saturday, May 8, 2010

antara drama Adamaya dan Nur Kasih....



Pendapat peribadi saya. Bukan berdasarkan hujah saintis, ahli ekonomi atau pakar agama.


Drama bersiri Adamaya berjaya meletakkan pengarah drama Melayu di tempatnya yang sebenar. Bukan terpinggir di negaranya sendiri.


Setelah beberapa lama diserang dengan drama bersiri Jepun seperti Oshin, drama telenovela dari Amerika Latin seperti Maria Mercedes yang episodnya sahaja sebanyak 150 episod, Rosalinda dan Yo Soy Betty La Fea, muncul pula sinetron dari Indonesia.


Bawang Merah Bawang Putih sahaja berjaya mencecah rating 3.5 juta rakyat kita di Malaysia ini iaitu mak-mak, bapak-bapak, adikberadik, rakan-rakan, tetangga dan kita untuk menontonnya. Begitu sekali penangan jiwa Indon di kalangan kita.

Agaknya sebab sudah lama kakak-kakak Indon yang menyuap nasi ke mulut anak-anak kita ini, jadi persaudaraan itu begitu erat sekali. :(


Kemudian datang armada dari Korea dengan Winter Sonata nya yang memukau. Sehinggakan lagunya dialih bahasakan oleh Hazami. CD dan DVD Winter Sonata juga dijual hinggakan ada yang mencecah ratusan ringgit. Tetap juga dibeli dan disimpan sebagai koleksi.


Drama bersiri Korea yang terbaru juga hangat di kalangan remaja iaitu drama boys over flower , hinggakan ada anak murid yang bercita-cita menyambung pengajian di Korea kerana terlalu minat dengan cerita Korea.





Apapun pengarah drama melayu nampaknya mula belajar dari kegilaan dan kehendak masyarakat nampaknya. Selepas Gol dan Gincu, beberapa drama lain mencuba nasib tetapi tidak setanding dengan drama Nur Kasih. Walau pun pelakon wanita utamanya seolah mencemar watak Nur Amina dalam siri Nur Kasih tersebut, tetapi penonton-penonton 'matang' tidak mempedulikan. Watak dan kehidupan luar jangan dikaitkan...yalah tu.





lisa surihani ni memang Allah kurniakan wajah yang menawan




Dan kini Adamaya menguasai persada. Dan seperti selalunya, Adamaya boleh dijejaki di mana sahaja. Di surat khabar, televisyen (memanglah), di blog-blog (blog ini apa kurangnya), di pejabat, kedai kopi.... aissh... tak habis lagi siri Adamaya ni ya??


Secara tak pandainya, saya bolehlah simpulkan, bahawa drama Adamaya ini dapat mengurangkan kebergantungan kita pada drama-drama import di luar sana. Sekurang-kurangnya dramatis kita bolehlah mencari makan di tanah airnya sendiri.

Setuju?


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

15 comments:

  1. saya x pernah tengok cerita yang cikgu senaraikan kecuali cerita indon sekar dan intan..

    anak-anak layan kartun jer.. :(

    ReplyDelete
  2. Oooooohhhh....sekarang baru saya tahu adamaya tu apa sebenarnya!!aduhai...akibat takde Tv...hehehe

    ReplyDelete
  3. tak sgka sbnrnya adamaya boleh m'jadi igauan...melihat kpd jln cerita, sy berasakan bhw ada 'sesuatu' yg agak kurg logik, maka sy dh berhenti menonton. ini skdr pndpt individu =) apa2 pun, sy lebih menyukai nur kasih & slot samarinda: asmaradana (baru sj habis ditygkan). bg sy, hanya jln cerita & cara pbwaan watak pelakon sja yg akan mbuatkn sy melekat di kaca tv! =)

    ReplyDelete
  4. hehe.. setuju kot.. tp ramai masih yg hard-core korean /jepun drama yg lebih prefer drama sana dari melayu pny.

    ermm.. nur kasih lagi besh kot dari adamaya.. =p

    ReplyDelete
  5. adamaya tu mcm tak logik, tp byk drama lain sebegitu. layankan je la..

    the latest drama dari tv3 mlm kelmarin "restu mertua" mmg best (walopun pelik tgk menantu tampar mertua..).

    ReplyDelete
  6. Hargai lah drama tempatan kita..biar pun jalan cerita ada yang bercelaru daripada drama luar yang penuh dengan Fantasi..

    ReplyDelete
  7. salam cikgu Normah
    erm adamaya tu macam satu kemestian pula kat beberpa pelajar saya..

    ReplyDelete
  8. Salam Cikgu Normh,

    Memandangkan saya bukan peminat tetap apa jua drama, jadi tak dapatlah nak komen apa-pa.

    ReplyDelete
  9. suami saya buat muka semacam je bila saya tgk citer adamaya ...huhuhu...dia kata citer tu sengal...apapun nur kasih lebih bagus....tapi saya tetap sukakan citer korea..hehehe....

    ReplyDelete
  10. salam cikgu..
    maaf saya sekeluarga termasuk suami & anak2 pengemar drama korea terutama di canel astro 303.kalu cikgu ikuti drama three brother yg di siarkan pada hari jumaat,sabtu dan ahad,drama ni penuh dgn unsur2 kekeluargaan.kalah drama melayu.kalu nk tgk online ,pergi aja layari my soju.com

    ReplyDelete
  11. Salam..
    Cikgu normah ni minat ye cerita2 drama bersiri? Saya tak brapa minat malah cerita nurkasih pun saya tak tengok..kalau drama mlm minggu tu tengok la juga sbb x bersambung.

    ReplyDelete
  12. haloo..
    adamya mmg best sgt2.....
    lagi suke adamaya dari nur kasih

    ReplyDelete
  13. yelah.. skrg drama2 mesia dah sronok nak tgk..

    ReplyDelete
  14. jom layan hindustan.
    hahahahhaha


    >>___<<

    ReplyDelete
  15. bleh dikatakn kreativiti org kte wt cter pon ag hebat dr org korea ngan endon nyer cter...sekurang-kurangnyer ad logik akal nyer gak...compare ngan cter endon yg ntah pape jln cternyer, lbih kpd alam fantasi jer...rasenyer xleh bw jual kot...cm cter adamaya, nur kasih, asmaradana & byk ag cter malaysia yg bleh bw jual...kerana adanyer jln cter yg menarik & simpulkn elemen2 agm yg kuat...cayok malaysia...perbykkn drama malaysia di saluran tv supaya xyah brgantung kpd cter luar semata-mata

    ReplyDelete

terima kasih kerana sudi meninggalkan teguran membina, moga Allah sentiasa merahmati kita semua.