setiap kita yang berblog ini punya pelbagai tujuan dan kehendak. ada yang ingin mencari kenalan, berkongsi rasa, cerita dan ada yang ingin blog menjadi medan untuk menyampaikan dakwah.
tapi, saya pasti, di samping itu juga kita ingin agar blog kita dikunjungi ramai pembaca yang setia.
setelah beberapa bulan berblog dan berjalan-jalan di alam maya, saya memang kagum dengan ramai blogger yang punya pengunjung yang ramai, sehingga beratus-ratus pengunjung dalam sehari. dan blogger-blogger ini memang tidak kedekut ilmu , berkongsi rahsia cara mana mereka peroleh trafik yang tinggi dan stabil.
jom kita baca apa yang eyriqazz kongsikan dalam 7 tips untuk tingkatkan trafik ke blog. Eyriqazz memang tak kedekut ilmu, tapi saya cuma nak kutip 2 tips je, yang lain kena baca sendiri kat blog beliau.
1. Jangan sibukkan blog anda dengan widget-widget yang memberatkan. Saya memang setuju yang ini sebab, kalau blog yang kita hendak ziarah terlalu banyak widget, loadingnya lambat sangat. sudahlah internet pun slow, mati selera hendak meneruskan penziarahan.
2. Komen di blog orang lain dengan komen-komen yang bernas dan ikhlas. Ini yang sedang saya usahakan. Walau pun agak memakan masa, kerana sebelum komen, kita perlu membaca dan memahami entri, tetapi saya kira ia berbaloi.
Ada lagi tips lain yang bernas . Kena pergi baca sendiri, ya.
Tentang point ke 2 , dari eyriqazz tu, dahlia dalam tipsnya juga mengutarakan perkara yang sama- Rahsia terbongkar: menjana trafik ke blog anda. Dahlia pesan, komen , lebih baik komen dalam comment box berbanding dalam shout box. Patutlah trafik dahlia tinggi dan konsisten.
Satu lagi pesanan dari rohaizad untuk menambahkan pengunjung ialah sentiasa membalas komen dari pengunjung. Ha, yang ini kekadang agak tercicir sikit, sebab, almaklumlah, agak kesempitan masa. tetapi biasanya saya usahakan juga.
berkongsi ilmu seperti mereka ini, memang sangat berfaedah bagi blogger baru seperti saya ini. apa pun saya sangat berterima kasih pada mereka semua yang tidak kedekut ilmu. orang pemurah memang rezekinya sentiasa murah, insyaAllah.
jomlah kita praktikkan. benda yang baik tiada salahnya kita turuti dan kongsi-kongsikan.
hehe..sudah bermain-main dengan trafik ye..
ReplyDeletetapi tula, kita kan kekurangan masa ;)
Betul tu. Saya pun masih belajar juga. Selain dari Eyriqazz tu, saya juga selalu baca blog2 tersohor sebab depa ni sungguh pemurah berkongsi info..
ReplyDeleteThanks juga perkongsian info ini.
good tips kak!nak juga tarik pembaca..huhu..tapi rasanya tak ramai org suka baca blog saya.membosankan kot barangkali.haahaa
ReplyDeletesalam cikgu...
ReplyDeletememang betuller anda layak jd cikgu,pandai cari bahan ilmu yg manfaat.tk
salam cikgu,
ReplyDeletememang terpegun tengok trafic yang laju kat rumah orang. komen pula sampai berpuluh2.
thanks for the info. rasanya selain drpd n3 yang bagus, kita kena rajin juga merayau2 cari kenalan baru.. masa yang tak mengizinkan
Salam..
ReplyDeleteThanks cikgu..nice info
Salam cikgu..kome pun sedang berusaha kearah meningkatkan trafik..sama sama lah kita yer..
ReplyDeletenaman--- cuba2 je... untung sabut timbul
ReplyDeleteazie--ya selalu juga terserempak azie di blog2 terkenal
iqbal--jangan mengalah sebelum mencuba
ummi humaira-- berkongsi bahan dan ilmu yang boleh dimanafaatkan
kakpah--memang masa menjadi penghalang utama
razak-- berkongsi info
relevan-- ya, baguslah, nampak blog relevan semakin bagus
terima kasih krn kongsi ilmu ^^
ReplyDeletecikgu, sebagai penghargaan..saya nak kongsi award ngan cikgu. ambil ye? tq..
Salam Sis..:)
ReplyDeleteTksh utk n3 yang menarik!!
utk tips,cuba balas komen itu..
sedaya upaya kan cuba balas..walaupun mungkin terlambat..:)
Salam..
ReplyDeleteMemang kena rajin lah ke blog org lain jika nk org lain rajin ke blog kita..
saya ada blog KH, saya lihat ramai yg masuk (tak buat komen) dan download maklumat walaupun entry saya buat tk sebanyak blog utama.
Gamaknya kategori blog juga memainkan peranan..