Saturday, August 21, 2010

tadika

Penting kah pelajaran di Tadika?

Yuran tadika sekarang di KL, memang mahal. Biasanya kalau tadika yang menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar,  bayaran awal kemasukan sahaja boleh mencecah ribuan ringgit. Belum lagi bayaran bulanannya. Itu senario tadika-tadika berdekatan kawasan rumah saya, iaitu kawasan di Wangsa Maju dan Setiawangsa,

Kak Pah, Pengurus Aulad Jannah pasti lebih arif tentang ini.

Rupanya, ada kajian tentang perkaitan antara pengalaman belajar di tadika dengan kejayaan hidup di masa akan datang. Kajian telah dibuat terhadap 12, 000  pelajar tadika yang kini telah mencapai usia 30 tahun. Di dapati semakin banyak yang dipelajari di tadika semakin berjaya pelajar itu nanti di masa akan datang. 

artikel penuh


Antara dapatan kajian tersebut lagi ialah, jika pelajar tersebut hadir dalam kelas tadika yang kecil saiz bilangan pelajarnya, peluang beliau untuk memasuki kolej meningkat sebanyak 2%. Dan ada juga dapatan yang lain. Baca sendirilah ya.

Tahniah untuk guru-guru tadika yang sebenarnya punya impak yang sangat besar dalam perkembangan hidup anakanak murid masing-masing. Dan selepas ini sewajarnya, bagi yang masih punya anak kecil, memikirkan tadika yang paling sesuai untuk anak-anak masing-masing. 


*teringin pulak nak buka tadika macam kak pah*

~cikgunormah@klcitizen~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

24 comments:

  1. kalau macam tu penting jugak tadika ni untuk perkembangan pendidikan kanak2..saya tak masuk tadika kot masa kecik2 dulu..

    ReplyDelete
  2. banyak kajian yang kata macam tuu...

    tapi kebanyakannya bergantung kepada potensi seseorang anak tu juga..

    semoga impian cikgu tercapai..

    ReplyDelete
  3. jika tidak di situ dulu ...aku tidak di sini dulu

    ReplyDelete
  4. Salam KLCitizen,
    Pada dasarnya memang betul. Kalau kita hantar tadika dan beri peluang beli pelbagai bahan bacaan ditambah dengan bimbingan agama, insya Allah, anak kita akan cemerlang dan berjaya.

    ReplyDelete
  5. salam. tertarik dgn topik ini. kami di aulad tak begitu sampai beribu untuk pendaftaran. yuran kami untuk seorang adala dalam rm500+/- seorang untuk sepanjang tahun. jika ada adik beradik diskaun akan diberikan oleh prinsipal. ada beberapa tadika yg mengenakan yuran bagi dua penggal yg mana ianya boleh mencapai ke angka ribuan ringgit.

    ReplyDelete
  6. salam,
    saya juga merasakan pendidikan awal kanak-kanak akan memberikan kesan kepada perkembangan pelajarannya apabila meningkat umurnya.
    Elok juga kalau ada perancangan untuk buka kindergarten tu. D

    ReplyDelete
  7. salam, kakpah dah duapuluh tahun dalam bidang ni. dulu kakpah guru macam normah jugak tapi berhenti sebab kesihatan. lepas tu buka tadika untuk membantu sebenarnya.
    walaupun dah kira tadika yang dah lama bertapak tapi kita tak charge gila2..
    tadika yang baru dibuka lebih mahal drpd apa yg kami charge.
    apa2 pun, hantarlah anak untuk pendidikan awal...

    ReplyDelete
  8. Sejak NKRA KPM ni, tadika semakin berperanan besar. Siap ada peruntukan khas pula bagi yang nak buka tadika. Semoga cita-cita cikgu tu tercapai

    ReplyDelete
  9. Ingat nak masukkan Adam kat tadika yg tepi padang tu. Jalan kaki aje nak ke tadika hehehe.

    Dulu saya tak berpeluang masuk tadika. Kalau tak mungkin lagi pandai huhuhu

    ReplyDelete
  10. Salam kenal.
    Time saya kecik-kecik dulu mana ada banyak tadika-tadika ni tapi ramai juga di kalangan kawan-kawan saya yang berjaya.

    ReplyDelete
  11. ibu_suri sebelum sakit adalah guru tadika. tadikanya menggunakan silibus BACALAH ANAKKU. anak muridnya kebanyakkan dapat memasuki tahun 1 kelas A kerana boleh membaca dengan baik.

    BACALAH ANAKKU guna konsep fonetik

    ReplyDelete
  12. salam..saya dulu tak pernaha masuk tadika, walau kawan seusia saya ramai pg tadika...jenuh juga nak mengenal huruf bila naik darjah satu..dekat sebulan juga ayah saya berkampung di sekolah

    ReplyDelete
  13. @Thoha

    eh.. kajian itu tidak semestinya mengena semua, mungkin sebahagian sahaja yang benarnya...

    kan

    ReplyDelete
  14. @cikgu isza

    betul kata isza

    saya ni...banyak sangat impiannya

    ReplyDelete
  15. @b.r.u.t.a.l.s.o.l.o

    mesti pelajar pintar semasa di tadika dulu ya

    ReplyDelete
  16. @alif

    memang penting kan alif

    ReplyDelete
  17. @farah hamirdin

    oo... begitu ya di aulad..
    sayangnya saya dahtak ada anak kecil buat masa ini

    ReplyDelete
  18. @kakpah

    oo gitu ya kak pah...
    best gak macam kak pah ni

    ReplyDelete
  19. @Aida Ali

    ya ke?
    saya memang tak tau bab ini

    ReplyDelete
  20. @Yunus Badawi

    mana2 pun ok...
    yang tepi padang tu pun nampak ok je

    ReplyDelete
  21. @zezebel

    terima kasih ke sini dan tinggalkan jejak
    ya lah... ini kajian sahaja
    di negara lain pun
    mungkin ada benar dan tidaknya

    ReplyDelete

terima kasih kerana sudi meninggalkan teguran membina, moga Allah sentiasa merahmati kita semua.