Tumpuan semua orang sekarang ialah Piala Thomas dan Uber, apatah lagi dengan keputusan yang telah tertakdir. Bermacam analisa, pendapat dan cadangan yang akan kita baca untuk beberapa hari ini.
Obses kita terhadap isu ini seolah menenggelamkan cerita kematian pemimpin kelab poligami global iaitu Ustaz Asaari Muhammad Tamimi @ Abuya.
Rupanya kelab poligami global di 8 buah negara termasuk yang di indonesia akan berkabung seminggu dengan mengadakan majlis tahlil.
Semasa saya di universiti dahulu , tahun 1985-89, nyaris terlibat dengan gerakan alArqam pimpinan Ustaz Asaari @ Abuya ini. tetapi ada rakan yang terlibat, bekas pelajar Tun Fatimah, cemerlang dalam pelajarannya semasa SPM dan Matrikulasi, bercita menjadi doktor masa itu, tetapi apabila terikut dengan gerakan ini, tidak menghabiskan pelajarannya dan menjadi isteri ke 3 seorang doktor alArqam. bayangkan kesedihan yang ditanggung oleh keluarga terutama ibunya.
Tapi itu cerita lama.
Membaca ini jalanku menyedarkan saya.
Gerakan Ustaz Ashaari @ Abuya sebenarnya banyak mencorak gerakan-gerakan dakwah islamiyah di negara kita. Ustaz Ashaari @ Abuya sebenarnya berjaya menyelamatkan ratusan malahan mungkin ribuan insan yang hampir tidak kenal jalan 'pulang', tetapi dengan metode dakwahnya yang terancang dan menyentuh hati-hati , mereka ini berjaya diselamatkan dan mengenal semula Islam dalam kamus hidupnya.
Malangnya, ajaran dan amalannya didapati terseleweng dan tersasar dari akidah ahli sunnah wal jamaah, biar pun begitu kita tidak mungkin dapat menolak sumbangan beliau dalam masyarakat kita.
Semoga Allah mengampunkan dosa beliau, dosa-dosa kita dan dosa-dosa semua umat islam di dunia ini dan menempatkan beliau bersama para orang soleh. Alfatihah.
~cikgunormah@klcitizen~
Betul tu. Abuya memang seorang pemimpin yang hebat.. mungkin ada silap di waktu tgh meningkat naik...
ReplyDeletemasa thn 80-an dulu byk beli buku bacaan ilmiahnya
masa tu kecik lagi..
ReplyDeletemasa sekolah selalu dengar perkataan abuya, tapi tak tau sape..
masa tu sy tak idup lagi..tapi saya tahu sikit melalui penceritaan mak ayah saya,hehe
ReplyDeleteAl Fatihah...Abuya merupakan satu Fenomena suatu masa dahulu...
ReplyDeletesemoga rohnya dicucuri rahmat.. alfatihah~
ReplyDeletekita tak tahu tpt seseorang di sisi Allah kan kak?
ReplyDeleteal-fatihah..
walaupon sha bukan penyokong dia...
Salam..
ReplyDeleteInnalillahi wainna ilaihi raji’uun (Kita milik Allah dan kepadaNya kita kembali)
Al-Fatihah..
ReplyDeleteJiran saya pun terlibat dengan Al-Arqam.. belajarnya di USM hanya separuh jalan setelah berkahwin dengan pengikut Al-Arqam.
Saya kagum dengan kumpulan ini.. mereka pandai mencari dana sendiri..
Semoga Allah cucuri rahmat keatas roh Allahyarham "abuya"
ReplyDeleteAl Fatihah..teringat lagi sama mee kuning dan surat khabar al Arqam..
ReplyDeletememang ada aspek positif dari gerakan al arqam ni.. yang positif kita amik..
ReplyDeletesaya harap PAS leh majukan diri macam ni. tapi tetap teguh diatas syariat.
Sorry to say...Al Arqam memang bijak meningkatkan sumber ekonomi mereka, pandai membuat duit Hanya untuk mengkayakan Abuya seorang. Dulu parents saya antara yang taksub dgn Al Arqam dan yang paling byk membangkang adalah saya sebab Saya Pelajar Sekolah Agama...jadi mmg tahu sgt Al Arqam sesat sejak dulu.Al Arqam wirid dgn memuja Sheikh Suhaimi dan Abuya. Perkahwinan seorang adik saya serentak dgn anak2 Abuya pun ditaja oleh Abuya sepenuhnya.Alhamdulillah adik saya kini lulusan Universiti Al Azhar Mesir, dah nampak jalan sebenar walaupun kadg2 bila balik dr jumpa Abuya ade sj benda pelik yang dia dpt....konon boleh scan org lah...Dosa paling besar adalah menyekutukan Allah. wallahua'lam
ReplyDeleteBuah fikiran, idea Abuya ni memang kelas dan baca tuliasan beliau memang susunan kata dan fakta yang saling melengkap indah dan power. Jasa yang baik memang sangat banyak.
ReplyDelete