Tuesday, May 18, 2010

patah selera

setiap isnin, di kawasan saya ada pasar malam.

jadinya, hari isnin selepas menghantar anak ke kumon, saya akan bergerak ke pasar malam mencari menu untuk malam tersebut.


selalu saya akan perhatikan, sebuah gerai ini, makanannya berjenis-jenis, semuanya berasaskan sup. nampak memang sedap. bubur nasi ada, kuahnya sup lah, mee sup, bihun sup, kuey tiow sup... gear box pun ada. kalau menengok menunya memang membuka selera.


tapi, yang selalu mematahkan selera saya ialah, penjualnya... si tokey tu la. lelaki, berbadan besar. kegemaran memakai singlet tidak berlengan. saya tahulah panas bang oii, tapi geli pulak tengok badan berlengas tu menghidang makanan.


sudahlah begitu, singletnya pula, bertompok-tompok macam mekanik membaiki kereta pula. aduii... lagi lah patah selera.


tapi , saya lihat ramai juga manusia yang membeli dari si tokey tersebut. saya tahu beliau tidak membaca blog saya ini, tapi saya hendak juga berpesan kepada beliau dan rakannya yang mencari duit di pasar malam, jagalah kebersihan. supaya saya tidak patah selera. jadikan jualan kita itu juga sebagai sumber amal dalam ibadah kita kerana yang membeli adalah saudara seagama juga.

tetapi terpulanglah kan. itu gerai anda.


~cikgunormah@klcitizen~
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

11 comments:

  1. peluh2 ngan air ketiak dia yang kasik kau sup tu..huhu

    ReplyDelete
  2. Salam..
    Peluh tu boleh menambah 'masin' dan umph sup tu.. hi..hi..hi.. kembang tekak!

    ReplyDelete
  3. Salam..

    Saya pun tak suka tgk orang lelaki pakai t-shirt sleeveless terutamanya yang terlibat dgn perniagaan sekali pun nampak kemas dan bersih.

    ReplyDelete
  4. masyarakat kita memang tidak peka pada soal bersih...lebih mustahak lagi halal.

    ReplyDelete
  5. assalammualaikum

    iman-- ee tak tergamak lah saya

    acik-- sama lah, kembang tekak dibuatnya

    razak--betul tu

    abu muaz--memang pun

    ReplyDelete
  6. salam,

    saya pun selalu tgk tuan gerai sebelum beli makanannya. takpun tgk van nye..boleh loya dibuatnya..

    ReplyDelete
  7. lagi xlarat bila ternampak bulu ketiaknya yg serabai. mak aih!

    ReplyDelete
  8. Salam Cikgu,

    Agaknya itulah alat pelaris dia kot.

    ReplyDelete
  9. K Normah..
    jbtn kesihatan tak pergi cek pasar malam... dia tu kena ambil kursus hygine...
    past tu kena cucuk kena vaksin.. baru boleh niaga benda makan kat mana2 pun...
    yng pasti.. muni tak pernah beli kat dia tu..

    ReplyDelete
  10. K Normah..
    jbtn kesihatan tak pergi cek pasar malam... dia tu kena ambil kursus hygine...
    past tu kena cucuk kena vaksin.. baru boleh niaga benda makan kat mana2 pun...
    yng pasti.. muni tak pernah beli kat dia tu..

    ReplyDelete
  11. citiz,
    Saya kalau ke pasar malam, memang pilih penjualnya dulu sebelum membeli. Kemudian saya pilih kuali menggoreng tu. Tengok kalau minyaknya macam minyak enjin kereta (hitam pekat), entah berapa kali recycle. Sorry lah nak beli.

    Kekadang mereka ni kira boleh jual dan dapat untung cukuplah.Soal kebersihan dan kepuasan pelangan, jangan kira.

    Semalam saya beli laksa lemak. Bila dah makan terasa ada benda yang terasa liat tak boleh dikunyah. Rupa-rupanya secebis span pencuci pinggan (yang diperbuat drpd bahan gentian, bukan getah). Termuntah saya.

    Saya ada ambil gambar benda tu. Simpan buat kenangan.

    ReplyDelete

terima kasih kerana sudi meninggalkan teguran membina, moga Allah sentiasa merahmati kita semua.