siang tadi sempat ke sebuah pejabat berhawa dingin, kerana ada urusan peribadi. ada 3 pekerja wanita di situ.
berbaju kurung kemas, menutup aurat. bukannya nak mengomen tentang wanita-wanita tersebut. tetapi cuma hendak meluah rasa sahaja.
berbaju kurung dan ada blazer masing-masing, kerana keadaan yang sejuk di dalam pejabat tersebut. saya kira kebanyakan pejabat kerajaan yang besar-besar pun gitu lah jugak.
terbayang bila masuk dalam kelas di sekolah terutama dalam musim-musim panas waktu tengahari. kesian kat bebudak yang seharian suntuk dalam kelas yang panas, kipas cuma terletak di bahagian tengah, itu pun kalau semuanya berfungsi, baguslah sangat. yang cikgunya berbaju kurung juga, ke depan ke belakang, ke tepi ke tengah. sekejap-kejap mengesat peluh.
sekejap nanti turun ke kelas bawah pulak, lepas tu ke kelas atas pulak. lutut pun rasa macam nak tanggal.
tengok wanita-wanita pejabat ni, make up masih melekat kat muka walau pun dah pukul 430 petang. kalau kat sekolah, jangan haraplah rasanya. muka cikgu-cikgu pun dah berminyak-minyak, make up atau lipstick jenama apa kut yang takkan tanggal dengan muka yang berminyak ni.
tapi pikir-pikir balik, alhamdulillah masih upaya bekerja. tiap-tiap bulan tak risau, sebab hujung bulan masih ada peluang menyemak gaji yang masuk.
hehe..dah itu realiti kerja kita
ReplyDeletebalik umah kena sental habis habisan dekat kolar baju
teruskan perjuangan cikgu! syukur gaji cikgu naik tiap tahun....
ReplyDeletesaya dah tak ade naik lagi!!! dah habis tangga...nak ke mana lagi??? tunggu & tunggu aje le...kot2 naik escalator ke...
salam,
ReplyDeletepahala yg bakal dituai di syurga nnti lah agaknya penguat semangat..
Salam..
ReplyDeleteTakper cikgu...biarlah keringat kita keluar di dunia ini atas nama kebaikan, asalkan ianya tidak menuntut utk keluar di padang mashyar kelak..
tunggu pilihnraya kecil.... minta menteri pelajaran luluskan peruntukan segera semua bilik darjah dibekalkan penghawa dingin.
ReplyDelete... minta ada lagi wakil rakyat mati!!!!
yupp.. think positive.
ReplyDeleteme kat ofis sapmpai sejuk beku! nak jaga buku punya pasal... org blh beku, huhuhu
lutut nk tetanggal?........sianny sabar ye.....selain gaji ad ganjaran len menanti insyaAllh......tp mudah2an akn dtg nnt dpt aircond ler tiap2 kls ...amin
ReplyDeletebetul3...peluh sampai ke keting!!
ReplyDeletesalam ziarah cikgu..
ReplyDeletebetul-betul2..
kesian cikgu-cikgu dulu..
panas, lagipun cikgu2 yang masuk mengajar saya kira tak pernah duduk pun.
dari masuk berdiri aje sampai lah keluar..
kelas seterusnya pun begitu..
kesian cikgu..boleh duduk bila dalam lab je..
kalau kat sekolah.. tiap2 bulan rotate tempat duduk bebudak tu.. biar semua merasa.. pernah duduk bawah kipas.. :)
ReplyDeletenaman-- kena sental betul-betul tu, lagi kalau kemeja warna cerah, kan
ReplyDeletesonata-- saya pun tak lama je lagi
lynn -- insyaAllah, itulah yang diharap sangat
razak-- betul tu, tapi mengajar ni pun boleh mengundang dosa juga, kalau tak kena caranya
ReplyDeleteabu muaz-- tersedaklah wakil2 rakyat kita ni
ummumishkah--kekadang jeles juga, tapi rezeki masing2 lah kan
yati-- lutut masih kuat lagi, kiasan je, nak bagi tau penat panjat tangga
ReplyDeletehasnah-- memang hasnah, perfume mahal camana pun tak berkesan kalau dah nak ke petang
zaren-- yang kesiannya yang mengandung lah
isza--bagus jugak rotation tu, tapi bebudak dah besar ni payah sikit
sekolah cina kat kampung aku ade aircon kak.. huhu
ReplyDeleteSalam kak..
ReplyDeleteBukan setakat kipasnya satu.. simen pun berlubang2.. tu yg cikgu2 ni bahaya klu pakai high heel, takut terpelecok kaki dek lubang tu tadi (ni cerita berdasarkan pengalaman sendiri)
jard-- betul jard, diorang ni tak harap sangat bantuan kerajaan, dan yang penting anak2 diorang selesa belajar. malaslah nak cakap tentang kekita ni kan
ReplyDeletenida--betul sangat nida, lantai simen pun berlubang2... simen cap apalah yang kontraktor kerajaan ni pakai, kan
cikgu, kt tpt sy ngajar ni pun mcm kt skolah jgk..kt dlm kelas cuma ada kipas, bukan aircond..bila mengajar, biasanya lenjun la baju... apa nk buat, demi tuga,
ReplyDeletebetul kata cikgu, bersyukur dgn apa yg ada, tiap bulan dpt gaji bbanding dgn orang lain yg kerja keras demi sesuap nasi
Kat kedah ni lagi panas....tak peduli dah...selalu sinsing lengan.
ReplyDeletePenat jadi cikgu ni....tapi jerit perih seorang guru ni jarang orang nak kenang.
Walau kat akhirat dah pasti ada ganjaran tapi....kat dunia ni kalau dapat gaji lebih sikit tentu lebih baik. Kat akhirat...dapat duit lebih pun tak leh buat aper.
Salam Normah.
ReplyDeleteMudah2an dapat bersabar.. insyaAllah ganjaran yang besar menunggu.
salam sis..:):)
ReplyDeleteAduhaii...
Dalam pe2 jua...tetap laksana t/jwb yg diamanahkan...:)
InsyaAllah..ada ganjaran dariNya jua..:):)
Salam..
ReplyDeleteKira ok la kerja kita ni sbb boleh buat senaman.. habis lencun satu baju dgn peluh terutama bila buat amali di bengkel. Yg ajar PJ pun sama, berpeluh hingga ke kaki. Jgn harap nk melaram lebih2..
Tiap kali anak balik sekolah boleh bau macam2...tapi tetap juga montel2....hehehe
ReplyDeletecikgu lagilah...berlengaih ke sana sini, turun tangga naik tangga
tiap langkah ke syurga - amin